Tanggalkan Sel Kulit Mati Penyebab Kulit Kusam Dengan Gentle Action Makeup Remover

Assalamualaikum

Salah satu cara untuk memastikan kulit anda tidak kusam sebaliknya cantik berseri, glowing orang putih kata, adalah dengan menanggalkan sel-sel kulit yang mati. Proses pengelupasan yang berlebihan boleh memburukkan lagi keadaan.

Anda boleh baca lanjut di sini >> Kenapa Kulit Anda Kusam Dan Tidak Berseri?

Anda boleh menggunakan Gentle Action Makeup Remover untuk menanggalkan sel-sel kulit mati tersebut dengan lembut. Walaupun namanya Makeup Remover, anda yang tidak bermekap pun boleh menggunakannya.

Walaupun tidak bermekap, kulit wajah kita terdedah kepada kotoran lain seperti debu dan habuk. Orang yang bermekap lagi lah sesuai menggunakan Gentle Action Makeup Remover ini.

Anda boleh tengok sendiri daki-daki yang ditanggalkan oleh Makeup Remover ini.

 

Bagaimana Gentle Action Makeup Remover bertindak?

 

Jom Ros kongsikan pengalaman Puan Syu menggunakan Gentle Action Makeup Remover. Ikuti perkongsian belian di bawah:

 

Berminat untuk tanggalkan mekap atau daki-daki di wajah dengan Gentle Action Makeup Rmeover?

Hubungi Ros di 019-367 3245.

Tips Penjagaan Wajah Bagi Mereka Yang Memiliki Kulit Jenis Kombinasi

Assalamualaikum

Mereka yang mempunyai kulit jenis kombinasi adalah mereka yang mempunyai kulit berminyak di bahagian T-zone ( dahi, hidung dan dagu) dan kulit kering di bahagian pipi.

Jika anda belum tahu kulit anda jenis yang mana, boleh baca entri ni >> Cara Nak Tentukan Jenis Kulit Muka.

Kulit berminyak membuatkan liang pori menjadi besar, jerawat kerap naik dan muka kelihatan berkilat.

Kulit kering pula buat anda rasa gatal, kulit menggelupas dan kemerah-merahan.

Masalah kulit yang anda alami bergantung kepada jenis kulit mana yang lebih dominan.

Jom Ros kongsikan tips mudah untuk menjaga wajah yang memiliki kulit kombinasi.

 

Tips Untuk Kulit Jenis Kombinasi

 

1. Pastikan wajah anda sentiasa bersih sepanjang masa agar ia susah nak naik jerawat.

Jika kulit berminyak lebih dominan, anda boleh cuci muka dengan lebih kerap dengan pencuci muka yang lembut.

Baca ni >> Pencuci Muka Yang Lembut Kegemaran Ros

 

2. Guna pelembap yang sesuai dengan kulit anda.

Kuantiti pelembap yang anda perlu sapu ke muka adalah berbeza untuk T-zone dan bahagian pipi.

T-zone yang memiliki kulit jenis berminyak hanya perlukan sapu yang minimal sementara untuk bahagian pipi yang kulitnya lebih kering, anda boleh sapu lebih untuk melembapkannya.

 

Anda juga boleh cuba >> Rawatan Semulajadi Di Rumah Untuk Kulit Berminyak.

Semoga tips ini bermanfaat untuk anda.

Set Nutriwhite Buat Kulit Cerah Sekata Dan Tidak Pucat

Assalamualaikum

Antara sebab orang pakai mekap adalah untuk menaikkan seri wajah. Cuba tengok pengantin baru, bila bermekap walau nipis je, wajah nampak berseri dan tidak pucat.

Tapi kalau bermekap, pastikan selepas tu anda bersihkan wajah sebersih-bersihnya. Takut nanti tumbuh jerawat pula.

Ros nak kongsikan dengan anda set penjagaan wajah yang boleh mencerahkan wajah anda secara semulajadi. Bila semulajadi, pastinya bahan-bahan yang digunakan selamat.

Set penjagaan wajah tersebut namanya Set Nutriwhite. Nutriwhite memang dihasilkan khas untuk kulit orang asia- lelaki dan perempuan.

Jom tengok perkongsian mereka yang dah cuba Set Nutriwhite.

Perkongsian 1:

Nutriwhite ni set dia saya guna Makeup Removal, pencuci muka Gentle Deep Foaming Cleanser, penyegar muka Soothing Radiance Whitening Softener serta UV Protective Ultimate Whitening Lotion.

