Kulit Muka Seperti Terbakar Akibat Salah Guna Produk

Assalamualaikum

Kulit anda terasa gatal, perit dan rasa seperti terbakar?

Anda mungkin mengalami keradangan kulit akibat alergik terhadap bahan kimia yang ada dalam set penjagaan wajah anda.

Semak skincare yang anda guna untuk memastikan di dalamnya tiada bahan kimia berbahaya.

 

Apa Yang Boleh Anda Bila Kulit Rasa Seperti Terbakar?

 

1. Guna air sejuk untuk mengurangkan keradangan.

2. Bersihkan wajah dengan pencuci muka yang lembut.

3. Elakkan pengunaan pencuci muka jenis scrub.

4. Kurangkan menggosok-gosok wajah.

5. Selepas mencuci wajah, tekap tuala di wajah untuk mengeringkannya.

6. Pakai pelindung uv untuk melindungi kulit daripada pancaran sinar uv berbahaya.

 

Mudah-mudahan selepas ini, anda akan lebih berhati-hati memilih sesuatu jenama produk kecantikan. Muka kita hanya satu, bukannya topeng yang boleh ditukar ganti bila-bila masa kita nak. Hihi..

 

Ros cadangkan anda pulihkan kembali kulit yang rosak itu dengan supplemen Shaklee seperti Vivix, GLA Complex, Vitamin C dan Alfalfa.

Fungsi setiap supplemen:

  1. Vivix: memperbaiki kerosakan sel sehingga ke peringkat DNA
  2. GLA Complex: melindungi kulit daripada radikal bebas
  3. Vitamin C: meningkatkan penghasilan kolegan dan mencerahkan kulit
  4. Alfalfa: mengeluarkan toksin daripada produk kecantikan sebelum ini

 

Akak ni dah berjaya pulihkan kembali kulitnya yang rasa seperti terbakar dahulu. Jom tengok perkongsian beliau.

Masalah salah penggunaan produk.. makan vitamin Alfalfa, Vitamin C, Vivix dan GLA.. Hasil pengambilan selama 1 bulan lebih, kulit lebih halus, hilang merah-merah di muka. Kini lebih tampil menawan.. tiada lagi masalah di muka.

 

Alhamdulillah.. Selepas amalkan suplemen di atas, kulit muka akak ni semakin berseri.

Nak cuba juga set ni? Hubungi Ros di 019-367 3245.

Tanggalkan Sel Kulit Mati Penyebab Kulit Kusam Dengan Gentle Action Makeup Remover

Assalamualaikum

Salah satu cara untuk memastikan kulit anda tidak kusam sebaliknya cantik berseri, glowing orang putih kata, adalah dengan menanggalkan sel-sel kulit yang mati. Proses pengelupasan yang berlebihan boleh memburukkan lagi keadaan.

Anda boleh baca lanjut di sini >> Kenapa Kulit Anda Kusam Dan Tidak Berseri?

Anda boleh menggunakan Gentle Action Makeup Remover untuk menanggalkan sel-sel kulit mati tersebut dengan lembut. Walaupun namanya Makeup Remover, anda yang tidak bermekap pun boleh menggunakannya.

Walaupun tidak bermekap, kulit wajah kita terdedah kepada kotoran lain seperti debu dan habuk. Orang yang bermekap lagi lah sesuai menggunakan Gentle Action Makeup Remover ini.

Anda boleh tengok sendiri daki-daki yang ditanggalkan oleh Makeup Remover ini.

 

Bagaimana Gentle Action Makeup Remover bertindak?

 

Jom Ros kongsikan pengalaman Puan Syu menggunakan Gentle Action Makeup Remover. Ikuti perkongsian belian di bawah:

 

Berminat untuk tanggalkan mekap atau daki-daki di wajah dengan Gentle Action Makeup Rmeover?

Hubungi Ros di 019-367 3245.

Tips Penjagaan Wajah Bagi Mereka Yang Memiliki Kulit Jenis Kombinasi

Assalamualaikum

Mereka yang mempunyai kulit jenis kombinasi adalah mereka yang mempunyai kulit berminyak di bahagian T-zone ( dahi, hidung dan dagu) dan kulit kering di bahagian pipi.

