Letih Bekerja? Ikut Apa Yang Pemuda Ini Buat.

Assalamualaikum

Ada seorang pemuda ni, umur dalam 30-an. Baya-baya kita lah kan dia ni. Sepatutnya usia ni boleh bekerja dengan sebaik-baiknya.

Tapi..
Dia sering keletihan. Rasa penat yang amat. Padahal bukan kerja buruh kasar pun. Buruh kasar lagilah kesian. Kena kerja di bawah panas matahari dan angkut batu bata yang berat tu.

Dia ni kerja cikgu. Kerja cikgu pun rupanya penat tau sekarang. Kena mengajar budak-budak. Kena uruskan aktiviti kokurikulum lagi. Lepas tu buat report lagi. Mana tak penat..

Tak tahan dengan badan sendiri yang asyik penat je, dia pun cari penyelesaian.

Ada kawan ni syorkan suruh ambil supplemen tambahan.

Kata kawan tu..Penat tu salah satu sebabnya stress. Kerja banyak tak habis-habis.

Lepas tu badan dia kekurangan nutrisi walaupun makan banyak. Yang dimakan tu kebanyakannya lemak. Bila kurang nutrisi, otak pun lambat sikit nak tangkap- kurang efisien buat kerja.

Sebab tu bila dia dah mula ambil supplemen, rasa cergas terus. Badan pun lebih sihat. Bonusnya, berat pun turun sebab mood ok. Takde rasa nak makan banyak lagi.

Kalau tak minum Vivix, rasa tak syok..

Begitulah luahan pemuda tersebut kepada kawan yang syorkannya ambil supplemen.

Kalau korang macam dia ni juga, silalah ambil supplemen tambahan dan rasai sendiri perubahan positif macam pemuda ini.

Supplemen tu wajiblah si botol merah ni yang namanya glemernya, Vivix. Vivix ni dijamin selamat, siap ada Landmark Study lagi. Kalau botol lain, Ros rasa tak ada kajian klinikal ni.

Boleh whatsapp ke 019-367 3245 untuk tempahan dengan kod “tenaga” untuk harga istimewa.

Bengkak Kaki Pesakit Gout Dah Surut

Assalamualaikum

Ini kisah pesakit gout yang bengkak di kakinya makin surut.

Perubahan ini dirasai selepas dia konsisten amalkan supplemen tinggi Resveratrol.

Walaupun bengkak masih ada, insyaAllah tak lama lagi hilanglah tu.

Dapatlah dia main futsal nanti.

Pesakit gout memang kena jaga makan betul-betul. Silap makan sikit, gout boleh datang balik.

Tentu anda terfikir bagaimana supplemen Resveratrol boleh membantu dalam menurunkan paras asid urik, kan.

Dalam banyak-banyak produk Resveratrol, kenapa anda kena pilih Vivix Shaklee?

Persoalan ini akan terjawab dalam entri Apa yang pesakit gout ini buat sampai hilang bisa-bisa di kakinya.

Sebagai ikhtiar untuk tingkatkan kesihatan lutut anda, cubalah Vivix.

Apa Pesakit Gout Ni Buat Sampai Hilang Bisa-Bisa Di Kakinya?

Assalamualaikum

Derita yang sangat perit ditanggung oleh pesakit gout adalah sakit seperti dicucuk-cucuk benda tajam di kaki. Bisanya sampai nak berjalan pun tak boleh.

Sumber: Healthsurgeon.com

Terdapat 2 kisah pesakit gout yang Ros nak kongsikan dalam entri ni. Bagaimana bisa-bisa di kaki mereka hilang.

Kisah 1:

 

Seorang anak bagitau yang keadaan maknya beransur pulih lepas amalkan satu supplemen ni. Syukur.. Alhamdulillah.

Bila bisa-bisa di kaki dah tak ada, bengkak makin surut, dapatlah mak jalan perlahan-lahan. Kalau dulu, nak berjalan kena pegang dinding untuk tahan sakit.

 

Apa-apa kesakitan yang mak rasa, mesti kita tak sanggup nak biarkan macam tu je. Ini ikhtiar yang wajib kita cuba sebagai membalas jasa mak. Walaupun sebenarnya, tak mampu kita nak balas semua jasa mak dari kita kecil sehingga sekarang.

 

Kisah 2:

 

Lelaki ini berjaya mengawal penyakit goutnya dengan supplemen dan menjaga pemakanan. Makanan yang boleh meningkatkan asid urik dalam badan, semuanya dielakkan.