Memang best sangat walaupun baru 4 jenis je daripada semua set Nutriwhite ni.

Muka cerah sekata, bukan putih pucat tau. Dia kembalikan warna asal kkulit yang lebih bersih.

Tak rasa macam pakai topeng. Memang rasa best sangat-sangat.

Saya memang bertuah jumpa Nutriwhite ni. Harap dapat pakai full set pulak dalam waktu terdekat.

 

Nanti Ros kongsikan lagi testimoni mereka yang puas hati pakai Set Nutriwhite yang selamat dan semulajadi ni.

Kalau anda berminat dengan Set Nutriwhite, anda boleh klik saja pada poster testimoni di atas atau hubungi Ros di 019-367 3245.

Kulit Muka Makin Cerah Sekata

Assalamualaikum

Ros nak kongsikan satu cerita bagaimana  Puan Zainah memiliki kulit yang makin cerah sekata. Cerah yang tak nampak pucat tu. Bukan putih melepak macam pakai tepung tau. 😉

Jom baca perkongsian beliau.

KULIT MUKA SEMAKIN CERAH SEKATA SELEPAS AMALKAN VIVIX
.

Assalamualaikum

Nama saya Zainah Mukhtar. Saya pengguna dan juga pengedar vitamin Shaklee.

 

Saya dah makan hampir semua vitamin shaklee sejak 2 tahun lalu, ada 4-5 jenis yang belum. Vivix adalah yang terbaru saya cuba. Sebelum ni memang selalu tengok kawan-kawan dan pelanggan jer yang bercerita tentang keberkesanan vivix ni. Terdetik juga dalam hati, satu hari aku mesti cuba vivix.
.

Dipendekkan cerita, saya dapat sebotol vivix hasil daripada bermain kutu. Sebab vivix ni agak mahal untuk saya sebagai seorang surirumah, jadi nak cuba punya pasal main kutu vivix la.
.

Sebelum minum vivix saya memang dah amalkan vitamin2 lain juga seperti ESP, VITA C, VITA E, B COMP, OSTEMATRIX, GLA, ALFALFA dan beberapa lagi. Setiap hari memang ambil vitamin2 ni semua. Saya ambil untuk menjaga kesihatan dan untuk kecantikan.
.

Saya teruja sangat dengan vivix ni. Saya nak buat ‘eksperimen’ kat diri sendiri. Sebelum ni ramai dah cakap vivix ni best, vivix ni vivix tu, jadi tiba masa saya pula nak cuba.
.

Saya berhenti ambil vitamin2 yang lain kecuali ESP 3 hari sebelum minum vivix. Saya dengan ESP ni kawan baik, waktu sarapan mesti minum segelas ESP. Saya jarang ambil sarapan yang berat2, cukup segelas ESP untuk memberi saya rasa kenyang dan tenaga sehingga waktu makan tengahari.
.

Maka saya cuba vivix satu sudu kecil buat permulaan selama 3 hari. Selepas 3 hari saya ambil 1 sudu besar pula. Saya mula perasan ada perubahan bila saya tengok cermin selepas bangun tidur. Wow!! Sangat luarbiasa kesan vivix ni, kulit wajah saya nampak lembap dan pori2 terbuka dah berkurang. Lepas seminggu tona kulit dah nampak makin lebih sekata dan semakin cerah. Saya senyum sorang2 depan cermin, seronoknyaaa
.

Sekarang barulah saya percaya yang vivix ni betul2 memberi kesan untuk awet muda. Sebelum ni macam kurang percaya sebab tak cuba sendiri.
.

Saya memang takde pakai krim kecantikan. Krim malam NutriWhite yang saya pakai sebelum ni pun dah lama habis sebelum saya minum vivix.
.

Jadi saya sangat syorkan pada semua yang nak wajah awet muda tapi malas nak makan vitamin banyak2 atau nak tepek krim siang malam, elok sangat minum vivix 1 sudu sebelum tidur. Bangun pagi tengok cermin mesti senyum sorang2.
.

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Tak cuba maka tak tahu. Begitulah dengan vivix, mesti kena cuba sendiri.
.
Itulah kesan vivix kepada saya. Terima kasih Shaklee, terima kasih Supermom Shaklee Story.

Syukur. Alhamdulillah.

Nak order set yang sama? Hubungi Ros di 019 367 3245.

Pemeriksaan Kesihatan Percuma Di Sunway Geo Tower

Assalamualaikum

Siang tadi sempat Ros hadirkan diri di Shaklee Care Event yang berlangsung selama 2 hari bermula semalam.