Jika anda belum tahu kulit anda jenis yang mana, boleh baca entri ni >> Cara Nak Tentukan Jenis Kulit Muka.

Kulit berminyak membuatkan liang pori menjadi besar, jerawat kerap naik dan muka kelihatan berkilat.

Kulit kering pula buat anda rasa gatal, kulit menggelupas dan kemerah-merahan.

Masalah kulit yang anda alami bergantung kepada jenis kulit mana yang lebih dominan.

Jom Ros kongsikan tips mudah untuk menjaga wajah yang memiliki kulit kombinasi.

 

Tips Untuk Kulit Jenis Kombinasi

 

1. Pastikan wajah anda sentiasa bersih sepanjang masa agar ia susah nak naik jerawat.

Jika kulit berminyak lebih dominan, anda boleh cuci muka dengan lebih kerap dengan pencuci muka yang lembut.

Baca ni >> Pencuci Muka Yang Lembut Kegemaran Ros

 

2. Guna pelembap yang sesuai dengan kulit anda.

Kuantiti pelembap yang anda perlu sapu ke muka adalah berbeza untuk T-zone dan bahagian pipi.

T-zone yang memiliki kulit jenis berminyak hanya perlukan sapu yang minimal sementara untuk bahagian pipi yang kulitnya lebih kering, anda boleh sapu lebih untuk melembapkannya.

 

Anda juga boleh cuba >> Rawatan Semulajadi Di Rumah Untuk Kulit Berminyak.

Semoga tips ini bermanfaat untuk anda.

Set Nutriwhite Buat Kulit Cerah Sekata Dan Tidak Pucat

Assalamualaikum

Antara sebab orang pakai mekap adalah untuk menaikkan seri wajah. Cuba tengok pengantin baru, bila bermekap walau nipis je, wajah nampak berseri dan tidak pucat.

Tapi kalau bermekap, pastikan selepas tu anda bersihkan wajah sebersih-bersihnya. Takut nanti tumbuh jerawat pula.

Ros nak kongsikan dengan anda set penjagaan wajah yang boleh mencerahkan wajah anda secara semulajadi. Bila semulajadi, pastinya bahan-bahan yang digunakan selamat.

Set penjagaan wajah tersebut namanya Set Nutriwhite. Nutriwhite memang dihasilkan khas untuk kulit orang asia- lelaki dan perempuan.

Jom tengok perkongsian mereka yang dah cuba Set Nutriwhite.

Perkongsian 1:

Nutriwhite ni set dia saya guna Makeup Removal, pencuci muka Gentle Deep Foaming Cleanser, penyegar muka Soothing Radiance Whitening Softener serta UV Protective Ultimate Whitening Lotion.

Memang best sangat walaupun baru 4 jenis je daripada semua set Nutriwhite ni.

Muka cerah sekata, bukan putih pucat tau. Dia kembalikan warna asal kkulit yang lebih bersih.

Tak rasa macam pakai topeng. Memang rasa best sangat-sangat.

Saya memang bertuah jumpa Nutriwhite ni. Harap dapat pakai full set pulak dalam waktu terdekat.

 

Nanti Ros kongsikan lagi testimoni mereka yang puas hati pakai Set Nutriwhite yang selamat dan semulajadi ni.

Kalau anda berminat dengan Set Nutriwhite, anda boleh klik saja pada poster testimoni di atas atau hubungi Ros di 019-367 3245.

Kulit Muka Makin Cerah Sekata

Assalamualaikum

Ros nak kongsikan satu cerita bagaimana  Puan Zainah memiliki kulit yang makin cerah sekata. Cerah yang tak nampak pucat tu. Bukan putih melepak macam pakai tepung tau. 😉

Jom baca perkongsian beliau.

KULIT MUKA SEMAKIN CERAH SEKATA SELEPAS AMALKAN VIVIX
.

Assalamualaikum

Nama saya Zainah Mukhtar. Saya pengguna dan juga pengedar vitamin Shaklee.

