Follow:
Umum

Resepi Cucur Jagung Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum

Wiken baru ni Ros pergi hantar produk Shaklee iaitu Set Terseliuh kepada seorang makcik ni di Ampang.

Set Terseliuh ni untuk suaminya yang terseliuh di tangga di apartment tempat mereka tinggal.

Masa Ros cod tu hujan. Makcik tu tunggu Ros di gerai jual jagung di luar kawasan apartment mereka.

Tengok jagung dia besar-besar. Gemuk-gemuk. Terus Ros beli 8 tongkol. Harganya RM 10.

Masa Ros beli jagung ni, Ros dah terbayang jagung dalam cawan kegemaran Maryam. Tak payah dah beli kat pasar malam. Buat sendiri baru puas hati. Banyak pun banyak.

Tapikan, 8 tongkol untuk kami 5 beranak memang tak habis makan dalam sehari.

2 tongkol dah guna buat Corn Cup. Tinggal 6 tongkol lagi. Apalagi boleh buat ye?

Teringat pula cucur jagung yang mak selalu buat. Sedap kalau dapat makan panas-panas kan.

 

So hari ni Ros nak kongsikan resepi cucur jagung mudah dan sedap.

Jom tengok bahan-bahannya.

Bahan-Bahan:

1. setongkol jagung – diambil isinya
2. 2 cawan tepung gandum
3. sebiji telur
4. secawan air panas
5. Setengah cawan kucai – dipotong pendek
6. satu Lanz bawang besar – dipotong kasar
7. Sedikit garam
8. Sedikit gula

Cara-caranya:

1. Campur semua bahan dalam mangkuk besar

2. Kalau tak cukup air, tambah lagi air.

3. Panaskan minyak

4. Sudukan adunan sedikit demi sedikit

5. Buat sampai habis

 

Siap! Boleh lah makan dengan sos cili. Cicah dengan kuah kacang pun sedap. Kalau beli sate dan ada kuah kacang lebih, Ros akan simpan untuk dimakan dengan cucur esoknya. Kalau nak buat kuah kacang sendiri, tunggu raya je lah. Huhu.

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.