Event ini diadakan di Home Office Shaklee yang baru yang terletak di Sunway Geo Tower.

Kalau dari rumah Ros, dekat sikit lah Shaklee Home Office yang baru ni berbanding office lama di Sunway Pinnacle.

Tapi, tak dapatlah nak singgah Sunway Pyramid lepas shopping produk Shaklee lepas ni.

Ha.. ok..berbalik kepada cerita event siang tadi, bagi Ros event ni amat menarik. Ada pemeriksaan BMI, pemeriksaan bacaan gula dan kolesterol serta pemeriksaan tulang.

Ini merupakan pengalaman pertama Ros menjalani pemeriksaan tulang.

Kita perempuan sebenarnya banyak kehilangan kalsium. Semasa hamil, menyusukan anak, kita perlukan banyak kalsium.

Jika tidak mengambil supplemen kalsium dan makanan berasaskan tenusu yang cukup, kalsium akan dicuri daripada tulang dan gigi.

Ngeri juga fakta ni. Lepas ni, wajib ambil supplemen kalsium atau Ostematrix supaya tak kena osteoporosis.

Antara lain yang menarik semasa event Shaklee Care ini adalah demo cafe, games booth dan tornado chamber. Banyak hadiah menarik diberikan sepanjang hari.

Rezeki famili Ros, kami dapat beg hitam Shaklee yang menawan tu, Tupperware dan juga tumbler hitam-hijau.

Bagi anda yang ingin menyertai event Shaklee Care, anda boleh datang pada 20 dan 21 Mei nanti.

Lebih menarik jika anda daftar sebagai ahli sebelum event tersebut. Anda berpeluang mendapat masa tambahan dalam tornado chamber tu.

Lagi banyak masa anda ada, lagi besar peluang anda untuk memenangi hadiah menarik seperti Vivix yang berharga RM 475 tu.

Untuk pendaftaran ahli, anda boleh hubungi Ros di 019-367 3245.

Best sangat event macam ni. Boleh tahu tahap kesihatan anda. Nutritionist akan beri konsultasi berdasarkan hasil pemeriksaan tersebut.

Menarik? Jom sertai event Shaklee Care seterusnya!

Sunburn Hilang, Liang Pori Mengecil

Assalamualaikum

Bagi wanita yang bertudung, masalah sunburn akan membuatkan wajah seperti ada sempadan antara muka dan kawasan yang dilitupi tudung terutamanya di bahagian pipi. Sakit mata tengok sempadan hitam putih tu. Bagaimana nak hilangkan sunburn tu?

Jom Ros kongsikan satu cerita Puan Irdayati yang mengalami masalah sunburn akibat sering terdedah kepada cahaya matahari ketika menjalankan tugas.

KINI KULIT SAYA TIDAK SUNBURN LAGI. MALAH LIANG PORI SAYA JUGA MENGECIL

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Nama saya Irdayati binti Abdul Air. Saya berusia 36 tahun (2017). Saya merupakan seorang bekas konsultant perancang bandar dan desa.
.
Kerjaya saya memerlukan saya kerap pergi outstation; sama ada untuk menghadiri mesyuarat ataupun melawat tapak projek. Ada kalanya sehingga berhari-hari saya perlu melakukan pemeriksaan tapak. Apabila berada di tapak projek, kebiasaannya saya akan terdedah kepada cahaya matahari secara langsung. Tidak kiralah sama ada sewaktu dalam perjalanan mahupun sewaktu membuat survey di tapak projek.

Sehinggakan kulit saya menjadi berminyak, timbul blackheads dan whiteheads serta kusam akibat sunburn. Paling sedih apabila saya buka tudung, garis belak seperti ‘sempadan’ amat jelas ketara di bahagian pipi & pelipis saya. Macam nak nangis rasanya bila tengok.

Saya jenis yang sangat memilih dalam produk skincare. Takut sangat nak cuba sembarangan; takut ada bahan berbahaya di dalamnya.

Sebelum berkenalan dengan Nutriwhite Shaklee, saya pernah mencuba satu jenama yang dijual di kedai butik khas untuk kecantikan dan wangian yang berasaskan bahan semulajadi. Katanya, produk skincare mereka mampu mengurangkan sunburn dan mengurangkan masalah kulit berminyak saya. Ternyata tidak! Malah, kulit saya jadi semakin berminyak sehingga kelihatan berkilat seperti cermin terutamanya di waktu pagi sewaktu bangun dari tidur.

