Giveaway Raya By RosAhmad

Assalamualaikum

Lagi beberapa hari je lagi kita bakal menyambut hari raya Aidilfitri. Inilah masanya untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga sambil menikmati juadah raya.

Menu utama semestinya ketupat dan rendang. Ada yang akan sediakan laksa. Rumah Ros tahun lepas, ayah Ros sediakan nasi daging. Huh.. terliur dah.

Selepas hari raya, kemeriahan syawal diteruskan dengan rumah terbuka. Pastinya anda menerima banyak undangan open House ni.

Bagaimana dengan diet anda masa tu?

 

Hari ni Ros nak buat satu giveaway. Hadiahnya adalah sesuatu yang boleh membantu anda maintain kurus. Yeay..

 

Bagaimana nak join Giveaway Raya by RosAhmad ni?

Hanya 7 langkah mudah yang perlu anda buat.

1. Klik link ini: >> http://wshe.es/rvPTcD7g
2. Masukkan email anda dan klik VOTE

3. Anda akan menerima email daripada Shaklee Product Malaysia untuk pengesahan.

4. Klik link biru itu untuk sahkan email anda.

5. Copy link tersebut http://wshe.es/rvPTcD7g dan share di FB anda.

 

6. Copy link post anda di komen FB Post Ros di bawah.

Jemput join Giveaway Raya by RosAhmad. Semua boleh join.Jangan lupa copy paste link sharing anda di komen post ini. 😊Terima kasih kerana sudi join dan memeriahkan Giveaway ini.

Posted by Rosmawati Ahmad on 5hb Jun 2018

 

7. Datang lagi ke link  http://wshe.es/rvPTcD7g untuk vote selepas 24 jam setiap hari sehingga 10 June.

 

Giveaway ini akan tamat pada 10 June. Pemenang akan dipilih secara random melalui random.org

Pemenangnya akan Ros umumkan di FB Ros dan juga di blog SirapAnggur.com.

Ajaklah rakan-rakan FB dan juga rakan-rakan Blogger anda untuk memeriahkan Giveaway Raya by RosAhmad.

Terima kasih untuk sokongan anda.

Semoga berjaya.

Resepi Smoothies Strawberi Dan Mangga

Assalamualaikum

Bulan puasa kali ini, banyak kali juga Ros buat Smoothies. Waktu sahur memang minum Smoothies buah-buahan campur 3 sudu serbuk Energizing Soy Protein (ESP).

Alhamdulillah.. boleh tahan sampai ke petang.

Hari ni Ros nak kongsikan satu lagi resepi Smoothies yang jadi kegemaran Ros sekeluarga iaitu Smoothies strawberi dan mangga.

Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan:

1. 4-5 biji strawberi

2. 1 cawan mangga yang dipotong kiub

3. setengah cawan susu segar

4. 2-3 sudu yogurt asli

5. 2-3 sudu ais krim sorbet

6. 5 ketul ais kiub

 

Cara-caranya:

1. potong strawberi kepada ketulan kecil

2. Mulakan dengan letak strawberi dan mangga ke dalam blender

3. masukkan yogurt dan ais krim sorbet

4. masukkan susu segar

5. masukkan ais ketul

6. blender sehingga halus

Siap!

Untuk lebih mengenyangkan, Ros akan tambah 2-3 sudu serbuk Energizing Soy Protein untuk sahur.

Rasanya? Sedap sangat. Anak-anak pun suka.

Selamat mencuba.

Umur 40an Pun Masih Boleh Miliki Kulit Yang Cantik

Assalamualaikum

Dah namanya perempuan, memang tak boleh dipisahkan dengan keinginan untuk cantik.

Walaupun dah masuk 40an, wanita masih mahu kelihatan cantik dan bertenaga menguruskan keluarga.

Apa perasan anda bila anak tegur kulit anda makin kusam? Mesti tersentap kan.

Kalau suami yang tegur bagaimana ya? Aduh.. pedihnya hati. Tak sanggup dengar.

Dalam Islam memang disuruh wanita untuk kelihatan cantik di hadapan suami.

 

Bukan anda seorang je berada dalam situasi ni.

Ros kongsikan pengalaman Puan Rizatulrishah yang berumur 44 tahun. Jom baca.

 

Perkongsian Puan Rizatulrishah:

Alhamdulillah. Itulah ayat pertama yang dapat diungkap apabila bertanyakan bagaimana kehidupan saya dengan Shaklee. Syukur dengan nikmatNYa kerana asbab dengan bertemankan Shaklee saya dapat menikmati kesan yang baik dan sangat mempengaruhi kehidupan kini.
.

