Follow:
Kulit Cantik

Perbezaan Vitamin C Shaklee Dengan Jenama Lain

Assalamualaikum

Sebelum Ros ceritakan perbezaan vitamin C Shaklee, Ros nak korang tahu yang Ros sendiri memang amalkan Vitamin C Shaklee sejak tahun 2014 lagi.

Mesti ramai yang nak tahu, kenapa Ros setia sangat pilih Vitamin C Shaklee. Dah hampir 6 tahun Ros makan vitamin C shaklee ni. Ada tak Ros rasa nak tukar kepada vitamin C jenama lain? Takde sekali pun Ros rasa nak bertukar ke jenama lain.

Vitamin C Shaklee yang Ros makan tu, namanya Sustained Release Vita-C Plus. Boleh tengok gambar Vitamin C tu kat bawah ni.

Sejak amalkan Vitamin C Shaklee ni, banyak manfaat yang Ros dapat. Antaranya,

  1. Gusi dah kurang berdarah.
  2. Jarang demam dan selesema.
  3. Kulit jadi lebih sihat. Boleh baca lanjut entri >> Manfaat Vitamin C Untuk Wajah Yang Cantik

Jom tengok apa perbezaan vitamin C Shaklee dengan jenama lain. Perbezaan ini lah yang menjadi sebab Ros jatuh cinta dan kekal setia dengan Vitamin C Sustained Release ni.

Perbezaaan Vitamin C Shaklee Dengan Jenama Vitamin C Lain

Kandungan Bioflavonoids Sitrus

Vitamin C Shaklee diperkayakan dengan 120 mg bioflavonoids sitrus yang membantu meningkatkan keberkesanan fungsi Vitamin C.

Bioflavonoids ini juga melegakan inflamasi dan menentang infeksi bakteria dan juga meneutralkan serangan radikal bebas,

Bioflavonoids Sitrus ini akan bertindak secara sinergi dengan Vitamin C untuk meningkatkan keberkesanannya.

Teknologi Sustained Release

Kenapa di botol Vitamin C Shaklee ditulis Sustained Release Vita-C Plus? Apa sebenarnya sustained release ni? Dalam Bahasa Melayu nya, Sustained Release bermaksud pelepasan masa atau pelepasan secara berperingkat.

Vitamin C merupakan vitamin larut air. Jadi, vitamin C senang keluar melalui air kencing. Dalam satu masa pula, badan kita hanya mampu menyerap 100 – 200 mg Vitamin C.

Dengan teknologi pelepasan masa ini, Vitamin C Shaklee akan dibebaskan secara berperingkat ke dalam plasma darah kita. 1 tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 500 mg Vitamin C.

Dalam 1 jam, hanya 100 mg dibebaskan ke dalam darah. Jadi, badan kita dapat bekalan vitamin C selama 5 jam.

Jam pertama: 100 mg dibebaskan

Jam kedua: lagi 100 mg dibebaskan

Jam ketiga: lagi 100 mg

Jam keempat: lagi 100 mg

Jam kelima: 100 mg yang terakhir

Dengan teknologi pelepasan masa ini, tiada pembaziran berlaku.

Sumber Vitamin C

Vitamin C Shaklee diekstrak daripada jagung. Jadi, ianya sesuai untuk mereka yang ada perut sensitif. Sesuai juga diambil oleh mereka yang ada masalah gastrik.

Vitamin Shaklee ni memang bagus, Kak Ros. Tapii, mahal lah kak.

Ramai yang bagitau Ros, vitamin Shaklee ni mahal. Sebenarnya, harga vitamin Shaklee sangat berpatutan.

Ros beri contoh Vitamin C Sustained Release.

1 tablet bersamaan dengan tujuh setengah biji buah oren.

Harga 1 biji oren lebih kurang RM 1. Tujuh setengah biji oren dah RM 7.50.

Sementara harga 1 tablet hanya 54 sen iaitu RM 97.50 (harga 1 botol Vitamin C) bahagi 180 biji (bilangan tablet dalam 1 botol).

Sebotol tahan 6 bulan jika ambil sebiji sehari.

Jadi, ok sangat kan harga Vitamin C Shaklee ni. Dah lah ada teknologi pelepasan masa. Diperkaya dengan Bioflavonoids lagi.

Sekarang ni ada promosi Vitamin C Shaklee. Boleh tengok video Ros kat bawah ni.

Untuk order, boleh terus whatsapp Ros dengan klik link ini >> Whatsapp Ros.

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

1 Comment

  • Reply Sirap Anggur - 3 Cara Untuk Menjadi Ahli Shaklee - Sirap Anggur

    […] produk Shaklee ada point nya yang tersendiri. Sebagai contoh Vitamin C Sustained Release Shaklee – 22 UV. UV itulah […]

    26 April 2020 at 11:27 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.