Resepi Smoothies Buah Naga

Assalamualaikum

Smoothies merupakan minuman yang sangat berkhasiat sebab kita menggunakan buah-buahan segar.

Kalau order masa makan di luar, belas-belas ringgit juga kan. Minum segelas memang tak puas. Tambah-tambah lagi cuaca di luar tengah panas membahang kan.

Nak order segelas lagi? Fikir banyak kali kan. Kan best kalau dapat buat di rumah. Jimat. Satu lagi, kita boleh tambah bahan yang kita suka dan juga boleh kawal jumlah gula yang digunakan.

Rupa-rupanya senang je nak buat smoothies.

Asalkan anda ada blender boleh blend ais, ada buah contohnya mangga ke buah naga ke.

Lepas tu kalau ada susu segar dengan yogurt, dah boleh buat minuman berkhasiat ni.

Hari ni Ros nak share 1 resepi Smoothies dulu.

Resepi Smoothies Buah Naga

1. buah naga: belah 2. Korek isi guna sudu.
2. Yogurt asli: 2-3 sudu besar
3. Susu segar: setengah mug
4. Ais kiub: setengah mug
5. Energizing Soy Protein (ESP):2-3 sudu besar ( optional )

Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan blend. Pastikan anda guna blender yang boleh blend Ais. Kalau takde, jangan risau, gantikan Ais kiub dengan air sejuk.

Sukatan di atas Ros agak-agak je. Ikut naluri. Cewah.

Alhamdulillah. Sedap Smoothies ni.

Lagi sedap sebenarnya bila tambah ESP ni. Ros kalau dah tambah ESP, tak ambil breakfast lain dah. Sebab ESP ni mengenyangkan.

Kalau anda nak breakfast yang cepat tapi masih berkhasiat, bolehlah minum Smoothies Buah Naga campur ESP.

Bulan puasa nanti, minuman ni dah masuk dalam list menu sahur 5 minit Ros. Yeay…

Tiada alasan lagi malas sahur sebab malas nak ketung ketang kat dapur.

Yang pasti, ESP akan sentiasa ada di rumah Ros bulan puasa sebagai energy booster Ros sekeluarga.

Nak order ESP?
Boleh klik sini >> www.wasap.my/60193673245

Apa Perlu Dilakukan Bila Jerawat Naik Di Pipi?

Assalamualaikum

Apakah perasaan anda bila bangun pagi tengok cermin, ada sebutir jerawat di pipi?

Pagi tu pula anda ada meeting dengan client penting. Macam mana ni .. menggelabah weh.

Dalam banyak-banyak hari, pagi ni pula Jerawat pilih nak keluar. Tension pun ada kan.

Jom Ros kongsikan apa perkara Yang anda perlu buat supaya jerawat tak merebak ke tempat lain.

1. Cuci muka tidak lebih daripada 2 kali sehari. Gosok lembut wajah anda dan bilas dengan air suam. Gunakan tuala muka yang khas untuk lap muka untuk elakkan jangkitan ke bahagian muka yang lain.

2. Elakkan memegang muka dengan tangan yang kotor. Dikhuatiri bakteria yang ada di jari akan memburukkan lagi Jerawat. Ikat rambut anda supaya minyak pada rambut tidak terkena Jerawat.

3. Ketika guna handphone pun, jarakkan dari muka. Keraplah bersihkan skrin handset anda.

4. Kurangkan makan berlemak dan berminyak. Masakan yang pedas-pedas pun sama. Tahan dulu sampai jerawat surut.

5. Elakkan picit Jerawat. Yang ni kena kontrol jari anda daripada memegang Jerawat tersebut. Ingat lah bila anda pecahkan jerawat tu, ia boleh meninggalkan bekas berkawah.

Inilah tips mudah yang dapat Ros kongsikan untuk nak elak jerawat daripada merebak.

 

Nak tahu pasal Skincare yang terbukti dapat memudarkan Jerawat?

Memperkenalkan Youth Skincare iaitu Intensive Treatment and Repair Set untuk mengatasi masalah Jerawat.

Sebelum tengok testimoni, Jom Ros kongsikan apa yang ada dalam Intensive Treatment and Repair Set.