Saya Rizatulrishah bt. Mohd Shaharuddin seorang isteri berumur 44 tahun merupakan seorang ibu kepada 3 anak perempuan comel yang berbagai peringkat usia dari umur 13thn, 3thn dan 1thn 7 bulan. Kehadiran permata hati ini memerlukan saya memiliki kecergasan dari segi mental dan fizikal yang sihat untuk menjadi ibu atau ummi yang hebat untuk mereka serta mengimbangi kehidupan seharian mereka yang sentiasa cergas serta masih menyusukan anak ketiga.
.

Jika saya lemah, cepat letih, tidak bertenaga bagaimana saya perlu menjaga mereka di samping kerjaya hakiki saya yang juga memerlukan komitmen yang tinggi. Dari situlah saya belajar tentang produk Shaklee yang dapat membantu saya dalam mendapatkan keperluan nutrient serta menjadikan penampilan saya yang lebih sihat selepas saya dikurniakan lagi dua orang anak kecil yang comel dan bijak.
.

Anak sulung juga sangat menyokong kerana melihat Ummi yang nampak dah macam makcik makcik bawang….hahahaha….serabai, mula gemuk dan kusam. “Ok…Ummi have to do something.”….AND now…” I made it girls”
.

YOUTH Skincare…yes!!!! Memang fall in love lah kata orang. Saya memang mencari-cari produk yang selamat dan bebas dari bahan-bahan kimia yang berbahaya. Saya sangat berhati-hati dalam memilih produk skincare kerana kulit saya jenis yang sensitive dan dalam masa yang sama masih menyusu.
.

Pernah di zaman remaja masa belajar saya terjebak dengan produk yang akhirnya membuatkan kulit saya asyik naik jerawat dan berminyak. Nyesal tau masa tu. Dengan YOUTH Skincare kulit kusam, jerawat saya dapat dipulihkan. Parut jerawat pon dan pulih. Jeragat yang dah mula melambai-lambai nak menghiasi kulit pun dah tiada.
.

Bila dan masuk usia 44 tahun dah tentu garis-garis penuaan atau wrinkle dah mula wujud kan….Alhamdulillah dengan Youth keadaan ini dapat diatasi. Saya dapat lihat perbezaan dengan ketara. Memang tidak salah saya memilih YOUTH tambahan saya pula jenis spesies yang tidak suka bermekap tebal untuk menutup cela. Kini dah 1 bulan lebih saya menggunakan YOUTH. Jika ada yang tercari-cari set skincare bagi saya YOUTH lah jawapannya.

Well…apa yang boleh saya katakan keperluan vitamin atau supplement itu perlu untuk menampung kekurangan nutrient yang kita dapat dari makanan. Dapatkan panduan yang betul dan Shaklee adalah pilihan saya.
.

Alhamdulillah saya dah berjaya turunkan berat 3.5kg, kulit yang lebih sihat, kulit wajah yang berseri, tidak lagi kusam, kasar dan naik jerawat lagi, minda cergas dan bertenaga.
.

Saya juga belajar gaya hidup yang lebih sihat serta berpengetahuan tentang kesihatan. Terima kasih Allah atas segala-galanya. Terima kasih Shaklee kerana jadi ‘teman nutrient’ saya.

LOVE by RIZZ💖

 

Syukur.. Alhamdulillah. Asbab Shaklee, Puan Rizatulrishah mendapat kulit yang lebih sihat dan lebih bertenaga menjalani kehidupan seharian.

Bagi anda yang Nak tahu lanjut mengenai Skincare Youth, bolehlah hubungi Ros di 019-367 3245.

Kulit Berjerawat Akibat Pakai Krim Timbang Kilo

Assalamualaikum

Selalu juga Ros dengar rungutan Adik-Adik pelajar universiti yang menyatakan kulit wajah mereka naik Jerawat atau kulit breakout lepas berhenti pakai Skincare.

Bila ditanya lanjut, Skincare tu mereka beli dari instagram dan juga facebook. Tekaan Ros besar kemungkinan mereka beli Skincare krim timbang kilo ni.

Kebanyakan Skincare ini nombor KKM pun tiada. Alamat kilang pun tidak dinyatakan di kotak pembungkusan.

Macam mana ye nak tentukan tahap keselamatan produk Skincare ini?

Krim timbang kilo ni boleh dibeli dari Thailand dan China. Macam-macam warna. Bila dah ada warna, pastilah ada sesuatu tu.

Berapa banyak lah kandungan merkuri ada dalam krim timbang kilo ni?

Sekali nak berhenti pakai Skincare ni, terus kulit muka breakout teruk.

 

Bolehkah kulit wajah kembali pulih?

 

Jom baca perkongsian daripada Puan Farah Qurratun.

