Rutin Penjagaan Kulit Wajah Yang Paling Asas

Assalamualaikum

Setiap hari wajah kita terdedah kepada debu dan kotoran. Biasanya tengahari pun dah boleh rasa betapa melekitnya kulit di muka.

Pada hari yang panas, muka berpeluh dan jadi terlalu berminyak. Nak pegang kulit sendiri pun tak nak kan.

Waktu tengahari digalakkan cuci muka dengan pencuci muka terutamanya mereka yang kulit jenis berminyak.

Ada 3 perkara asas nak jaga kulit muka.

1. Cuci muka
2. Lembapkan kulit
3. Lindungi kulit

Ok. Ros terangkan dengan lanjut setiap langkah ye.

Rutin Penjagaan Kulit Yang Paling Asas

Langkah 1:
Cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda. Jika kulit anda berminyak, guna pencuci untuk ‘oily skin’.

Ada sesetengah pencuci muka mengeringkan kulit. Ada juga yang memedihkan kulit. Carilah yang serasi dengan kulit anda.

Langkah 2:
Selepas cuci muka, anda digalakkan pakai toner untuk tutup balik pori-pori yang terbuka. Kalau tak tutup, kotoran boleh masuk balik. Boleh timbul whitehead dan blackhead nanti.

Selepas pakai toner, bolehlah disapu pelembap untuk melembapkan balik kulit anda.

Langkah 3:
Melindungi kulit dengan pelindung UV yang mengandungi SPF 15. Kalau SPF 15, kulit akan dilindungi selama 4 jam.

Bagi Ros, pelindungan selama 4 jam ni ok je sebab kita boleh sapu 2 kali pada waktu siang. Sapuan pertama sebelum keluar rumah pergi kerja. Lepas tu, sapuan kedua selepas sudah solat zohor.

Itulah serba sedikit rutin penjagaan wajah yang perlu anda amalkan setiap hari.

Dah tahu pasal Skincare yang boleh meremajakan kulit sehingga 10 tahun lebih muda?

Jika belum, teruskan membaca entri Ros yang ni >> Skincare Youth.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge