Follow:
Kulit Cantik

Kulit Berjerawat Akibat Pakai Krim Timbang Kilo

Assalamualaikum

Selalu juga Ros dengar rungutan Adik-Adik pelajar universiti yang menyatakan kulit wajah mereka naik Jerawat atau kulit breakout lepas berhenti pakai Skincare.

Bila ditanya lanjut, Skincare tu mereka beli dari instagram dan juga facebook. Tekaan Ros besar kemungkinan mereka beli Skincare krim timbang kilo ni.

Kebanyakan Skincare ini nombor KKM pun tiada. Alamat kilang pun tidak dinyatakan di kotak pembungkusan.

Macam mana ye nak tentukan tahap keselamatan produk Skincare ini?

Krim timbang kilo ni boleh dibeli dari Thailand dan China. Macam-macam warna. Bila dah ada warna, pastilah ada sesuatu tu.

Berapa banyak lah kandungan merkuri ada dalam krim timbang kilo ni?

Sekali nak berhenti pakai Skincare ni, terus kulit muka breakout teruk.

 

Bolehkah kulit wajah kembali pulih?

 

Jom baca perkongsian daripada Puan Farah Qurratun.

 

Nama saya Farah Qurratun Aini. Isteri dan ibu kepada 2 orang cahaya mata. Saya nak ceritakan kisah benar bagaimana kulit saya boleh breakout teruk dan kembali cantik selepas bersama Shaklee.
,

Dulu semasa bujang saya terjebak dengan produk timbang kilo. Masa tu takde ilmu pon pasal kandungan yang bahaya dalam kosmetik timbang kilo. Tapi jenama produk tu dulu memang terkenal lah.
.

Minggu pertama pakai memang cantik kulit. Putih bersih. Licin dan lembab. Keadaan macam tu elok selama 3 bulan. Bulan ke empat masa tu dah nak kahwin, dah mula tumbuh jerawat. Risau ! Tapi nasib baik jurusolek pandai tutup jerawat yang ada.
.

Selepas kahwin, makin teruk. Berjerawat penuh . Merah-merah lagi. Masa ni dah tertekan. Orang pula makin bertanya kenapa kulit macam tu. Malu nak berdepan dengan orang. Bila pakai produk tu semakin pedih jadi saya berhenti pakai produk tu.
.

Suami bawa saya ke klinik kulit untuk dapatkan rawatan. Mana klinik kulit tak pergi. Semua klinik pergi. Bayaran bukan murah. Ratus-ratus semuanya. Tapi kesan tetap sama malah makin teruk pon ada. Jadi suami tak bagi teruskan pakai produk klinik.
.

Kemudian saya mengandung. Dalam tempoh mengandung hormon tak stabil pula maka kulit kembali teruk. Sampaikan saya dirujuk ke doctor pakar kulit di hospital kerajaan. Saya dibekalkan ubat yang dikawal maknanya ubat sapu yang kuat. Saya pakai juga sebab masa tu terpaksa pakai untuk bagi kulit reda dari alahan yang teruk.
.

Selepas bersalin saya teruskan sesi dengan pakar kulit tu. 3 bulan sekali. Tapi sebabkan saya tak guna selalu ubat yang dibekalkan maka saya discaj sendiri appoiment dengan doctor pakar. Sebab risau juga efek ubat tu. Yang saya perasan ubat tu hanya sembuhkan lapisan luar sahaja. Jika tak pakai ubat tu, naik kembali merah-merah dan gatal-gatal.
.

Tekanan sangat masa ni. Dah tak larat nak segan dengan orang. Dah sengsara rasa nak melayan pertanyaan orang lirikan mata yang terkejut tengok kulit muka. Keyakinan diri pon takde masa tu .
.

Jadi saya nekad untuk rawat kulit saya dari dalam. Jika rawat dari luar sahaja ia hanya sembuhkan lapisan kulit luar sahaja. Di lapisan dalam masih ada baki-baki bahan kimia yang bahaya.
.

Saya mulakan dengan GLA Complex untuk stabilkan hormon. Saya perasan bila hormon tak stabil kulit muka semakin teruk. Jadi saya mulakan dengan stabilkan hormone dahulu dengam mengambil GLA Complex. Kemudian saya konsisten set radiant 4 shaklee iaitu ESP, SR VitaC Plus, Gla Complex dan Collagen serta Vivix.
.

Selepas sebulan saya consume tanpa miss terutamanya collagen tu saya dapati kulit muka lebih elok berbanding sebelum nya. Dan ramai yang menegur kulit muka makin ok dari dahulu. Cuma masa ini masih kelihatan parut-parut lagi.
.

Dan bila skincare youth masuk, saya terus beli tanpa lepaskan peluang dan pakai setiap hari. Alhamdulilah saya rasa semakin cantik sekarang dan suami sendiri tegur kulit makin cantik, tona kulit lebih sekata dan parut-parut kelihatan semakin pudar. Kalau suami sendiri yang tegur tu betul lah kan..kulit makin baik dan makin cantik.


.

Saya sangat gembira dan keyakinan diri kembali yakin untuk berjumpa dengan orang dan berselfie. Syukur , produk Shaklee mengembalikan keyakinan diri saya.
.

Itulah Shaklee Effect saya !
Terimakasih Shaklee.

 

Alhamdulillah, mujur Puan Farah cepat tersedar akan bahana krim timbang kilo ni.

Kalau anda mengalami breakout yang teruk akibat pakai skincare berbahaya ni, Ros cadangkan anda amalkan Set Radiant 4 untuk perbaiki kulit dari dalam. Untuk Skincare pula, gunakan Skincare Youth yang terbukti selamat dan berkesan.

Anda Boleh hubungi Ros di 019-367 3245 untuk dapat Set Radiant 4 dan juga Skincare Youth.

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

1 Comment

  • Reply Anuar

    Saya tak pernah tahu pun ada produk skincare timbang kilo.. Ada jual dekat mana ye skincare timbang kilo ni?
    Nak tengok mana rupanya… kalau blh nak snap gambar dan share dekat blog… supaya ramai orang tahu produk jenis tu tak bagus..
    Anuar recently posted…Pemenang Tak Rasmi Contest SEO : Pakej Fotografi PerkahwinanMy Profile

    3 June 2018 at 5:43 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.