Set intensive treatment and repair ini terdiri daripada:

1. Luminous Gel Oil Cleanser
2. Perfecting Skin Toner
3. Youth Activating Serum
4. Radiance C+E
5. Age Defense Moisturizer SPF50
6. Advanced Renewal Night Cream

 

Testimoni 1:

Testimoni 2:

Testimoni 3:

Testimoni 4:

Testimoni 5:

Boleh nampak perbezaan dalam gambar sebelum dan selepas kan.

Dengan penggunaan yang konsisten, bekas jerawat pun boleh hilang.

Dapatkan konsultasi dan cara pakai Skincare Youth daripada Ros. Ros sendiri pun menggunakan Youth sejak Feb 2018.

Klik sini untuk whatsapp Ros.
>> www.wasap.my/60193673245.

Homestay English Style di Bandar Mahkota Cheras

Assalamualaikum

Hujung minggu baru ni Ros dan bisnes Partner Ros bersama-sama dengan mentor kami telah menjayakan aktiviti teambuilding yang berlangsung selama 2 hari 1 malam.

Teambuilding kami telah diadakan di satu homestay yang sangat cantik dengan susunatur perabot gaya english. Elegant sangat tau.

Jikalau anda tengah mencari homestay di kawasan Bandar Mahkota Cheras, bolehlah anda menginap di sini. Sangat recommended!

Muat untuk Group teambuilding kami: 7 dewasa, 1 budak dan 1 baby.

Homestay ini sangat sesuai juga untuk berkumpul satu famili besar kerana mempunyai 3 bilik tidur. Toto dan bantal lebih disediakan.

Jom Ros kongsikan gambar sekitar dalam homestay ni.

Melangkah masuk, anda akan nampak ruang tamu dengan 2 sofa pink dan 1 sofa-2 tempat duduk warna putih.

Maaf ye, Ros hanya ambil gambar satu je Sofa pink tu. Rasa macam queen je bila duduk atas tu.

Fefeeling winter sikit duduk di sebelah pemanas ni sambil minum Koko panas.

Ruang makan pun cantik dengan hiasan cermin di dinding dan chandelier di atas.

Menjengah ke bahagian dapur pula, lengkap dengan peti sejuk, oven dan microwave. Semuanya built-in. Mesin basuh pun ada.

Peralatan seperti cerek, pinggan, teko dan cawan juga disediakan.

Naik ke tingkat atas pula, anda akan nampak ruang keluarga. Di sini, anda boleh menonton TV, Iron baju atau berbual bersama ahli keluarga.

Inilah rupa bilik tidur utama. Luaskan. Boleh hampar toto jika ada yang nak berguling-guling di atas lantai.

Bilik utama mempunyai bilik airnya yang tersendiri. Manakala 2 bilik tidur lain berkongsi satu bilik air.

Oh ya. Di tingkat bawah juga mempunyai bilik air. Kalau ada orang guna semua bilik air di tingkat atas, cepat-cepatlah berlari ke tingkat bawah.

Hehe.

Ros sangat suka dengan homestay ni. Tenang je. Perabot pun tak banyak. Tak serabut kepala.

Jika anda berminat untuk bermalam di sini atau nak staycation di sini, anda boleh Register untuk login melalui link airbnb di bawah ni:

>>  Register Airbnb

Produk Hilangkan Jeragat Akibat Hormon Tidak Seimbang

Assalamualaikum

Jeragat merupakan tompokan warna coklat gelap di permukaan kulit di wajah yang timbul akibat peningkatan melanin dalam badan.

Salah satu faktor pengeluaran melanin dengan banyak adalah disebabkan hormon yang tidak stabil terutamanya ketika seseorang wanita itu hamil atau sedang mengambil pil perancang.

Anda bertuah, jika jeragat akibat hormon ini hilang selepas melahirkan anak.

Ada yang setiap kali mengandung, jeragat kerap bertandang di wajah dan tidak mahu pulang. 😅

Ada atau tidak penyelesaian untuk masalah jeragat akibat hormon ini?

Ros nak kongsikan testimoni seorang akak yang tak putus asa untuk atasi masalah jeragat akibat hormon tidak seimbang setiap kali hamil.

Akak ni memilih untuk menggunakan Skincare yang semulajadi dan bebas bahan kimia terlarang.

