Follow:
Kulit Cantik, Skincare Youth

Rutin Penjagaan Wajah Sebelum Tidur Pada Waktu Malam

Assalamualaikum

Ros nak kongsikan dengan korang ni step by step penjagaan muka waktu malam sebelum tidur. Ambil masa sedikit untuk belai kulit wajah. Tak lama pun. 10 minit je dah siap.

Langkah 1: cuci muka dengan pencuci muka

Rutin malam sebelum tidur, Ros akan cuci muka bersih-bersih dengan Youth Cleanser. Lepas cuci, dap dap muka dengan tuala.

Boleh tengok video Ros >> Cara cuci muka dengan betul.

Fuhh.. segarnya kulit. 🥰 Bebas dah daripada kotoran habuk debu petang tadi.

Langkah 2: sapu toner

Selepas tu, Ros ambil pula kapas muka, basahkan dengan Youth toner pulak. Cemana?

Korang pegang kapas tu rapat dengan mulut botol toner tu. Terbalikkan dan angkat cepat-cepat. Buat lah dua tiga kali sampai kapas tu basah sebesar duit syiling 20 sen.

Video Ros pakai toner di sini >> Cara pakai toner dengan betul.

Lepas pakai toner ni, kulit rasa lembap. Bau dia pun segar je. 😍

Belum habis lagi rutin malam ni. Tinggal 1 step lagi.

Langkah 3: sapu krim malam

Last sekali, Ros apply Night Cream pulak. Night cream ni besttt. Dia repair kulit kita masa tidur.

Baca juga >> 9 manfaat krim malam.

Begitulah cara penjagaan wajah waktu malam yang Ros amalkan. 3 rutin asas penjagaan wajah ni banyak bantu Ros jaga kulit muka. Ini yang paling basic sekali tau.

Jika ada masalah jerawat dan jeragat, ada step lain yang perlu dibuat. Ros share di entri akan datang ye.

Korang pun wajib ikut turutan penjagaan muka ni untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik.

Bila korang bangun pagi esok, sambil gosok gigi depan cermin, korang akan terpegun tengok kulit korang yang makin cantik. 🥰

Sebelah tangan gosok gigi, sebelah tangan duk sibuk pegang muka, eh betul ke kulit aku ni. Makin licin, makin gebu. Pori pun nampak mengecil ni.

Percaya lah. Korang akan jatuh cinta dengan Youth. Trust me.

Jadi, jangan lupa amalkan tips sebelum tidur untuk wajah ni.

Yang nak cuba skincare Youth, jemput klik link ini >> whatsapp Ros.

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.