Follow:
Travel

Homestay English Style di Bandar Mahkota Cheras

Assalamualaikum

Hujung minggu baru ni Ros dan bisnes Partner Ros bersama-sama dengan mentor kami telah menjayakan aktiviti teambuilding yang berlangsung selama 2 hari 1 malam.

Teambuilding kami telah diadakan di satu homestay yang sangat cantik dengan susunatur perabot gaya english. Elegant sangat tau.

Jikalau anda tengah mencari homestay di kawasan Bandar Mahkota Cheras, bolehlah anda menginap di sini. Sangat recommended!

Muat untuk Group teambuilding kami: 7 dewasa, 1 budak dan 1 baby.

Homestay ini sangat sesuai juga untuk berkumpul satu famili besar kerana mempunyai 3 bilik tidur. Toto dan bantal lebih disediakan.

Jom Ros kongsikan gambar sekitar dalam homestay ni.

Melangkah masuk, anda akan nampak ruang tamu dengan 2 sofa pink dan 1 sofa-2 tempat duduk warna putih.

Maaf ye, Ros hanya ambil gambar satu je Sofa pink tu. Rasa macam queen je bila duduk atas tu.

Fefeeling winter sikit duduk di sebelah pemanas ni sambil minum Koko panas.

Ruang makan pun cantik dengan hiasan cermin di dinding dan chandelier di atas.

Menjengah ke bahagian dapur pula, lengkap dengan peti sejuk, oven dan microwave. Semuanya built-in. Mesin basuh pun ada.

Peralatan seperti cerek, pinggan, teko dan cawan juga disediakan.

Naik ke tingkat atas pula, anda akan nampak ruang keluarga. Di sini, anda boleh menonton TV, Iron baju atau berbual bersama ahli keluarga.

Inilah rupa bilik tidur utama. Luaskan. Boleh hampar toto jika ada yang nak berguling-guling di atas lantai.

Bilik utama mempunyai bilik airnya yang tersendiri. Manakala 2 bilik tidur lain berkongsi satu bilik air.

Oh ya. Di tingkat bawah juga mempunyai bilik air. Kalau ada orang guna semua bilik air di tingkat atas, cepat-cepatlah berlari ke tingkat bawah.

Hehe.

Ros sangat suka dengan homestay ni. Tenang je. Perabot pun tak banyak. Tak serabut kepala.

Jika anda berminat untuk bermalam di sini atau nak staycation di sini, anda boleh Register untuk login melalui link airbnb di bawah ni:

>>  Register Airbnb

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

3 Comments

  • Reply Anuar

    Cantik dekorasi homestay ni… Suka tengok..
    Anuar recently posted…Contest SEO : Pakej Fotografi Perkahwinan. Hadiah berjumlah RM30870 untuk dimenangi!My Profile

    4 May 2018 at 9:13 am
  • Reply Nurul Husna

    Cantiknya rumah ni..
    Nurul Husna recently posted…HILANGKAN JERAGAT YANG BERPETA DENGAN SURI DELIMAMy Profile

    5 May 2018 at 5:38 am
    • Reply SirapAnggur

      kalau suka Englsih style, boleh lah menginap di sini.

      3 July 2018 at 10:10 am

    Leave a Reply

    CommentLuv badge

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.