Follow:
Kulit Cantik

Antioksidan Untuk Kulit Cantik

Untuk jaga kesihatan kulit kita, makanan yang dicadangkan adalah antioksidan. Banyak manfaatnya jika kita antioksidan setiap hari.

Dalam entri ini, Ros akan fokus kepada manfaat antioksidan untuk kulit kita.

Fungsi antioksidan

Antioksidan ni, dia ni boleh melindungi kulit kita daripada serangan radikal bebas.

Radikal bebas ni pulak, dia ni molekul yang tak stabil yang boleh mempercepatkan penuaan kulit kita. Tanda-tanda penuaan adalah seperti garis halus dan kedutan, jeragat dan tompok hitam di wajah. 😞

Boleh tengok video pendek Ros ini. Ros terangkan dengan gambar apa itu radikal bebas dan antioksidan. Senang korang nak faham nanti.

Radikal bebas datang daripada persekitaran kita seperti pencemaran udara seperti asap kenderaan dan asap rokok, sinaran uva dan uvb berbahaya dan juga barang yang kita guna setiap hari seperti syampoo.

Makanan yang kita ambil boleh juga mengandungi radikal bebas seperti makanan bergoreng, berminyak dan juga sayur dan buah yang tidak dicuci dengan bersih.

Manfaat antioksidan untuk kulit

Pentingnya kita ambil antioksidan ini untuk melindungi kolagen dan elastin, iaitu protein penting yang mengekalkan keanjalan kulit kita.

Antioksidan juga boleh melancarkan peredaran darah termasuklah salur darah yang halus berhampiran permukaan kulit kita. Dia boleh meningkatkan keserian kulit kita. Kulit akan nampak glowing secara semulajadi.

Baca juga >> Cara Dapatkan Kulit Muka Yang Sihat.

Jenis-jenis antioksidan

Antioksidan yang baik untuk kulit ada banyak jenis. Berikut adalah senarai antioksidan.


1. Resveratrol
2. Flavonoid
3. Vitamin E
4. Vitamin C
5. Vitamin A/Karotenoid

Makanan antioksidan untuk kulit

Untuk dapatkan antioksidan ini, kita digalakkan untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan pelbagai warna.

Contohnya seperti,


Ungu: terung, kobis purple
Biru: blueberi
Hijau: salad, timun, Brokkoli, paprika hijau, asparagus
Kuning: kuning telur, kacang kuda
Oren: lobak merah
Merah: Paprika merah, cili merah, tomatoes
Putih: kobis bunga

So guys, lepas ni kita pelbagaikan sayur-sayuran yang kita ambil setiap hari, okay. Untuk kebaikan kulit kita juga. 😉

Suplemen antioksidan untuk kulit

Macam Ros cakap tadi, selain pemakanan, kita juga boleh dapatkan sumber-sumber antioksidan ini daripada supplemen semulajadi seperti Shaklee.

Ros syorkan korang ambil vitamin Shaklee seperti berikut.

Resveratrol -> Vivix
Flavonoid -> Vitamin C Sustained Release
Vitamin E -> Vitamin E Complex
Vitamin C -> Vitamin C Sustained Release
Vitamin A/Karotenoid -> Carotomax

Kesemuanya daripada sumber yang terbaik. Doktor pun cakap vitamin Shaklee ni bagus.

Suplemen antioksidan terbaik semestinya Vivix. Kenapa Vivix ni terbaik? .Boleh baca entri Ros >> Polifenol untuk kulit anjal dan berseri.

Untuk dapatkan vitamin Shaklee, korang boleh klik link >> whatsapp Ros untuk terus ke pintu whatsapp Ros.

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

3 Comments

  • Reply Sirap Anggur - Manfaat Vitamin C Untuk Wajah Yang Cantik - Sirap Anggur

    […] yang kita tahu, vitamin C juga merupakan antioksidan untuk melindungi kulit kita daripada sinaran uv yang berbahaya. Dengan pengambilan yang konsisten, […]

    20 November 2019 at 5:24 pm
  • Reply Sirap Anggur - Muka Breakout Apa Nak Buat? - Sirap Anggur

    […] Resveratrol = anti radang dan juga anti oksidan […]

    22 November 2019 at 5:28 pm
  • Reply Sirap Anggur - Hilangkan Jerawat Dengan Cara Yang Selamat - Sirap Anggur

    […] ini mengamalkan produk antioksidan seperti Resveratrol, Vitamin A,C dan […]

    9 December 2019 at 8:37 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.