Follow:
Umum

Resepi Smoothies Buah Naga

Assalamualaikum

Smoothies merupakan minuman yang sangat berkhasiat sebab kita menggunakan buah-buahan segar.

Kalau order masa makan di luar, belas-belas ringgit juga kan. Minum segelas memang tak puas. Tambah-tambah lagi cuaca di luar tengah panas membahang kan.

Nak order segelas lagi? Fikir banyak kali kan. Kan best kalau dapat buat di rumah. Jimat. Satu lagi, kita boleh tambah bahan yang kita suka dan juga boleh kawal jumlah gula yang digunakan.

Rupa-rupanya senang je nak buat smoothies.

Asalkan anda ada blender boleh blend ais, ada buah contohnya mangga ke buah naga ke.

Lepas tu kalau ada susu segar dengan yogurt, dah boleh buat minuman berkhasiat ni.

Hari ni Ros nak share 1 resepi Smoothies dulu.

Resepi Smoothies Buah Naga

1. buah naga: belah 2. Korek isi guna sudu.
2. Yogurt asli: 2-3 sudu besar
3. Susu segar: setengah mug
4. Ais kiub: setengah mug
5. Energizing Soy Protein (ESP):2-3 sudu besar ( optional )

Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan blend. Pastikan anda guna blender yang boleh blend Ais. Kalau takde, jangan risau, gantikan Ais kiub dengan air sejuk.

Sukatan di atas Ros agak-agak je. Ikut naluri. Cewah.

Alhamdulillah. Sedap Smoothies ni.

Lagi sedap sebenarnya bila tambah ESP ni. Ros kalau dah tambah ESP, tak ambil breakfast lain dah. Sebab ESP ni mengenyangkan.

Kalau anda nak breakfast yang cepat tapi masih berkhasiat, bolehlah minum Smoothies Buah Naga campur ESP.

Bulan puasa nanti, minuman ni dah masuk dalam list menu sahur 5 minit Ros. Yeay…

Tiada alasan lagi malas sahur sebab malas nak ketung ketang kat dapur.

Yang pasti, ESP akan sentiasa ada di rumah Ros bulan puasa sebagai energy booster Ros sekeluarga.

Nak order ESP?
Boleh klik sini >> www.wasap.my/60193673245

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.