Kalau akak ni guna Skincare yang ada bahan kimia berbahaya, besar kemungkinan jeragat dia bertambah teruk.

Perkongsian 1:

Jom tengok perkongsian akak bernama Sylvia Yong ini.

Oh My Jeragat!!!
Hari ni saya kongsikan #YOUTHeffect saya telah peram beberapa minggu😆

Setiap kali mengandung, muka saya akan ditumbuhi jeragat.. mungkin sebab perubahan hormon dan juga usia makin bertingkat-tingkat😄 (siapa ada masalah sama mcm saya? Baik mengaku😂)

3 kali mengandung + 2 kali misscarriage cukup untuk muka saya terutama bahagian tulang pipi dipenuhi dengan bintik-bintik jeragat😌
Nasib la 5 kali ja mengandung..
Imagine kalu 10 kali mengandung, confirm satu muka berjeragat kali kan😂

Tapi dilema seorang wanita hilang bila YOUTH masuk pasaran Malaysia😍

YOUTH is Hope!

2 bulan saya guna fullset Intensive & Repair Youth set, jeragat kelihatan pudar walaupun bukan 100% terutama yang degil lama menetap di muka saya😁

Tapi at least muka kelihatan makin sihat, glowing dan tona warna muka pun sekata😊

Umur masuk 40an ni perlu sangat jaga kulit muka sebab perubahan hormon senang mengundang jeragat dan pigmentatsi penuaan.. jangan la nanti umur baru 45 tapi dah kelihatan seperti 60🙊

p/s: camera no filter, gambar tiada edit.

 

Bukan akak Sylvia je yang berjaya pudarkan jeragat yang degil tu. Akak manis sorang ni pun Ros perasan jeragat dia makin pudar.

 

Perkongsian 2:

Ini pula perkongsian akak Nor Amlizan atau lebih dikenali di kalangan teman sebagai Kak Am.

Sharing my #youthshaklee #shakleeeffect at day 23. With radiant 4+ coQTRol and consistent plain water and controlled food intake. I am a 41 yo lady with very dry and sensitive skin. Hope to see better complexion in shaaAllah. As per now, I observed hyperpigmentation/freckles faded – not vanished. #youthshaklee #journeycontinues

Apa yang ada dalam Set Intensive Treatment and Repair Set yang Kak Sylvia dan Kak Am amalkan ini?

1. Luminous Gel Oil Cleanser
2. Perfecting Skin Toner
3. Youth Activating Serum
4. Radiance C+E
5. Age Defense Moisturizer SPF50
6. Advanced Renewal Night Cream

Yang paling best, setiap pembelian YOUTH fullset atau Set Intensive Treatment and Repair Set ni, anda secara automatik dapat free membership dan terus menikmati harga member yang 25% lebih murah dari harga Retail. Cash bonus juga akan dimasukkan ke dalam Account bank anda pada pertengahan bulan berikutnya.

Dan paling istimewa bulan May 2018 ni, anda akan dapat FREE RADIANCE C+E yang bernilai RM440 tu.

Untuk dapatkan promosi Youth fullset ini, boleh whatsapp Ros di 019-367 3245 atau klik terus link ini: www.wasap.my/60193673245.

Jom pudarkan jeragat dengan konsultasi eksklusif daripada Ros. ❤️

Hilangkan Lubang Bekas Jerawat di pipi dengan Youth Skincare Intensive Treatment and Repair Set

Assalamualaikum

Ada seorang kawan Ros ni dah lama alami masalah parut jerawat yang dalam macam kawah di pipi dia. Di kedua-dua belah pipinya.

Masalah Jerawat muncul semasa di sekolah menengah dan berlarutan ke zaman U.

Masa di zaman U, biasalah dah pandai usha dan try Skincare yang ada di pasaran. Satu-satu dia cuba. Tak berkesan, tukar yang lain pula.

Akibat kerap sangat bertukar-tukar Skincare tu, akhirnya terjadilah jerawat batu yang bernanah di pipi dia.

Setahu Ros, dua kali dia berjumpa dengan pakar kulit. Semasa kali pertama, kulit mukanya ditarah untuk mengeluarkan nanah tu. Habis berlubang kulit di pipinya.