 

Saya dah makan hampir semua vitamin shaklee sejak 2 tahun lalu, ada 4-5 jenis yang belum. Vivix adalah yang terbaru saya cuba. Sebelum ni memang selalu tengok kawan-kawan dan pelanggan jer yang bercerita tentang keberkesanan vivix ni. Terdetik juga dalam hati, satu hari aku mesti cuba vivix.
.

Dipendekkan cerita, saya dapat sebotol vivix hasil daripada bermain kutu. Sebab vivix ni agak mahal untuk saya sebagai seorang surirumah, jadi nak cuba punya pasal main kutu vivix la.
.

Sebelum minum vivix saya memang dah amalkan vitamin2 lain juga seperti ESP, VITA C, VITA E, B COMP, OSTEMATRIX, GLA, ALFALFA dan beberapa lagi. Setiap hari memang ambil vitamin2 ni semua. Saya ambil untuk menjaga kesihatan dan untuk kecantikan.
.

Saya teruja sangat dengan vivix ni. Saya nak buat ‘eksperimen’ kat diri sendiri. Sebelum ni ramai dah cakap vivix ni best, vivix ni vivix tu, jadi tiba masa saya pula nak cuba.
.

Saya berhenti ambil vitamin2 yang lain kecuali ESP 3 hari sebelum minum vivix. Saya dengan ESP ni kawan baik, waktu sarapan mesti minum segelas ESP. Saya jarang ambil sarapan yang berat2, cukup segelas ESP untuk memberi saya rasa kenyang dan tenaga sehingga waktu makan tengahari.
.

Maka saya cuba vivix satu sudu kecil buat permulaan selama 3 hari. Selepas 3 hari saya ambil 1 sudu besar pula. Saya mula perasan ada perubahan bila saya tengok cermin selepas bangun tidur. Wow!! Sangat luarbiasa kesan vivix ni, kulit wajah saya nampak lembap dan pori2 terbuka dah berkurang. Lepas seminggu tona kulit dah nampak makin lebih sekata dan semakin cerah. Saya senyum sorang2 depan cermin, seronoknyaaa
.

Sekarang barulah saya percaya yang vivix ni betul2 memberi kesan untuk awet muda. Sebelum ni macam kurang percaya sebab tak cuba sendiri.
.

Saya memang takde pakai krim kecantikan. Krim malam NutriWhite yang saya pakai sebelum ni pun dah lama habis sebelum saya minum vivix.
.

Jadi saya sangat syorkan pada semua yang nak wajah awet muda tapi malas nak makan vitamin banyak2 atau nak tepek krim siang malam, elok sangat minum vivix 1 sudu sebelum tidur. Bangun pagi tengok cermin mesti senyum sorang2.
.

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Tak cuba maka tak tahu. Begitulah dengan vivix, mesti kena cuba sendiri.
.
Itulah kesan vivix kepada saya. Terima kasih Shaklee, terima kasih Supermom Shaklee Story.

Syukur. Alhamdulillah.

Nak order set yang sama? Hubungi Ros di 019 367 3245.

Sunburn Hilang, Liang Pori Mengecil

Assalamualaikum

Bagi wanita yang bertudung, masalah sunburn akan membuatkan wajah seperti ada sempadan antara muka dan kawasan yang dilitupi tudung terutamanya di bahagian pipi. Sakit mata tengok sempadan hitam putih tu. Bagaimana nak hilangkan sunburn tu?

Jom Ros kongsikan satu cerita Puan Irdayati yang mengalami masalah sunburn akibat sering terdedah kepada cahaya matahari ketika menjalankan tugas.

KINI KULIT SAYA TIDAK SUNBURN LAGI. MALAH LIANG PORI SAYA JUGA MENGECIL

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Nama saya Irdayati binti Abdul Air. Saya berusia 36 tahun (2017). Saya merupakan seorang bekas konsultant perancang bandar dan desa.
.
Kerjaya saya memerlukan saya kerap pergi outstation; sama ada untuk menghadiri mesyuarat ataupun melawat tapak projek. Ada kalanya sehingga berhari-hari saya perlu melakukan pemeriksaan tapak. Apabila berada di tapak projek, kebiasaannya saya akan terdedah kepada cahaya matahari secara langsung. Tidak kiralah sama ada sewaktu dalam perjalanan mahupun sewaktu membuat survey di tapak projek.