Bila gout dah tak datang, dapatlah dia menjalankan tugas sebagai jurulatih dengan sebaik-baiknya.

 

Kedua-dua penghidap gout di atas telah berikhtiar dengan supplemen yang tinggi kandungan Resveratrol.

 

Bagaimana Resveratrol Membantu Menurunkan Paras Asid Urik?

 

Ros kongsikan satu kajian mengenai kesan Resveratrol terhadap penyakit gout.

Berdasarkan abtrak kajian tersebut, Resveratrol  membantu menghalang bengkak kaki dan keradangan pada tikus yang ada gout. Selain itu, paras asid urik dalam tikus yang terlebih asid urik juga menurunkan dengan bantuan Resveratrol.

 

Jadi dapat disimpulkan bahawa Resveratrol boleh digunakan untuk menghalang serangan  gout daripada berulang  dengan menurunkan paras asid urik dan juga mengurangkan keradangan.

 

Bagaimana Pula Resveratrol Dalam Vivix Membantu Pesakit Gout?

 

Vivix Shaklee memiliki potensi dan ketulenan yang tinggi berbanding mana-mana produk resveratrol di pasaran.

Kenyataan ini adalah daripada Dr. Stephen Chaney, Professor Biochemistry & Nutrition di University of North Carolina. Beliau telah menerbitkan sekurang-kurangnya 80 kajian saintifik dan juga medical peer-reviewed journal.

 

Dalam satu kajian lain yang dilakukan di Harvard Universiti mendapati kandungan Resveratrol yang dijumpai dalam grapes dan Japanese Knotweed (Polygonum Cuspidatum) sebagai antioksidan terbaik untuk merendahkan paras asid urik dalam badan. Kedua-dua bahan ini iaitu Muscadine Grape dan Polygonum Cuspidatum terdapat dalam Vivix.

 

Berapa Harga Sebotol Vivix?

 

Sebotol Vivix berharga RM 475. Ianya untuk kegunaan sehingga 2 bulan. Sangat berbaloi untuk tingkatkan kesihatan anda melainkan anda sanggup menahan sakit bisa-bisa tu setiap kali gout menyerang.

 

Bagaimana Nak Dapatkan Harga Terbaik Untuk Vivix?

 

Ros sangat galakkan anda dapatkan 2 botol Vivix atau Twinpack Vivix terus kerana lebih berbaloi. Anda bakal mendapat manfaat berikut:

  • Harga ahli untuk Vivix yang jauh lebih rendah
  • Keahlian Shaklee secara PERCUMA ( Jimat RM 69)
  • Penghantaran ke seluruh Malaysia secara PERCUMA ( Jimat RM 11)
  • Cash bonus pada bulan berikutnya ( Untung dapat bonus RM 38)

 

Untuk pembelian, anda boleh segera whatsapp Ros di 019-367 3245 dengan menaip kod “gout“.

Akibat Salah Guna Produk Kecantikan

Assalamualaikum

Dulu ada orang whatsapp bercerita pasal masalah kulit. Ingat lagi cerita adik ni..

Asalnya, kulit adik ni tak lah teruk mana pun. Bila nak datang period tu, naiklah sebutir dua. Normallah kan.

Tapi masalahnya, adik ni suka picit jerawat yang naik. Lepas tu, mula lah berbekas. Luka akibat jerawat yang dipicit tu lah jadi parut.

 

Selepas tu, dia cubalah satu produk ni. Menakjubkan… selepas seminggu kulit flawless sangat. Si adik ni sangatlah happy.

 

Tapikan… kegembiraan dia tak lama.

Dua tiga bulan lepas tu..

Dia perasan setiap kali terkena matahari, kulit dia rasa pedih sangat. Lepas tu, bila period datang, mencanak-canak naik jerawat tu.

 

Baru dia gelabah nak tukar produk.

 

Adik-adikku…
Kulit flawless dalam masa beberapa hari sangat tidak logik.

Kulit kita perlukan masa untuk gantikan dengan sel-sel baru.

Yang buatkan kulit licin dalam masa yang singkat, pasti sebab ada banyak bahan kimia yang berbahaya.

 

Kak Ros harap adik-adik sedar yang produk yang ada bahan kimia berbahaya tu boleh membawa kepada kanser.

Cepat-cepatlah bertukar kepada produk yang selamat dan semulajadi.

