Follow:
Awet Muda

Punca Kulit Cepat Berkedut

Assalamualaikum

Masalah kedutan sangat ditakuti oleh kaum wanita. Bukan tidak mahu tua. Tetapi tidak mahu nampak tua sebelum masanya.

Kalau anda baru berumur 30-an, tetapi dikatakan umur 40-an dah, mesti panas kan hati.

Ish.. dia ni.. umur aku baru 30 lebih lah. Sampai hati, dia kata aku umur 40 dah.

Boleh jadi apa yang dikomen orang tu betul. Ada garis-garis halus di dahi anda. Tepi mata pun nampak juga garis-garis halus.

Nak tahu kenapa kulit cepat berkedut?

Jom Ros kongsikan beberapa punca kulit cepat berkedut.

 

1. Penurunan penghasilan Collagen dalam badan

Di bawah kulit kita, terdapat 2 jenis protein iaitu collagen dan elastin. Kedua-duanya penting untuk keanjalan kulit, elakkan kedutan dan garis halus.

Collagen menyokong struktur kulit kita. Elastin membuatkan kulit kita elastik. Maksudnya, bila kita tekan, kulit kita bounce balik ke keadaan asal.

Seiring dengan pertambahan usia, penghasilan collagen oleh badan kita semakin menurun terutamanya bila masuk umur 30-an. Garis-garis halus di tepi mata, di hujung bibir mula muncul.

 

2. Sinaran ultraviolet

Pendedahan berterusan kepada sinaran ultraviolet (UV) juga boleh membuatkan kulit cepat berkedut. UV merosakkan struktur collagen dan elastin di bawah kulit.

Umpama binaan blok batu-bata (collagen dan elastin) dimusnahkan. Tiada lagi bumbung (kulit anjal) yang tegap melindungi isi rumah.

Jadi, lindungi kulit anda daripada sinaran uv. Pakailah baju lengan panjang dan pakai topi jika perlu keluar di bawah sinaran matahari.

 

3. Merokok

Terlalu banyak kesan buruk daripada tabiat merokok ini. Ia boleh menjadikan kulit anda kering seterusnya cepat berkedut.

 

Di entri seterusnya, Ros akan kongsikan bagaimana nak elakkan penuaan pramatang ini.

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.