Sehinggakan kulit saya menjadi berminyak, timbul blackheads dan whiteheads serta kusam akibat sunburn. Paling sedih apabila saya buka tudung, garis belak seperti ‘sempadan’ amat jelas ketara di bahagian pipi & pelipis saya. Macam nak nangis rasanya bila tengok.

Saya jenis yang sangat memilih dalam produk skincare. Takut sangat nak cuba sembarangan; takut ada bahan berbahaya di dalamnya.

Sebelum berkenalan dengan Nutriwhite Shaklee, saya pernah mencuba satu jenama yang dijual di kedai butik khas untuk kecantikan dan wangian yang berasaskan bahan semulajadi. Katanya, produk skincare mereka mampu mengurangkan sunburn dan mengurangkan masalah kulit berminyak saya. Ternyata tidak! Malah, kulit saya jadi semakin berminyak sehingga kelihatan berkilat seperti cermin terutamanya di waktu pagi sewaktu bangun dari tidur.

Setelah setahun saya mengamalkan ESP dalam rutin harian saya (untuk penyusuan bayi), saya perasan yang kulit saya menjadi lebih cerah sekata dan gebu. Pada waktu itu, terbuka pintu hati saya untuk mencuba produk Nutriwhite yg dikatakan direka khas untuk kulit orang Asia.

Saya bermula dengan Gentle Deep Foaming Cleanser. Kemudian, setiap bulan saya beli satu-persatu pula Spot Whitening Treatment, Ultimate Protection Whitening Lotion, Soothing Radiance Whitening Softener, Gentle Action Makeup Remover; dan yang terkini saya beli Overnight Renewal Whitening Cream.

Seriusnya, saya sangat-sangat berpuas hati. Kulit saya yang dulu mudah sunburn tetapi lambat untuk pulih kembali, kini dah tak mudah sunburn lagi! Dah takde dah garis belak di pipi dan pelipis saya. Malah, Makeup Remover telah berjaya membebaskan liang pori saya dari tersumbat oleh blackheads dan whiteheads! Untuk kesan yang lebih mantap, saya tambah pula ambil Shaklee Collagen Powder yang berjaya menjadikan liang pori saya mengecil!

Terima kasih Nutriwhite Shaklee kerana telah menjadi ASBAB TERBAIK untuk saya mendapat kulit yang diidamkan. Sampai orang gelarkan saya ‘Kakak Cantik’! Awww!

Kredit to:
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 42: IRDAYATI ABDUL AIR

Berminat dengan set yang diamalkan oleh Puan Irdayati? Hubungi Ros di 019-367 3245.

Testimoni Set Asas Nutriwhite- Menjaga, Membelai dan Melindungi

Assalamualaikum

Ros dah jatuh cinta dengan Set Asas Nutriwhite. Berbunga-bunga sangat.

Sebelum ni malas nak cuci muka, pakai toner dan sebagainya sebab Ros rasa kulit Ros dah cantik. Bukan nak puji kulit sendiri, tapi ramai yang cakap macam tu. Syukur Alhamdulillah.

 

Tapi kan, bila Ros join kelas facial guna Set Nutriwhite ni, baru Ros sedar yang kulit kalau takde masalah yang teruk, masih perlu dijaga, dibelai dan dilindungi.

Untuk tujuan itu, Ros amalkan Set Asas Nutriwhite:

1. Gentle Deep Foaming Cleanser: mencuci wajah dengan lembut sehingga ke liang pori.

2. Soothing Radiance Whitening Softener: menutup liang pori yang terbuka dan menyegarkan kulit.

3. Ultimate Protection Whitening Lotion: mengandungi SPF15 untuk memberikan perlindungan kepada kulit.

 

Disebabkan Set Nutriwhite ni sesuai sangat untuk kulit orang Asia seperti kita ni, Ros nak kongsikan kebaikannya dengan anda. 🙂

Jom tengok 1 testimoni:

 

 

Serius lepas je dia share gambar tadi selepas guna set basic NW ….memang superb cantik giler kulitnya 😍
Terus rasa nak order set nutrwhite sekarang Jugak 😍

Baca apa perasaannya selepas menggunakan Set Asas Nutriwhite.