Setelah setahun saya mengamalkan ESP dalam rutin harian saya (untuk penyusuan bayi), saya perasan yang kulit saya menjadi lebih cerah sekata dan gebu. Pada waktu itu, terbuka pintu hati saya untuk mencuba produk Nutriwhite yg dikatakan direka khas untuk kulit orang Asia.

Saya bermula dengan Gentle Deep Foaming Cleanser. Kemudian, setiap bulan saya beli satu-persatu pula Spot Whitening Treatment, Ultimate Protection Whitening Lotion, Soothing Radiance Whitening Softener, Gentle Action Makeup Remover; dan yang terkini saya beli Overnight Renewal Whitening Cream.

Seriusnya, saya sangat-sangat berpuas hati. Kulit saya yang dulu mudah sunburn tetapi lambat untuk pulih kembali, kini dah tak mudah sunburn lagi! Dah takde dah garis belak di pipi dan pelipis saya. Malah, Makeup Remover telah berjaya membebaskan liang pori saya dari tersumbat oleh blackheads dan whiteheads! Untuk kesan yang lebih mantap, saya tambah pula ambil Shaklee Collagen Powder yang berjaya menjadikan liang pori saya mengecil!

Terima kasih Nutriwhite Shaklee kerana telah menjadi ASBAB TERBAIK untuk saya mendapat kulit yang diidamkan. Sampai orang gelarkan saya ‘Kakak Cantik’! Awww!

Kredit to:
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 42: IRDAYATI ABDUL AIR

Berminat dengan set yang diamalkan oleh Puan Irdayati? Hubungi Ros di 019-367 3245.

Testimoni Set Asas Nutriwhite- Menjaga, Membelai dan Melindungi

Assalamualaikum

Ros dah jatuh cinta dengan Set Asas Nutriwhite. Berbunga-bunga sangat.

Sebelum ni malas nak cuci muka, pakai toner dan sebagainya sebab Ros rasa kulit Ros dah cantik. Bukan nak puji kulit sendiri, tapi ramai yang cakap macam tu. Syukur Alhamdulillah.

 

Tapi kan, bila Ros join kelas facial guna Set Nutriwhite ni, baru Ros sedar yang kulit kalau takde masalah yang teruk, masih perlu dijaga, dibelai dan dilindungi.

Untuk tujuan itu, Ros amalkan Set Asas Nutriwhite:

1. Gentle Deep Foaming Cleanser: mencuci wajah dengan lembut sehingga ke liang pori.

2. Soothing Radiance Whitening Softener: menutup liang pori yang terbuka dan menyegarkan kulit.

3. Ultimate Protection Whitening Lotion: mengandungi SPF15 untuk memberikan perlindungan kepada kulit.

 

Disebabkan Set Nutriwhite ni sesuai sangat untuk kulit orang Asia seperti kita ni, Ros nak kongsikan kebaikannya dengan anda. 🙂

Jom tengok 1 testimoni:

 

 

Serius lepas je dia share gambar tadi selepas guna set basic NW ….memang superb cantik giler kulitnya 😍
Terus rasa nak order set nutrwhite sekarang Jugak 😍

Baca apa perasaannya selepas menggunakan Set Asas Nutriwhite.

Nutriwhite basic mmg sda cuba kak n.. Memang bagus untuk kulit.. Lelbih-lebih lagi kalau pakai satu set memang berkesan la.. Saya guna pencuci muka nutriwhite memang segar. Lepas cuci muka saya pakai pula soothing radiance whitening softener dan saya pakai juga ultimate protection whitening lotion.. Naa memang terbaik hasil nya.. 👍👍👍👍bukan ja putih kak n, memang halus kulit muka.. Blackhead pun makin kurang.. Kalau cakap pasal tempoh penggunaan, memang jimat kalau pakai.. Pakai sikit-sikit ja, tapi kesan tip top.. 😍😍

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Set Asas Nutriwhite, bolehlah hubungi Ros di 019-367 3245.

 

Berminat nak cuba terus Set Asas Nutriwhite?

Klik je >> ORDER NOW.

Selepas mengesahkan produk yang ingin dibeli, anda akan diminta untuk memberikan details seperti nama, alamat, no telefon dan email untuk tujuan pengeposan.

Seterusnya, pembayaran boleh dibuat samada dengan menggunakan kad debit/ kad kredit.

Tadaa.. siap.