 

Sejak jual Set Cantik Shaklee, banyak sangat gambar kulit rosak yang Kak Ros tengok.

Kak Ros jual bukan sebab nak untung semata-mata. Tapi nak selamatkan adik-adik daripada merosakkan kulit muka masing-masing.

Semoga lebih ramai orang sedar tentang bahaya kebanyakan produk kecantikan di Malaysia.

 

Bagaimana Ibu Ini Mengatasi Keletihan Menguruskan Rumahtangga?

Assalamualaikum

Penat menguruskan rumahtangga hari ni? Bersabarlah wahai ibu-ibu. Ada ganjaran menanti anda nanti.
 
Makin ramai anak, makin banyak tenaga diperlukan. Masak sarapan, bagi anak makan, basuh baju, kemas rumah, layan anak main. Sedar-sedar dah tengahari.
Stressed Mom
 
Kalau takde tenaga, tengahari dah pancit. Rasa nak anak cepat-cepat nap supaya diri boleh rehat sebentar.
Ramai yang rasa macam ni?
 
Ros nak kongsikan citer Puan Khadeejah ni. Dari dulu dia ambil supplement nak tingkatkan tenaga selain untuk kesihatan. Mak-mak pun kena jaga kesihatan tau. Kalau mak yang sakit, macam mana nak uruskan keluarga.
Ok.. Sambung balik cerita Puan Khadeejah.
 
Bila anak bertambah, dia rasa macam tak cukup tenaga pula. Dia perlukan extra tenaga lagi untuk layan anak-anak dan menguruskan rumahtangga.
 
Lepas dengar feedback positif pasal satu supplemen ni, terus beliau cuba.
 
Tak nak lagi letih-letih memanjang. Banyak kerja tertangguh.
Bila letih, mood pun tak elok. Anak buat silap sikit, dah nak marah.
 
Lepas ambil supplemen tu, terus dia rasa lebih bertenaga, segar dan sedappp sangat badan.
 
Bila rasa bertenaga, banyak kerja boleh disiapkan dan dia pun happy je nak layan anak-anak.
 
 Ini perkongsian asal daripada Puan Khadeejah:

 

Apa yang Puan Khadeejah amalkan adalah 3 supplemen ini:
  • Vivix: meningkatkan kecekapan mitochondria untuk menjana tenaga di dalam sel-sel badan kita
  • Cinch Energy Tea Mix: penggalak tenaga semulajadi
  • Performance Drink: membantu meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara bendalir dalam badan.

 

Harga untuk Set Tenaga ini adalah RM 688.50. Inilah pelaburan terbaik untuk anda yang nak atasi masalah keletihan melampau.

 

Selain itu, anda bakal dapat bonus lain juga bila ambil set ini:

  • Kulit makin cantik
  • Nampak awet muda
  • Sistem imun yang tinggi

 

Sangat berbaloi, kan.

Hubungi Ros di 019-367 3245 dengan menaip kod “tenaga” untuk dapatkan harga terbaik.

5 Amalan Untuk Kelihatan Awet Muda Dan Sihat

Assalamualaikum

 

Amalan Untuk Kelihatan Awet Muda Dan Sihat

  • minum teh hijau

Teh hijau bukan sahaja pilihan yang lebih sihat berbanding kopi tetapi ia juga kaya dengan polifenol iaitu antioksidan yang semulajadi untuk melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kita nampak tua sebelum masanya.

Dengan mengamalkan teh hijau setiap hari, ia turut memberikan beberapa lagi manfaat kepada tubuh kita seperti mengurangkan kolestrol, menurunkan berat badan dan menyihatkan rambut.

 

  • kawal tekanan

Setiap hari kita tidak dapat lari daripada tekanan. Di zaman yang serba serbi perlukan wang, kita terpaksa bekerja keras siang dan malam mencari rezeki untuk keluarga. Keadaan ini menyebabkan kita sering tertekan.

Penting untuk kita belajar mengawal tekanan tersebut agar kita tidak mendapat masalah kesihatan yang lain seperti serangan jantung dan darah tinggi.

Satu perkara yang Ros belajar di pejabat untuk berani berkata “tidak” jika bebanan kerja terlalu banyak. Jadinya, kerja akan diagihkan kepada rakan sekerja yang lain.

 

  • kerapkan bersenam

Bersenam dapat menjadikan tubuh kita lebih sihat. Selain itu, kita juga dapat melepaskan tekanan yang dihadapi. Bila tak tertekan, kita pun akan lebih gembira.