Nutriwhite basic mmg sda cuba kak n.. Memang bagus untuk kulit.. Lelbih-lebih lagi kalau pakai satu set memang berkesan la.. Saya guna pencuci muka nutriwhite memang segar. Lepas cuci muka saya pakai pula soothing radiance whitening softener dan saya pakai juga ultimate protection whitening lotion.. Naa memang terbaik hasil nya.. 👍👍👍👍bukan ja putih kak n, memang halus kulit muka.. Blackhead pun makin kurang.. Kalau cakap pasal tempoh penggunaan, memang jimat kalau pakai.. Pakai sikit-sikit ja, tapi kesan tip top.. 😍😍

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Set Asas Nutriwhite, bolehlah hubungi Ros di 019-367 3245.

 

Berminat nak cuba terus Set Asas Nutriwhite?

Klik je >> ORDER NOW.

Selepas mengesahkan produk yang ingin dibeli, anda akan diminta untuk memberikan details seperti nama, alamat, no telefon dan email untuk tujuan pengeposan.

Seterusnya, pembayaran boleh dibuat samada dengan menggunakan kad debit/ kad kredit.

Tadaa.. siap.

Tunggu sahaja produk dihantarkan ke alamat yang anda masukkan tadi. 🙂

Bagaimana Nak Nampak Awet Muda?

Assalamualaikum

Antara tanda-tanda penuaan adalah munculnya garis-garis di wajah terutamanya di tepi mata dan di tepi bibir.

Kedutan dan garis halus ini akan membuatkan wajah nampak tua dari usia sebenar.

Menjadi tua itu pasti selagi belum sampai ajal. Tetapi kita boleh melambatkan proses penuaan.

Dalam erti kata lain, nampak awet muda. Umur 50-an nampak seperti 40-an. Masih sihat dan mampu berjogging lagi.

Macam pakcik Hasmad ni. Siap berjogging di bawah Eiffel Tower lagi.

Siap jogging. Dah plan dari kat Malaysia nak jogging bawah Eiffel Tower.

Diorang ni cam biasa malam baru balik.

Lega juga bawak mak bapak sebenarnya.

Nak travel ni kena fit. Mak cakap hari-hari kat Malaysia diorang mesti jogging sejam round taman.

Makan Vivix dan Collagen tak boleh miss.

 

Rahsianya adalah dengan bersenam atau berjogging setiap hari. Di samping itu, beliau juga amalkan supplemen tambahan seperti Vivix dan Collagen Powder.

Vivix merupakan supplemen yang tinggi antioksidan. Dengan gabungan polifenol dan Resveratrol, ia menjadikan Vivix 10 kali ganda sangat berkuasa berbanding supplemen Resveratrol yang lain.

Collagen Powder juga penting untuk meremajakan kulit selain memelihara kesihatan sendi dan lutut.

 

Hebat penangan Vivix ni..

Mak dan anak nampak macam kakak dan adik.

Boleh tengok sendiri Puan Sharifah bersama ibunya.

Nak nampak awet muda seperti mereka di atas?

Anda boleh amalkan supplemen untuk melambatkan proses penuaan ini.

 

Supplemen Untuk Awet Muda

1. Vivix: supplemen anti-aging yang kaya dengan Resveratrol untuk memperbaiki sel-sel kulit yang rosak serta melindungi sel-sel badan daripada radikal bebas.

2. Collagen Powder: membantu menegangkan kulit dan mengurangkan kedutan dan garis halus.

 

Jom tengok testimoni seterusnya:

Itulah sebahagian #VivixEffects yang ramai dah rasai.

 

Teruja nak dapatkan Set Awet Muda ini?

 

Anda boleh klik ORDER NOW untuk pembelian terus dengan Shaklee.

Selepas mengesahkan produk yang ingin dibeli, anda akan diminta untuk memberikan details seperti nama, alamat, no telefon dan email untuk tujuan pengeposan.

