Follow:
Umum

Resepi Jagung Manis Cheese

Assalamualaikum

Setiap kali Ros pergi pasar malam dengan anak-anak, mesti mereka minta dibelikan Jagung Manis atau corn in the cup. Biasanya Ros akan belikan mereka satu cup je. Kena share tiga beradik.

Bila ada jagung di rumah ni, eloklah buat sendiri. Baru puas hati makan. 2 tongkol ni boleh dapat dalam 3 hingga 4 cup juga ni.

 

Jom Ros kongsikan resepi Jagung Manis Cheese.

Bahan-bahan:

2 tongkol jagung

3 sudu margerin

sedikit susu pekat

1 keping cheese

sedikit garam

 

Cara nak buat Jagung Manis cawan:

1. Kukus jagung manis

Ros guna periuk nasi untuk kukus jagung. Lebih kurang 20 minit, jagung siap dikukus.

 

2. Guna pisau untuk pisahkan jagung dari tongkolnya

Sebelah tangan Ros pegang pengepit untuk kepit jagung yang panas tu. Sebelah tangan lagi pegang pisau untuk potong jagung tu. Hati-hati ye masa potong tu.

 

3. Campurkan jagung dengan susu pekat, cheese dan garam

Gaul rata sementara jagung masih panas. Cheese pun akan cair. Tak perlu masak atas api lagi.

Siap!

Mujurlah sempat snap gambar sebelum habis dimakan oleh anak-anak.

Bila buat sendiri, kita boleh kawal nak letak banyak mana cheese. Garam pun kita boleh kawal. Kalau guna banyak cheese, tak perlulah letak garam dah.

Tips tambahan:

Andai kata anda tunggu jagung tu sejuk baru leraikan, bolehlah dipanaskan di atas api yang perlahan untuk bagi cheese cair.

Anda juga boleh guna jagung frozen untuk buat corn cup ni.

Senangkan nak buat?

Selamat mencuba!

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

1 Comment

  • Reply mrhanafi

    tak juga susah nak buat..

    yang penting ada bahan dan sedikit kerajinan..

    tengok rupa pun tahu memang sedap
    mrhanafi recently posted…Hujan Batu Di Negeri Sendiri Yang MengemparkanMy Profile

    15 August 2018 at 6:35 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.