Follow:
Umum

Tips Jimatkan Perbelanjaan Makanan

Assalamualaikum

Tinggal beberapa hari sahaja sebelum masuk tahun baru.

Jika tahun depan anda ingin melakukan sedikit perubahan untuk menjimatkan RM 50-100 seminggu, anda boleh cuba tips yang Ros kongsikan di bawah.

Tips Jimatkan Perbelanjaan Makanan

1. rancang menu selama seminggu: setiap minggu, rancang menu apa yang anda nak masak untuk seminggu.Beli barang yang anda senaraikan sahaja.

2. bawa bekal ke pejabat. Makan tengahari di luar semasa hari bekerja boleh mencecah sehingga RM 15. Itu makanan sahaja. Belum order minuman.

3. Kurangkan makan di luar. Setiap minggu makan di luar boleh buat poket rabak. Cuba kurangkan kepada sekali sebulan. Pasti banyak yang anda boleh jimatkan.

4. Banyakkan minum air masak. Minum sahaja air kosong ketika order makanan. Lagipun, air kosong baik untuk kesihatan berbanding minuman manis yang boleh mendatangkan risiko kencing manis.

 

Percaya tak dengan cara di atas anda boleh jimatkan beberapa ratus ringgit setiap bulan.

Dengan duit yang dapat dijimatkan itu anda boleh simpan di tabung haji atau melabur dalam ASB.

Jom tambahkan simpanan untuk masa depan kita. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.