Seterusnya, pembayaran boleh dibuat samada dengan menggunakan kad debit/ kad kredit.

Tadaa.. siap.

Tunggu sahaja produk dihantarkan ke alamat yang anda masukkan tadi.

Hubungi Ros di 019-367 3245 untuk dapatkan konsultasi dan cara makan selepas pembelian produk – Eksklusif untuk yang beli dari SirapAnggur.com. 🙂

Rawatan Semulajadi Di Rumah Untuk Kulit Berminyak

Assalamualaikum

Orang yang memiliki kulit berminyak kebanyakkannya mempunyai pori-pori wajah yang besar dan kerap menghadapi masalah kulit berjerawat. Kulit juga tidak licin dan kasar seperti kulit oren.

Kulit berminyak terjadi akibat kelenjar minyak menghasilkan sebum yang terlalu banyak. Antara puncanya adalah perubahan hormon, stress dan pemakanan yang pedas, berlemak dan berminyak.

Ros ingin kongsikan rawatan semulajadi yang anda boleh lakukan sendiri di rumah untuk mengurangkan kulit berminyak.

 

Rawatan Semulajadi Untuk Kulit Berminyak:

1. Daun Lidah Buaya

Daun lidah buaya bersifat anti mikrob untuk mengelakkan jerawat tumbuh di kulit. Selain daripada itu, daun lidah buaya juga dapat menyerap lebihan minyak.

Caranya:
Potong daun lidah buaya untuk mengambil gelnya. Sapu gel di wajah dan biarkan kering. Bilas dengan air bersih. Lakukan 2 hingga 3 kali sehari.

 

2. Madu

Madu dapat mengurangkan minyak di permukaan kulit. Dengan sifat anti septik semulajadinya, ia baik untuk kulit berminyak dan berjerawat.

Madu juga membantu melembapkan kulit secukupnya tanpa menjadikan kulit terlalu berminyak.

Caranya:
Sapu madu ke seluruh wajah dan biarkan selama 15 minit. Bilas wajah anda dengan air bersih.

 

3. Cuka Epal

Cuka Epal mempunyai sifat anti mikrob yang dapat menghalang terjadinya jerawat akibat lebihan minyak dan bakteria.

Ia juga kaya dengan Alpha Hydroxy Acid (AHA) untuk melembapkan kulit.

Caranya:
Campurkan 1 sudu besar cuka epal ke dalam segelas air masak. Minum setiap malam sebelum anda masuk tidur.

 

4. Yogurt

Yogurt mengandungi asid laktik yang membantu menanggalkan kulit mati dengan lembut dan menyerap minyak berlebihan di permukaan kulit wajah.

Caranya:
Ambil lebih kurang 1 sudu besar plain yogurt dan sapu di seluruh wajah. Selepas 15 minit, bilas dengan air yang bersih.

 

5. Putih telur

Putih telur juga membantu mengurangkan lebihan minyak. Ia juga dapat menegangkan kulit.

Caranya:
Ambil putih telur dan pukul sehingga kembang. Sapu ke seluruh wajah dan biarkan kering. Bilas dengan air suam.

 

Amalkan rawatan semulajadi ini setiap minggu untuk menampakkan kesan yang positif.

Nak tips lain untuk kulit berminyak?

Baca ni >> Tips Penjagaan Kulit Berminyak Yang Anda Patut Amalkan.

Hilangkan Sunburn Dengan Cara Yang Selamat

Assalamualaikum

Masalah sunburn terjadi apabila anda berdedah kepada cahaya matahari untuk jangka masa yang panjang.

Jika anda bercuti di pulau atau berjemur di tepi pantai tanpa memakai sebarang pelindung uv, kulit anda akan jadi gelap dan sunburn.

Untuk menghilangkan sunburn, anda boleh cuba lakukan perkara ini.

Amalkan supplement yang dicadangkan di bawah:

1. Vivix

2. Energizing Soy Protein

3. Vitamin C Sustained Release

4. Ultimate Protection Whitening Lotion

 

Berminat nak hilangkan sunburn dengan produk di atas, bolehlah whatsapp Ros di 019-367 3245.