Follow:
Kulit Cantik

Cara Dapatkan Kulit Muka Yang Sihat

Assalamualaikum

Bila berjumpa dengan seseorang, selain cara pemakaian, kita juga akan memerhatikan wajah seseorang.

Eh betullah kan. Takkan tunduk je muka sepanjang pertemuan atau meeting tu.

Kalau ada presentation, jika anda yang kena present, mestilah semua mata memandang ke arah anda. Sebelum presentation mula, anda dah belek muka dan pastikan baju dan tudung terletak elok.

Lain pula kalau anda salah seorang daripada pendengar presentation tu. Andalah yang akan memerhati si penyampai. Dari atas sampai ke bawah akan ditenung. Sampaikan kadang-kadang isi yang disampaikan tak masuk kepala pun.

Masalah kulit wajah seperti kulit berjerawat dan kusam ni lah yang kita nak atasi sebelum nak berjumpa dengan klien.

Dalam entri ini Ros nak kongsikan 5 cara nak dapatkan kulit muka yang sihat.

 

5 cara nak dapatkan kulit muka yang sihat:

 

1. cuci muka selalu

Kulit yang sihat hendaklah dibersihkan selalu. Anda kena ikut rutin penjagaan wajah setiap hari iaitu mencuci muka, pakai toner dan sapu krim pelembap.

Cuci muka bukan sekadar nak bagi kulit bersih. Tetapi nak sediakan kulit supaya dapat menyerap sepenuhnya toner dan krim yang anda sapu selepas cuci muka.

Baca selanjutnya >> Rutin Penjagaan Kulit Wajah Yang Paling Asas.

 

2. minum air secukupnya

Air membantu menyingkirkan kotoran dan toksin yang boleh membawa kepada terjadinya jerawat.

Selain itu, pengambilan air yang cukup mestikan kulit anda tak kering dan mengelupas.

 

3. ambil Omega 3 dan Omega 6

Pengambilan EFA ( Essential Fatty Acid) juga memyumbang kepada kesihatan dan kecantikan kulit.

Omega 6 lebih mudah didapati. Sumber Omega 6 adalah seperti bijirin, ayam dan juga telur. Sementara Omega 3 pula boleh diperolehi daripada ikan salmon, flaxseed dan walnut.

Gabungan kedua-dua asid lemak ni meningkatkan keserian kulit anda.

 

4. pakai pelembap dan pelindung uv

Lapisan kulit yang paling luar dipanggil epidermis. Epidermis ni lah yang banyak sekali terdedah kepada pencemaran seperti asap, debu dan kotoran. Dia jugalah yang menahan sinaran uv.

Kalau anda tak sapu krim pelindung ni, risiko nak dapat kanser kulit ni tinggi terutamanya mereka yang kerap bekerja di bawah sinaran matahari.

Tanpa krim pelindung uv ni juga, kulit anda cepat berkedut, naik jeragat dan hilang keanjalan.

 

5. ambil antioksidan

Antioksidan berfungsi untuk melawan radikal bebas yang merosakkan sel-sel kulit anda. Antioksidan terkenal yang biasa orang ambil adalah Vitamin C and Vitamin E.

Vitamin C membantu membina collagen untuk menganjalkan dan menegangkan kulit.

Vitamin E pula melindungi membran sel dan melawan kerosakan akibat sinaran UV.

 

Nak kulit yang sihat dan cantik, jom amalkan 5 cara yang Ros kongsikan ni.

 

Jika kulit anda mengalami masalah jerawat yang teruk, Ros cadangkan anda hentikan guna produk Skincare yang ada bahan kimia berbahaya dan mula amalkan vitamin semulajadi untuk pulihkan sel-sel kulit anda dari dalam. Ros ada kongsikan caranya di entri >> Hilangkan Jerawat Dengan Cara Yang Selamat.

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.