Follow:
Cergas Dan Bertenaga

6 Kebaikan Jogging Kepada Tubuh Badan Kita

Assalamualaikum

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Ros dah jadikan jogging sebagai rutin Ros. Target Ros paling kurang 3-4 kali Ros akan jogging dalam seminggu.

Jadi, Ros nak share sikit antara kebaikan jogging kepada tubuh badan kita. Banyak manfaat yang kita dapat bila berjogging ni. Jom tengok.

Merangsang pengaliran darah dalam badan.

Yang ni Ros paling suka sebab lepas jogging, muka merah-merah sikit. Ni yang buatkan kulit kita pinkish.

Selain tu, toksin dapat dikeluarkan melalui peluh. Ni salah satu cara untuk detoks.

Meningkatkan sistem imun badan

Bila konsisten jogging, kita sedang perkuatkan sistem imun badan kita untuk kurangkan risiko jatuh sakit seperti demam dan selesema.

Melancarkan peredaran darah ke otak

Otak kita perlukan oksigen dan darah lah tukang bawa oksigen ke otak.

Aktiviti jogging akan lancarkan peredaran darah ke otak. Jadi, kita dapat berfikir dengan baik dan fokus pada tugasan.

Mengurangkan stress

Zaman sekarang semua orang stress. Yang membeza seseorang itu dengan yang lain adalah cara dia handle stress. Stress menyebabkan keadaan dia makin teruk atau stress membuatkan dia lebih produktif?

Dengan berjogging, stress dapat dikurangkan, seterusnya meningkatkan produktiviti.

Meningkatkan kesihatan jantung

Jantung merupakan organ yang mengepam darah ke seluruh badan. Dengan berjogging, kita menggalakkan otot jantung bekerja. Lagi kerap kita jogging, lagi cekap jantung kita bekerja. Risiko sakit jantung pun insyaAllah turun.

Menurunkan berat badan

Jogging membantu meningkatkan metabolisme dalam badan kita.

Ini penting untuk mereka yang nak turunkan berat badan. Mulakan ikut kemampuan diri. Slow-slow tambah target larian. Macam tu lah orang jogging untuk kurus buat.

Jika korang dah capai berat badan yang ideal, jogging dapat mengekalkan berat badan unggul.

Itulah 6 kebaikan senaman jogging untuk tubuh badan kita.

Untuk tingkatkan kesihatan kita secara menyeluruh, kita hendaklah makan makanan yang seimbang, ambil supplemen tambahan dan juga bersenam secara berkala.

Berminat nak tahu supplemen apa untuk kecergasan dan kesihatan, boleh whatsapp Ros di 019-367 3245.

Share on
Previous Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.