 

  • ambil makanan yang seimbang

Pemakanan yang seimbang sangat penting untuk membekalkan nutrisi yang kita perlukan. Bila cukup nutrisi, kita pun jadi lebih bersemangat dalam apa jua yang kita lakukan.

 

  • dapatkan sumber Resveratrol

Resveratrol merupakan antioksidan yang sangat powerful. Sumber Resveratrol yang terkenal adalah wine merah. Tetapi sebagai orang Islam, kita dilarang untuk minum alkohol. Terdapat satu sumber Resveratrol yang halal dan mudah diambil iaitu supplemen Vivix.

 

Kenapa Lebam Bila Kita Terjatuh?

Assalamualaikum

Pernah anda terjatuh kemudian lutut anda lebam?

Itu sebenarnya tindak balas tubuh anda untuk memperbaiki bahagian yang lebam tu. Ia sebenarnya adalah keradangan untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Terdapat 2 jenis keradangan:

 

  • Acute Inflammation- terjadi akibat jangkitan atau kecederaan. Anda akan berasa sakit yang amat kuat tetapi sekejap je. Radang jenis ini tidak membahayakan nyawa dan boleh sembuh tanpa sebarang komplikasi.

 

  • Silent Inflammation- terjadi tanpa disedari sehinggalah keadaan menjadi sudah teruk. Kebanyakan keradangan kronik ini berakhir dengan ‘itis’ seperti Hepatitis ( Radang pada hati ), Arthiritis ( Radang pada sendi )

 

Radang ni hendaklah diatasi dengan segera agar tak menjadi lebih teruk.

 

Bagaimana untuk merawat keradangan?

 

Anda boleh mengatasi masalah keradangan dengan memastikan pengambilan asid lemak omega-3 yang secukupnya. Antara sumber omega-3 adalah kacang walnut dan ikan salmon.

Asid lemak omega-3 ni penting kerana ia adalah blok binaan kepada hormon eicosanoids yang bertindak sebagai agen anti-radang.

Satu cara yang mudah untuk anda dapatkan omega-3 adalah dengan mengambil supplemen Omega Guard Shaklee. Ianya bebas toksik kerana melalui 3 kali penyulingan.

 

Bagi yang sakit lutut, Ros galakkan anda ambil Omega Guard untuk kurangkan keradangan. Macam mak Ros, bila ambil Omega Guard, lutut tak sakit. Senang nak beralih daripada kedudukan duduk ke berdiri.

Mak ayah anda pun ada sakit lutut? Cuba bagi mereka Omega Guard. Dapatlah mereka solat tanpa rasa sakit lutut nanti.

Berminat nak dapatkan Omega Guard, cari Ros ya. 🙂

Bagaimana Nak Tingkatkan Sensitiviti Sel Terhadap Insulin?

Assalamualaikum

Apa yang berlaku di sebalik kenapa pesakit diabetes tidak boleh makan makanan yang manis.

Sel-sel badan pesakit diabetes jenis 2 ni sudah tidak lagi sensitif terhadap insulin atau kita panggil insulin resistance.

Maksudnya insulin dihasilkan oleh pankreas. Tapi tidak dapat digunakan untuk membantu penyerapan glukosa ke dalam sel-sel badan kita.

Boleh bayangkan tak?

Ros bagi contoh lain untuk memudahkan pemahaman korang.

Bayangkan insulin sebagai pelayan stesen minyak. Tugasnya adalah mengisi minyak ke dalam tangki minyak kereta. Minyak tu umpama glukosa. Kereta sebagai sel badan kita.

Bila terjadi insulin resistance, pelayan stesen minyak tu tak boleh menjalankan tugas sebenar dia. Mungkin penutup tangki minyak belum dibuka oleh tuan punya kereta tu.

Bagaimana nak meningkatkan kembali sensitiviti sel terhadap insulin?

Pesakit diabetes perlukan Asid Amino yang bernama L-Arginine.

Ia membantu merangsang penghasilan insulin dan meningkatkan kembali tahap sensitiviti sel terhadap insulin.

Bagaimana nak dapatkan Asid Amino L-Arginine ni?

Korang boleh ambil ESP. Dalamnya ada asid amino perlu (essential) dan tak perlu (non-essential) yang akan mencukupkan keperluan protein seharian kita termasuklah asid amino L-Arginine.