Tunggu sahaja produk dihantarkan ke alamat yang anda masukkan tadi. 🙂

Kepentingan Air Untuk Kesihatan Kulit

Assalamualaikum

Setiap daripada kita mempunyai jenis kulit wajah yang berbeza. Ada yang memiliki kulit jenis kering, berminyak dan kombinasi.

Jenis kulit juga boleh berubah di setiap peringkat umur. Ketika remaja, anda mungkin memiliki kulit jenis kombinasi atau jenis berminyak. Ini disebabkan oleh perubahan hormon.

Tetapi jika anda ada masalah jerawat, elakkan memicit jerawat agar ia tidak menjadi parut.

Bila dah dewasa, kulit anda boleh bertukar kepada jenis normal. Alhamdulillah. Jenis kulit yang tiada banyak masalah.

Sekiranya anda kurang minum air untuk tempoh yang lama, kulit anda boleh menjadi kering. Jika ini terjadi, sila minum air kosong dengan lebih banyak.

Formula biasa untuk mengetahui jumlah pengambilan air anda adalah:
25 kg berat badan bersamaan 1 liter air kosong.

Sebagai contoh:
Jika berat badan anda 50 kg, anda perlu minum 2 liter air atau lebih.

Dalam kes ternyahhidrat atau bahasa mudahnya, kurang air, anda disarankan untuk minum lebih daripada pengiraan di atas agar kulit anda kembali normal.

Air merupakan faktor penting untuk memastikan kulit anda sihat dan tidak kering.

Usah culas untuk memenuhi keperluan air harian anda.

Bagaimana Nak Nampak Awet Muda?

Assalamualaikum

Antara tanda-tanda penuaan adalah munculnya garis-garis di wajah terutamanya di tepi mata dan di tepi bibir.

Kedutan dan garis halus ini akan membuatkan wajah nampak tua dari usia sebenar.

Menjadi tua itu pasti selagi belum sampai ajal. Tetapi kita boleh melambatkan proses penuaan.

Dalam erti kata lain, nampak awet muda. Umur 50-an nampak seperti 40-an. Masih sihat dan mampu berjogging lagi.

Macam pakcik Hasmad ni. Siap berjogging di bawah Eiffel Tower lagi.

Siap jogging. Dah plan dari kat Malaysia nak jogging bawah Eiffel Tower.

Diorang ni cam biasa malam baru balik.

Lega juga bawak mak bapak sebenarnya.

Nak travel ni kena fit. Mak cakap hari-hari kat Malaysia diorang mesti jogging sejam round taman.

Makan Vivix dan Collagen tak boleh miss.

 

Rahsianya adalah dengan bersenam atau berjogging setiap hari. Di samping itu, beliau juga amalkan supplemen tambahan seperti Vivix dan Collagen Powder.

Vivix merupakan supplemen yang tinggi antioksidan. Dengan gabungan polifenol dan Resveratrol, ia menjadikan Vivix 10 kali ganda sangat berkuasa berbanding supplemen Resveratrol yang lain.

Collagen Powder juga penting untuk meremajakan kulit selain memelihara kesihatan sendi dan lutut.

 

Hebat penangan Vivix ni..

Mak dan anak nampak macam kakak dan adik.

Boleh tengok sendiri Puan Sharifah bersama ibunya.

Nak nampak awet muda seperti mereka di atas?

Anda boleh amalkan supplemen untuk melambatkan proses penuaan ini.

 

Supplemen Untuk Awet Muda

1. Vivix: supplemen anti-aging yang kaya dengan Resveratrol untuk memperbaiki sel-sel kulit yang rosak serta melindungi sel-sel badan daripada radikal bebas.

2. Collagen Powder: membantu menegangkan kulit dan mengurangkan kedutan dan garis halus.

 

Jom tengok testimoni seterusnya:

Itulah sebahagian #VivixEffects yang ramai dah rasai.

 

Teruja nak dapatkan Set Awet Muda ini?

 

Anda boleh klik ORDER NOW untuk pembelian terus dengan Shaklee.

Selepas mengesahkan produk yang ingin dibeli, anda akan diminta untuk memberikan details seperti nama, alamat, no telefon dan email untuk tujuan pengeposan.

Seterusnya, pembayaran boleh dibuat samada dengan menggunakan kad debit/ kad kredit.

Tadaa.. siap.

Tunggu sahaja produk dihantarkan ke alamat yang anda masukkan tadi.

Hubungi Ros di 019-367 3245 untuk dapatkan konsultasi dan cara makan selepas pembelian produk – Eksklusif untuk yang beli dari SirapAnggur.com. 🙂