 

Nama saya Farah Qurratun Aini. Isteri dan ibu kepada 2 orang cahaya mata. Saya nak ceritakan kisah benar bagaimana kulit saya boleh breakout teruk dan kembali cantik selepas bersama Shaklee.
,

Dulu semasa bujang saya terjebak dengan produk timbang kilo. Masa tu takde ilmu pon pasal kandungan yang bahaya dalam kosmetik timbang kilo. Tapi jenama produk tu dulu memang terkenal lah.
.

Minggu pertama pakai memang cantik kulit. Putih bersih. Licin dan lembab. Keadaan macam tu elok selama 3 bulan. Bulan ke empat masa tu dah nak kahwin, dah mula tumbuh jerawat. Risau ! Tapi nasib baik jurusolek pandai tutup jerawat yang ada.
.

Selepas kahwin, makin teruk. Berjerawat penuh . Merah-merah lagi. Masa ni dah tertekan. Orang pula makin bertanya kenapa kulit macam tu. Malu nak berdepan dengan orang. Bila pakai produk tu semakin pedih jadi saya berhenti pakai produk tu.
.

Suami bawa saya ke klinik kulit untuk dapatkan rawatan. Mana klinik kulit tak pergi. Semua klinik pergi. Bayaran bukan murah. Ratus-ratus semuanya. Tapi kesan tetap sama malah makin teruk pon ada. Jadi suami tak bagi teruskan pakai produk klinik.
.

Kemudian saya mengandung. Dalam tempoh mengandung hormon tak stabil pula maka kulit kembali teruk. Sampaikan saya dirujuk ke doctor pakar kulit di hospital kerajaan. Saya dibekalkan ubat yang dikawal maknanya ubat sapu yang kuat. Saya pakai juga sebab masa tu terpaksa pakai untuk bagi kulit reda dari alahan yang teruk.
.

Selepas bersalin saya teruskan sesi dengan pakar kulit tu. 3 bulan sekali. Tapi sebabkan saya tak guna selalu ubat yang dibekalkan maka saya discaj sendiri appoiment dengan doctor pakar. Sebab risau juga efek ubat tu. Yang saya perasan ubat tu hanya sembuhkan lapisan luar sahaja. Jika tak pakai ubat tu, naik kembali merah-merah dan gatal-gatal.
.

Tekanan sangat masa ni. Dah tak larat nak segan dengan orang. Dah sengsara rasa nak melayan pertanyaan orang lirikan mata yang terkejut tengok kulit muka. Keyakinan diri pon takde masa tu .
.

Jadi saya nekad untuk rawat kulit saya dari dalam. Jika rawat dari luar sahaja ia hanya sembuhkan lapisan kulit luar sahaja. Di lapisan dalam masih ada baki-baki bahan kimia yang bahaya.
.

Saya mulakan dengan GLA Complex untuk stabilkan hormon. Saya perasan bila hormon tak stabil kulit muka semakin teruk. Jadi saya mulakan dengan stabilkan hormone dahulu dengam mengambil GLA Complex. Kemudian saya konsisten set radiant 4 shaklee iaitu ESP, SR VitaC Plus, Gla Complex dan Collagen serta Vivix.
.

Selepas sebulan saya consume tanpa miss terutamanya collagen tu saya dapati kulit muka lebih elok berbanding sebelum nya. Dan ramai yang menegur kulit muka makin ok dari dahulu. Cuma masa ini masih kelihatan parut-parut lagi.
.

Dan bila skincare youth masuk, saya terus beli tanpa lepaskan peluang dan pakai setiap hari. Alhamdulilah saya rasa semakin cantik sekarang dan suami sendiri tegur kulit makin cantik, tona kulit lebih sekata dan parut-parut kelihatan semakin pudar. Kalau suami sendiri yang tegur tu betul lah kan..kulit makin baik dan makin cantik.


.

Saya sangat gembira dan keyakinan diri kembali yakin untuk berjumpa dengan orang dan berselfie. Syukur , produk Shaklee mengembalikan keyakinan diri saya.
.

Itulah Shaklee Effect saya !
Terimakasih Shaklee.

 

Alhamdulillah, mujur Puan Farah cepat tersedar akan bahana krim timbang kilo ni.

Kalau anda mengalami breakout yang teruk akibat pakai skincare berbahaya ni, Ros cadangkan anda amalkan Set Radiant 4 untuk perbaiki kulit dari dalam. Untuk Skincare pula, gunakan Skincare Youth yang terbukti selamat dan berkesan.

Anda Boleh hubungi Ros di 019-367 3245 untuk dapat Set Radiant 4 dan juga Skincare Youth.