Lebih menyedihkan lagi, luka mengambil terlalu lama untuk pulih.

Untuk memulihkan semula luka akibat rawatan Doktor yang pertama tu, dia berjumpa dengan doktor yang kedua.

Kali ini dia diberi antibiotik untuk disapu di muka. Selepas luka kembali sembuh, dia tidak lagi meneruskan rawatan itu.

Tinggallah kesan Parut Jerawat tu akibat tersalah guna produk Skincare yang ada bahan kimia terlarang.

Kawan Ros ni selepas tu lebih berhati-hati nak pilih Skincare.

Bila dengar khabar yang Shaklee keluarkan satu Skincare baru selepas 8 tahun kajian, hati dia berbunga-bunga sikit.

 

Semasa pelancaran Skincare Youth, orang kuat di sebalik penghasilan Youth sendiri bagitau yang 100% wanita yang diuji ada perubahan positif ke atas beberapa faktor penuaan kulit.

Ada yang kulit makin anjal, ada yang jeragat makin kurang. Kulit mereka jadi lebih sihat dan glowing.

Secara kesimpulannya, asal guna Youth, mesti dapat kesan positif.

 

Ada harapan kah untuk kawan Ros ni dapatkan kulit yang lebih rata dan tak berlubang?

Jadi, kawan Ros ni pun mulakan rutin Youth dia dengan full set skincare Youth yang dipanggil Intensive Treatment And Repair Set.

Dia ada ambil gambar before and after guna Skincare Youth untuk rekod sendiri perjalanan  dia guna Youth.

Betul ke ada kesan positif asal guna Skincare Youth?

Jom tengok gambar dia selepas 14 hari guna Youth.

Selepas 14 hari, kawah di muka makin pudar. Boleh nampak kulit yang berparut dulu makin timbul.

 

Sebenarnya dia tak sangka sangat boleh nampak kesan yang ketara selepas 14 hari guna. Baru sangat kan. Lagi-lagi sebelum ni, dah bertahun-tahun ditemani parut.

Bila tengok kesan lekuk parut Jerawat dia makin pudar, kulit pun dah tak kusam, glowing pulak tu, makin berkobar-kobar dia nak konsisten pakai Youth sampai kulit licin.

Gambar-gambar ni antara bukti yang orang yang ada masalah Parut jerawat berlubang boleh dapat kulit yang lebih licin bila dirawat dan diperbaiki dengan Skincare Youth Intensive Treatment and Repair Set.

 

Selepas 25 hari guna Youth, dia kongsikan lagi gambar before and after dia amalkan Skincare Youth.

Tak sabar nak tengok?

Tadaaa.

 

 

Makin lama dia guna Youth Shaklee, kulit jadi makin sihat sebab Youth bukan setakat perbaiki luaran, tetapi Youth juga rawat dari dalam.

Dalam Intensive Treatment And Repair Set ini ada 6 item seperti dalam gambar ini.

Dah namanya intensive treatment dan repair set, setiap satu item dalam set ini ada bahan aktif dia yang tersendiri untuk merawat, memperbaiki dan melindungi kulit.

Untuk order, korang boleh hubungi Ros di 019-367 3245.

Berdasarkan kisah kawan Ros ni, masih ada harapan untuk korang memiliki kulit yang lebih rata.

Cepat whatsapp Ros atau klik sini terus: www.wasap.my/60193673245

Jom Bisnes Skincare Youth Bersama Ros Ahmad

Assalamualaikum

JOM BISNES YOUTH BERSAMA ROS AHMAD

Ros nak ajak 10 orang untuk BINA BISNES YOUTH dengan Ros.

Modal serendah RM 79.50 je.

Ros tak akan minta korang beli stock. Just, mulakan dengan drop ship je dulu.

“Buat drop ship tak pandailah..
Camne nak promote..
Takde laptop lah.. guna handphone je boleh ke?..”

Hehe..
Ros akan tolong Guide macam mana nak buat bisnes dengan Youth.
Boleh tengok sendiri gambar-gambar kat bawah ni.


Group support dah ada. Penuh dengan segala info pasal Skincare Youth.

Semua testimoni kami dah kumpulkan dan letak di Channel Telegramm.

