Gula Punca Muka Nampak Tua?

Assalamualaikum

GULA PUNCA MUKA NAMPAK TUA?

Ya. Itulah kebenarannya.

Siapa sangka gula putih yang kita letakkan dalam makanan dan minuman kita setiap hari tu boleh sebabkan muka nampak tua dari usia sebenar.

 

Unit terkecil tubuh kita adalah sel. Protein pula merupakan makanan kepada sel-sel badan kita. Ini termasuklah sel kulit kita.

Jika sel-sel kulit kita mendapat protein yang cukup, kulit kita akan jadi sihat dan cantik.

Tetapi bila gula bertindak balas dengan protein, akan terbentuklah Advanced Glycation End-products (AGE) yang mengeraskan struktur sel-sel kulit kita.

Jadi, kulit hilang keanjalannya dan tidak tegang lagi. Sebab tu muka nampak cepat tua. Umur baru 30-an dah nampak macam 40-an.

Nak nampak awet muda, kena lah hindari gula putih.

Lepas ni, jomlah kita kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman.💪🏻

Nak elak terus gula,macam tak logik pula kan kalau dah bertahun-tahun minum air manis. Petang-petang pula makan kuih-muih yang manis-manis. Kan..

Jadi, kita mula dengan kurangkan kuantiti. 😊

Kalau anda dah biasa minum teh tarik untuk sarapan dan minum petang, kurangkan kepada minum masa sarapan je.

Lepas tu, kurangkan daripada minum setiap hari kepada 4 kali seminggu sahaja.

Lama-lama mesti boleh, minum teh tarik seminggu sekali je. Buat yang kurang manis tau. ☺️

Lebihkan kemanisan dalam senyuman. Barulah tak nampak tua sebelum usia.

Bolehkan kurangkan gula lepas ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge