Follow:
Kulit Cantik

Perubahan Gaya Hidup Ini Bantu Dapatkan Kulit Yang Sihat

Assalamualaikum

Sebelum 2017 melabuhkan tirainya beberapa hari lagi, Ros nak kongsikan apa yang anda boleh lakukan sekarang untuk mendapatkan kulit yang sihat.

Ya. kulit yang sihat. Bila kulit sihat, anda dapat sekali pakej kulit yang cantik.

Berbanding pakej kulit yang cantik sahaja, entah sihat ke tidak kulit anda yang anda tidak nampak. Maksudnya, sihatkah sel-sel kulit anda di tiga lapisan kulit iaitu epidermis, dermis dan juga hipodermis.

 

Jom tengok apa perubahan gaya hidup yang anda boleh ubah supaya kulit anda jadi lebih sihat. Hanya sedikit perubahan pada rutin harian anda mampu meningkatkan kesihatan kulit anda.

Perubahan Gaya Hidup Ini Bantu Dapatkan Kulit Yang Sihat

 

1. kawal stress

Stress merupakan punca kita nampak tua sebelum masanya. Perasan tak, bila anda stress, masa nilah banyak jerawat akan keluar. Bila anda berkerut juga, akan muncul garis-garis halus di bahagian dahi.

Bila anda berjaya mengawal stress anda dengan baik, kulit pun nampak lebih berseri. Antara aktiviti yang boleh mengurangkan adalah seperti bersenam, yoga atau apa sahaja aktiviti yang boleh buatkan anda relax seperti menonton filem yang kelakar.

 

2. cuci muka selalu

Wajah yang kotor menjadi kesukaan bakteria-bakteria penyebab jerawat. Ditambah lagi dengan peluh, habuk dan kotoran, senang sangat wajah anda naik jerawat.

Cucilah muka anda 2 kali sehari dengan pencuci muka lembut. Jika muka anda ada jerawat, elakkan daripada memicit jerawat tersebut. Bimbang nanti meninggalkan parut pulak.

 

3. Minum banyak air

Air merupakan komponen penting dalam badan kita. Air juga berfungsi untuk mengeluarkan toksin dan kotoran daripada badan kita. Kulit yang kering juga boleh membuatkan muka kita berkedut.

Untuk panduan anda, berapa banyak air yang perlu diminum setiap air, anda boleh buat kira-kira mudah ini. Setiap 25kg berat badan, anda perlu minum 1 liter air. Pakar menyarankan agar kita minum 2-3 liter air masak setiap hari untuk memastikan badan kekal terhidrat.

 

4. Makan makanan yang seimbang

Bak kata orang putih, “Eat the rainbow”. Maksudnya, makan bermacam-macam warna sayuran dan buah-buahan. Ini kerana setiap buah-buahan itu kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral. Sebagai contoh, lobak merah kaya dengan beta-carotin untuk kesihatan kulit dan juga mata. Buah-buahan sitrus kaya dengan vitamin C.

Bila anda cukup nutrisi, sel-sel kulit anda juga. Kecantikan akan terpancar keluar. 🙂

 

5. Tidur yang cukup

Pada waktu malam semasa anda tidur, kulit anda akan diperbahrui. Jika anda hanya tidur 4 jam sehari, badan anda tidak mendapat rehat yang cukup. Kesannya, kulit anda kelihatan kusam dan tidak bermaya. Eye bag juga boleh muncul jika anda terus menerus abaikan kualiti tidur anda.

Dengan membuat sedikit perubahan kepada rutin tidur anda, anda akan kelihatan muda dengan kulit yang lebih segar.

 

6. Pakai pelindung uv

Pelindung uv sangat penting jika anda kerap terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran uv boleh menembusi jauh ke dalam kulit serta menyebabkan penuaan sel, tompok-tompok gelap dan juga kanser kulit.

Setiap kali keluar rumah, sapu dahulu krim pelembap yang ada pelindung uv di wajah. Tak lupa juga kawasan kulit lain yang terdedah seperti tangan untuk elakkan sunburn.

 

Semoga dengan sedikit perubahan ini, anda bakal mendapat kulit yang lebih sihat dan cantik. Jika anda mempunyai masalah kulit seperti jerawat, jeragat atau parut, anda boleh contact Ros di 019-367 3245 untuk konsultasi.

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.