Bahan rujukan dan semua resources untuk promote Youth juga ada. Nak cari pun senang je dengan penggunaan hashtag. Dari masa ke semasa, bahan rujukan baru akan ditambah.

Mula-mula ni, korang start je dulu dengan apa yang Ada di tangan. Takde laptop, smartphone pun ok. Kerja keras dulu dan kumpul duit. Lepas tu bolehlah invest untuk Gadget yang membantu boostkan lagi jualan Youth korang.

Jelas?

Korang kena duplicate je apa yang Ros minta korang buat.

“Saya Kerja lah..boleh ke buat?”

Ehem.. ehem.. hello..
Ros pun kerja juga ye. Tiada alasan ok.
Jomlah buat sama-sama.

Best kan kalau tengah bulan tiba-tiba
ada duit geli-geli. Cecehhh.
Bagi peluang pada diri sendiri 😘

Ros nak buka slot untuk 10 orang dulu. Jadi, cepat-cepat whatsapp Ros k.

Atau klik sini: www.wasap.my/60193673245.

Kelebihan Youth Radiance C+E

Assalamualaikum

Setiap kali Ros jumpa rakan-rakan yang dah guna Skincare Youth, Ros teruja tengok perubahan kulit diorang. Ada yang jeragat makin pudar. Pori-pori makin mengecil. Kulit makin cerah. Glowing sangattt.

Ros sendiri tak sangka kawan yang dah bertahun-tahun ada masalah kulit muka berlubang sebab salah pakai Skincare dulu, muka jadi makin licin.

Serious!
Bukan cakap kosong tau. Ada testimoni bergambar before and after pakai Youth.

20% Vitamin C Tulen

Salah satu item dalam skincare Youth adalah Radiance C+E. Ia dalam bentuk kapsul emas.

Dalam tu ada 20% pure vitamin C. Setahu Ros, kepekatan ni yang paling tinggi Yang ada kat pasaran sekarang.

Dalam Radiance C+E ni ada juga vitamin E. Dah namanya pun Radiance C+E kan.

Orang yang ada parut Jerawat mesti tahu nak hilangkan Parut kena sapu Vitamin E kat bekas Jerawat tu.

Itulah fungsi Radiance C+E. Bantu repair dan perbaiki kulit. Ditambah lagi dengan Rasberry sebagai booster. Lagiii effektif Radiance C+E ni menjalankan tugas dia. ☺️

Radiance C+E ni hanya terdapat dalam Set Premium Intensive Treatment & Repair. Memang khas untuk repair kulit mereka yang berjerawat, berjeragat, kusam dan sebagainya.

Nak tahu apa yang best Bulan Mac ni?

Bulan Mac ni Shaklee bagi offer – PERCUMA Radiance Vitamin C + E ni kalau beli Intensive Treatment & Repair Set.

Haaa.. Jimat duit korang RM 349.80. Boleh masuk tabung untuk set Youth ke dua kan.

Meh lah dapatkan Set Youth pertama korang dengan Ros. Whatsapp Ros laju-laju. Klik sini: www.wasap.my/60193673245

Jangan tunggu lama-lama. Berikan kulit korang Skincare yang selamat.

Sekali korang cuba Youth, pasti Youth jadi teman baik kulit anda selama-lamanya.

Pencuci Muka Youth Tiada Buih?

Biar betul pencuci muka takde buih?

Baru beberapa hari Ros memakai pencuci muka Youth ni.

Dah terbiasa dengan pencuci muka Nutriwhite yang picit sikit pun dan menghasilkan buih yang banyak, lain pulak dengan pencuci muka Youth ni.

Kat kotak pun dah tulis soap-free, memang betul takde buih langsung.

Masa mula-mula cuci muka tu macam tak puas pula cuci sebab takde buih. 😂 Tapi Ros teruskan juga urut-urut muka macam cuci muka.

Lepas dah bilas, wahhhh.. Tak rasa tertarik pun kulit. (Sebenarnya sebelum jumpa Nutriwhite, kebanyakan pencuci yang Ros guna, semuanya buat kulit rasa tertarik. Tegang yang memedihkan.)

Sama macam Nutriwhite, pencuci Youth pun buat kulit Ros tak pedih lepas dicuci. Pegang pun rasa lembut je.

