Follow:
Umum

Cabaran Mematangkan Diri

Assalamualaikum

Hari ni 2hb Januari 2018. Bermulalah rutin baru Ros menghantar ketiga-tiga anak ke nursery dan juga Kindergarten.

Kalau tahun lepas, Ros hantar Luqman sahaja ke Kindergarten. Maryam dan Khadijah, abi diorang yang hantar.

Mulai tahun ni, ketiga-tiga anak Ros ke nursery dan Kindergarten dekat sikit dengan rumah. Bolehlah diorang balik awal kalau abinya outstation sebab Ros pukul 6 je memang akan balik kerja kalau takde hal yang urgent.

Pagi tadi menangis juga lah Maryam dan Khadijah sebab nursery baru. Tak biasa lagi. Harap-harap lepas seminggu ni makin serasi.

Luqman pula dah lama tak pergi ke Kindergarten dia sebab nak main dengan kawan-kawan lama dia di nursery Maryam dan Khadijah. Jadi, Luqman eksaited jumpa kawan-kawan tadika dia.

Tahun ini anak-anak kena sesuaikan diri dengan tempat baru. Ummi doakan Maryam dan Khadijah cepat sesuaikan diri.

Begitulah cabaran baru yang kena hadapi. Cabaran inilah yang akan mematangkan diri kita dan menguatkan diri kita.

Berbalik kepada jadual Ros, kena cari masa baru untuk selesaikan urusan bisnes. Balik kerja kena layan anak-anak dan memasak dulu. Lepas Ros berehat sekejap, bolehlah Ros sambung urusan bisnes.

Bagi anda yang nak cabar diri sendiri, nak cari pendapatan tambahan, anda bolehlah join team Ros.

Kita sama-sama usaha bina bisnes sampai berjaya. Kalau anda berhati kental, sanggup korbankan masa tengok drama dan perkara-perkara lain yang tak mendatangkan faedah, ANDA lah orang yang Ros cari.

Terus hubungi Ros di 019-367 3245 untuk mendaftar dengan team Ros. InsyaAllah Ros personal coaching anda bagaimana nak bina bisnes Shaklee.

Now or Never!

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.