Kalau korang nak tahu, ESP juga rendah index glisemik (low GI). Jadi tenaga dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam darah. Jadi korang rasa kenyang yang lama. Makan masa breakfast bertahan just nice sebelum makan tengahari.

Jadi ESP nk memang sangat sesuai untuk semua golongan termasuk penghidap diabetes.

Bagaimana Nak Perlahankan Proses Penuaan?

Assalamualaikum

Penuaan memang kita tak boleh nak elak. Tapi kita boleh perlahankan proses penuaan. Jadinya, umur 60 lebih nanti, kita masih kuat dan sihat. InsyaAllah.

Orang tua nampak muda dan masih sihat. Syukur. Sel-sel badannya sihat dan mati secara semulajadi.

Orang muda yang dah kena penyakit kronik seperti diabetes, macam mana pula? Sel-sel badannya mengalami penuaan yang tidak sihat akibat radikal bebas, toksin, makanan segera dan sebagainya.

Pernah anda terfikir kenapa kaki pesakit diabetes tu hitam? Itu kerana sel-sel tersebut dah sakit kemudian mati secara abnormal.

Keadaan boleh menjadi teruk bila sel-sel yang tidak sihat dalam badan kita ni bertukar menjadi sel kanser.

Bagaimana nak pulihkan sel-sel rosak dalam badan kita?

Dengan mengamalkan supplemen tambahan yang kaya dengan polifenol iaitu Vivix. Tiada produk lain seumpamanya di dunia ni.

Vivix berupaya membantu pembaikan sel, perlindungan sel, tenaga sel dan prestasi sel yang sangat penting untuk pastikan sel-sel kita sihat.

Ini dah terbukti dalam kajian saintifik oleh barisan saintis , bukan cakap-cakap kosong je tau.

Sebagai kesimpulan ada 4 mekanisme utama vivix iaitu :

1. Pembaikan sel
2. Perlindungan sel
3. Tenaga sel
4. Prestasi sel

Dengan mengamalkan Vivix, sel-sel badan kita akan mengalami penuaan yang sihat. Bila sel-sel badan kita sihat, secara automatiknya kita pun sihat.

Apalagi, jom berVivix.

Siapa dah amalkan Vivix, teruskan makan setiap hari.

Yang belum, cepat-cepat pm Ros.

#tsunamishaklee

Rawatan Untuk Sakit Lutut Yang Boleh Dibuat Di Rumah

Assalamualaikum

Sakit lutut menghalang kita daripada melakukan perkara yang kita suka.

Jika anda mempunyai minat mendaki bukit, hobi ini terpaksa dilupakan buat sementara waktu.

Sama juga jika anda suka berjogging setiap minggu, anda terpaksa menunggu sehingga sakit lutut anda pulih untuk mengelakkan kecederaan yang lebih teruk.

Apa-apa pun, silalah berjumpa doktor terlebih dulu ya untuk diagnosis dan rawatan lanjut.

Ros nak kongsikan rawatan yang anda boleh lakukan di rumah untuk anda yang mengalami sakit lutut yang ringan dan sederhana.

Senang je nak buat.

Bahan utama yang anda perlukan adalah cuka epal atau dalam Bahasa Inggerisnya Apple Cider Vinegar.

 

Cuka epal sangat membantu dalam mengurangkan sakit lutut. Disebabkan efek alkalinya, cuka epal dapat melarutkan mineral yang terkumpul dan keluarkan toksin berbahaya yang ada di lutut.

Cuka epal juga membantu melincirkan pergerakan lutut supaya anda dapat bergerak.

 

Rawatan Di Rumah Dengan Menggunakan Cuka Epal

 

Sebagai air untuk diminum:

1. Campurkan dua sudu teh cuka epal dalam dua cawan air masak.

2. Minum campuran air ini sepanjang hari.

3. Ulang setiap hari sehingga anda pulih.

 

Sebagai air rendaman:

1. Penuhkan bath tub dengan air panas

2. Masukkan dua cawan cuka epal

3. Rendam lutut yang sakit dalam air tersebut selama 30 minit.

 

Sebagai minyak urutan:

1. Campurkan satu sudu makan cuka epal dengan satu sudu makan minyak zaitun

2. Guna minyak ini untuk urut lutut yang sakit.

3. Urut satu atau dua kali sehari

 

Cubalah ikhtiarkan dengan 3 cara yang Ros dah kongsikan di atas. Kalau masih belum pulih, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk mengamalkan supplemen untuk sakit lutut pula.

Semoga bermanfaat. 🙂