Follow:
Bisnes

3C Dalam Shaklee Yang Perlu Direbut Oleh Semua Yang Buat Bisnes Shaklee

Assalamualaikum

Sepanjang berbisnes Shaklee ni, bergaul dengan upline, sideline dan downline, Ros boleh simpulkan, ada banyak sebab orang kenapa mereka buat bisnes Shaklee.

Ada yang surirumah nak ringankan beban kewangan keluarga, buat bisnes Shaklee sambil jaga anak dan juga uruskan urusan rumahtangga. Golongan surirumah ni berjaya dapat income 3-4-5 angka.

Ada yang masih bekerja dan buat bisnes Shaklee sebagai pendapatan kedua. Akhirnya, berhenti daripada kerja hakiki selepas pendapatan bisnes Shaklee melebihi gaji hakiki.

Bukan mereka tak suka dengan kerja hakiki mereka. Tapi mereka ada tanggungjawab yang lebih besar.

Mereka berhenti untuk menumpukan perhatian kepada bisnes dan organisasi mereka. Mereka nak membantu downline mereka untuk mendapat pendapatan 4-5 angka seperti mereka.

Untuk pengetahuan anda, ada juga yang berjaya naik Master Coordinator ketika masih bekerja seperti Master Lyna Noh. Master coordinator merupakan Rank yang tertinggi dalam Shaklee. Hebatkan.

Dalam Shaklee, nak berjaya, kita kena tolong downline kita untuk berjaya juga. Bak kata orang putih, if you want to lift yourself up, lift someone else up. Sama juga macam, Rise by lifting others.

 

Besarkah potensi bisnes Shaklee ni?

 

Di bawah Ros kongsikan purata pendapatan bulanan untuk setiap pangkat dalam Shaklee.

Supervisor merupakan pangkat yang paling bawah dalam Shaklee. Bila dah bergelar Supervisor, anda layak dipanggil business leader dan boleh merebut kesemua 3C yang Shaklee tawarkan.

Untuk naik ke pangkat seterusnya, anda perlu melahirkan seorang leader seperti anda. Begitulah seterusnya. Nak naik ke pangkat seterusnya, kena tarik downline naik sekali.

 

Bagaimana mereka boleh dapat pendapatan sebanyak itu?

 

Pendapatan tersebut datangnya daripada untung runcit untuk produk Shaklee yang dijual, bonus tunai mengikut uv, bonus kepimpinan, bonus kereta dan lain-lain insentif.

Sebelum Ros ceritakan lebih lanjut mengenai bonus-bonus dan insentif tu, perlu anda tahu 3C yang Shaklee tawarkan untuk semua pengedar Shaklee.

 

Tahukah anda apa tu 3C Bonus yang Shaklee tawarkan?

 

1. Cash Bonus

Cash bonus akan diberi bila anda mencapai minimum 150uv pada bulan tersebut. Tak kisahlah jika hanya makan sendiri produk Shaklee. Bila anda buat pembelian yang banyak dan mencapai 150uv ke atas pada bulan tu, pada pertengahan bulan berikutnya, Shaklee akan kreditkan cash tersebut terus ke akaun bank anda.

Setakat ni, Shaklee memang tak pernah lambat masukkan cash bonus.

Syukur. Alhamdulillah.

2. Car bonus

Jika anda dah menjadi seorang leader Shaklee, anda berpeluang kejar 3C yang kedua ni. Ada 2 cara untuk mendapat car bonus samada dengan program 3 bulan atau 4 bulan.

Boleh rujuk gambar di bawah untuk lebih jelas.

Car bonus ni dibayar dengan cash juga. Terus masuk ke akaun bank. Jadi, terpulang pada anda nak guna cash itu untuk bayar duit kereta sedia ada. Atau nak buat bayar duit rumah tiap-tiap bulan. Atau apa sahaja.

Shaklee tak bagi kereta sebiji. Jadi, ikut andalah nak guna duit tersebut untuk apa.

3. Convention

3C yang terakhir adalah Convention. Convention merupakan percutian 5 bintang yang dihadiahkan oleh Shaklee kepada leader-leader yang berjaya mengembangkan organisasi bisnes mereka.

Berapa banyak tiket yang leader tu dapat adalah berdasarkan conference point yang mereka dapat pada setiap cycle. Lagi banyak conference point dapat dikumpulkan, lagi banyak tiket mereka boleh dapat. Bolehlah bawa pasangan dan juga ibubapa menyertai trip 5 bintang ni.

 

Ros akan terangkan lebih lanjut mengenai 3C ni dalam entri seterusnya.

Berminat nak join team Starlight?

Hubungi Ros di 019-367 3245 atau klik link ini untuk terus ke whatsapp Ros >> www.wasap.my/60193673245

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

1 Comment

  • Reply IbuZarith

    Memang sangat banyak bonus yang Shaklee bagi, malah ianya boleh sampai infiniti. Rugi siapa yang tak join
    IbuZarith recently posted…Trusted Pengedar Sah Shaklee USJ, Subang Jaya Dan Kawasan SekitarnyaMy Profile

    13 July 2018 at 2:30 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.