Ros dah mula jatuh hati dengan Youth. ❤️
Kalau korang pakai Youth, confirm jatuh cinta dengan Skincare baru ni juga.

Walaupun baru keluar, tapi Youth ni dah di-Patent-kan dan dah dikaji selama 8 tahun.

Lepas dah betul-betul terbukti berkesan, baru dipasarkan. 😍

Yakinlah bila korang guna Youth.

Shaklee Effect Ros Ahmad

SHAKLEE EFFECT Ros Ahmad ☺️

Petang ni Ros Nak kongsikan satu Shaklee Effect Ros.

Untuk pengetahuan anda, Ros dah amalkan Shaklee sejak 2012 lagi.

Shaklee effect yg paling best Ros rasa adalah pada kulit Ros.

Kesan positif yang Ros dapat:
💐Jerawat jarang naik
💐Kulit tak kusam
💐Kulit nampak glowing

Dulukan, masa study a-level Ros balik kampung, mak mesti tanya kenapa lah tak pakai bedak. Muka nampak berkilat. 😂

Baru-baru ni, Ros balik kampung, mak tanya Ros makan apa, kulit elok je. Masa tu tengah sembang-sembang dengan adik-beradik perempuan yang lain.

Semestinya Ros amalkan Shaklee iaitu makan vitamin Shaklee dan juga pakai Skincare Nutriwhite.

Sebelum kenal Nutriwhite, Ros pakai skincare lain. Pakai pencuci muka je masa tu. Tapi tak serasi dengan kulit Ros.

Jadi, Ros tak pakai apa-apa Skincare. Pada pendapat Ros, baik tak pakai apa-apa Skincare supaya Ros tak rosakkan kulit Ros dengan lebih teruk.

Sekarang, Alhamdulillah. Ros suka dengan kulit Ros sekarang. ❤️

Ros ikhlas nak bantu mereka yang ada masalah kulit macam jerawat, jeragat dan kulit kusam.

Jika anda nak dapatkan konsultasi untuk masalah kulit anda, bolehlah hubungi Ros di 019-367 3245.

Rutin Penjagaan Kulit Wajah Yang Paling Asas

Assalamualaikum

Setiap hari wajah kita terdedah kepada debu dan kotoran. Biasanya tengahari pun dah boleh rasa betapa melekitnya kulit di muka.

Pada hari yang panas, muka berpeluh dan jadi terlalu berminyak. Nak pegang kulit sendiri pun tak nak kan.

Waktu tengahari digalakkan cuci muka dengan pencuci muka terutamanya mereka yang kulit jenis berminyak.

Ada 3 perkara asas nak jaga kulit muka.

1. Cuci muka
2. Lembapkan kulit
3. Lindungi kulit

Ok. Ros terangkan dengan lanjut setiap langkah ye.

Rutin Penjagaan Kulit Yang Paling Asas

Langkah 1:
Cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda. Jika kulit anda berminyak, guna pencuci untuk ‘oily skin’.

Ada sesetengah pencuci muka mengeringkan kulit. Ada juga yang memedihkan kulit. Carilah yang serasi dengan kulit anda.

Langkah 2:
Selepas cuci muka, anda digalakkan pakai toner untuk tutup balik pori-pori yang terbuka. Kalau tak tutup, kotoran boleh masuk balik. Boleh timbul whitehead dan blackhead nanti.

Selepas pakai toner, bolehlah disapu pelembap untuk melembapkan balik kulit anda.

Langkah 3:
Melindungi kulit dengan pelindung UV yang mengandungi SPF 15. Kalau SPF 15, kulit akan dilindungi selama 4 jam.

Bagi Ros, pelindungan selama 4 jam ni ok je sebab kita boleh sapu 2 kali pada waktu siang. Sapuan pertama sebelum keluar rumah pergi kerja. Lepas tu, sapuan kedua selepas sudah solat zohor.

Itulah serba sedikit rutin penjagaan wajah yang perlu anda amalkan setiap hari.

Dah tahu pasal Skincare yang boleh meremajakan kulit sehingga 10 tahun lebih muda?

Jika belum, teruskan membaca entri Ros yang ni >> Skincare Youth.