Resepi Smoothies Strawberi Dan Mangga

Assalamualaikum

Bulan puasa kali ini, banyak kali juga Ros buat Smoothies. Waktu sahur memang minum Smoothies buah-buahan campur 3 sudu serbuk Energizing Soy Protein (ESP).

Alhamdulillah.. boleh tahan sampai ke petang.

Hari ni Ros nak kongsikan satu lagi resepi Smoothies yang jadi kegemaran Ros sekeluarga iaitu Smoothies strawberi dan mangga.

Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan:

1. 4-5 biji strawberi

2. 1 cawan mangga yang dipotong kiub

3. setengah cawan susu segar

4. 2-3 sudu yogurt asli

5. 2-3 sudu ais krim sorbet

6. 5 ketul ais kiub

 

Cara-caranya:

1. potong strawberi kepada ketulan kecil

2. Mulakan dengan letak strawberi dan mangga ke dalam blender

3. masukkan yogurt dan ais krim sorbet

4. masukkan susu segar

5. masukkan ais ketul

6. blender sehingga halus

Siap!

Untuk lebih mengenyangkan, Ros akan tambah 2-3 sudu serbuk Energizing Soy Protein untuk sahur.

Rasanya? Sedap sangat. Anak-anak pun suka.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge