Cara Nak Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Bila Beli Vivix

Assalamualaikum

Anda kerap membeli Vivix Shaklee tetapi belum mendaftar menjadi ahli?

Sudah tiba masanya untuk anda mendaftar jadi ahli untuk terus merasai kebaikan Vivix pada harga yang lebih rendah.

 

 

Bagaimana nak jadi ahli Shaklee secara percuma?

 

Mudah sahaja. Dapatkan Twinpack Vivix.

 

Dengan pembelian 2 botol Vivix, anda layak mendapat:

1. Vivix pada harga ahli
2. Keahlian PERCUMA ( bernilai RM 69)
3. Kos penghantaran PERCUMA ( bernilai RM 11)
4. Cash Bonus pada bulan berikut

 

Berminat nak jadi ahli secara percuma dengan cara ini?

 

Segera whatsapp Ros di 019-367 3245 dengan kod “ahli”.

Ros akan beritahu details yang diperlukan untuk pendaftaran ahli.

Selepas pre-register, bolehlah anda teruskan shopping Vivix dengan ID Shaklee anda sendiri pada harga ahli terus. 🙂

Apalagi, whatsapp Ros di 019-367 3245.

Tips Memilih Supplemen Untuk Diri Sendiri Dan Keluarga

Assalamualaikum

Pada zaman sekarang makan makanan yang seimbang sahaja tidak cukup untuk memastikan badan anda mendapat semua nutrisi yang diperlukan.

Anda perlu mengambil suplemen untuk tampung nutrisi yang tidak dapat diperolehi daripada makanan.

Walaupun anda makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan, banyak khasiat telah hilang sebelum ia masuk ke dalam badan anda.

Sebagai contoh, khasiat hilang semasa proses penghantaran ke pasar atau kedai. Khasiat juga boleh hilang apabila anda masak pada suhu yang tinggi.

Sebab tu sayur, kita perlu masak sekejap sahaja. Kalau boleh dimakan mentah, lagi lah elok.

Seperti namanya, suplemen iaitu tambahan, itulah fungsi suplemen iaitu untuk memenuhi lompong nutrisi yang kurang dalam badan.

Oleh kerana suplemen sangat penting, ingin Ros kongsikan beberapa tips agar anda memilih supplemen yang betul sekaligus badan anda mendapat manfaat optimum daripada pengambilan supplemen tersebut. Bukannya mendatangkan bahaya kepada tahap kesihatan anda.

Jom tengok tips memilih suplemen:

 

  • Suplemen tersebut dibangunkan oleh saintis yang bertauliah.
  • Suplemen tersebut perlu ada kajian klinikal yang turut direview oleh pihak ketiga
  • Suplemen tersebut perlu ada Landmark Study untuk memastikan keberkesanan suplemen tersebut dalam jangka masa panjang.

 

Kesimpulanya, anda boleh tanya soalan-soalan di bawah kepada penjual suplemen atau vitamin sebelum anda beli.

Semoga bermanfaat. Buatlah pilihan bijak demi kesihatan keluarga anda.:-)

5 Kebaikan Air Lemon Yang Anda Perlu Tahu

Assalamualaikum

Setiap hari kita perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air. Anda boleh kira sendiri, berapa liter air yang perlu anda minum berdasarkan formula ini: 25 kg berat badan bersamaan 1 liter air. Orang yang mempunyai 50 kg berat badan, perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air. Lebih lagi baguslah. Lagipun air kosong tidak mempunyai sebarang kalori.

Bagi sesetengah orang, sukar untuknya minum 2 liter air sehari. Rasa banyak sangat nak kena minum. Kalau anda nak habiskan minum 2 liter sekaligus, memanglah susah. Anda kena minum sikit-sikit sepanjang hari.

Untuk yang tidak boleh telan air kosong begitu sahaja, apa kata anda buat air lemon. Banyak khasiatnya untuk kesihatan. Jom tengok.

Kebaikan Air Lemon

 

 

  • membantu mengurangkan berat badan

Berat badan berlebihan mengundang pelbagai penyakit seperti darah tinggi, diabetes dan sakit lutut. Kajian menunjukkan bahawa minum air dapat meningkatkan metabolisma badan kita.

Anda boleh mulakan rutin minum secawan air suam yang dicampur dengan jus dari sebiji lemon untuk kesihatan anda. Paling elok diminum selepas anda bangun tidur semasa perut kosong.

 

  • membantu sistem penghadaman badan

Asid daripada lemon membantu memperlahankan proses penghadaman. Jadi, nutrien daripada makanan yang anda makan dapat diserap dengan lebih baik.

Eloklah anda memesan air lemon suam bersama menu makan tengahari yang menyihatkan. Tinggalkan air berkarbonat yang tinggi gula dan tinggi kalori itu.

 

  • membersihkan hati

Hati mempunyai tugas yang sangat berat. Setiap hari hati kita perlu menapis bendasing dan toksin dalam darah kita. Dengan mengamalkan air lemon setiap hari, enzim yang terdapat dalam air lemon dapat merangsang hati untuk menjalankan fungsinya dengan lebih baik. Seterusnya, toksin dapat disingkirkan daripada badan kita.

Amalkan air lemon sebagai minuman detoks anda setiap hari.

 

  • meningkatkan sistem imun badan

Lemon kaya dengan Vitamin C yang penting untuk meningkatkan sistem imun badan kita. Bila sistem pertahanan badan kita kuat, kita akan kurang jatuh sakit. Vitamin C juga penting untuk melawan radikal bebas yang sering dikaitkan dengan penyakit dan penuaan.

Sebab itu, jika kita demam atau selesema, kita akan disarankan untuk mengambil dos Vitamin C yang lebih.

 

  • memperbaiki kulit

Antioksidan yang terdapat dalam lemon dalam melindungi kulit kita daripada kerosakan. Ini termasuklah jerawat, sunburn dan garis-garis halus di wajah.

Dengan mengamalkan air lemon, kulit anda juga kekal terhidrat dan tidak kering.

 

Jom tengok bagaimana nak buat air lemon yang senang ni. Seminit dua je dah siap.

  • Untuk bahan-bahannya, anda perlukan air dan lemon.
  • Perah sebiji lemon untuk ambil jusnya dan campur dengan air suam atau air sejuk.
  • Anda juga boleh perah jus lemon ke dalam air dan tambah beberapa hirisan lemon ke dalam air tersebut.

 

Usah tambah gula tau. Takde gunanya nak berdetoks nanti. Silap hari bulan, kena diabetes pula.

Kelebihan Tidur Sebentar Di Siang Hari

Assalamualaikum

Pernah anda rasa lepas makan tengahari je mata terlalu mengantuk. Rasa macam nak letak batang mancis je supaya tak terlelap. 🙂

Salah satu sebab kenapa anda terlalu mengantuk adalah kerana makan  terlalu banyak. Makan sampai bertambah dua tiga pinggan. Dah tu banyak karbohidrat berbanding serat dan vitamin pula tu. Betul? Ada juga yang terasa sangat mengantuk di waktu tengahari kerana bangun awal pagi.

Pukul 3-4 pagi, dah bangun untuk tahajud. Si isteri lepas tu sambung selesaikan urusan rumah, anak-anak dan suami. Yang suami ada juga yang bangun awal untuk bersenam sebelum pergi ke tempat kerja.

 

 

Walau apapun sebab anda bangun awal, anda disarankan untuk tidur sebentar di siang hari. Bagi yang bekerja, selepas makan boleh buat nap sebentar. Yang di rumah, semasa anak-anak napping, anda pun boleh nap sebentar dan bangun sebelum anak-anak terjaga.

 

Kepentingan Tidur Sebentar Di Siang Hari

 

Bila anda dapat melelap mata selama 15-20 minit, anda akan berasa lebih segar bila bangun. Ia dapat mengelakkan keletihan di akhir minggu jika setiap hari anda bangun awal. Selain itu, ia dapat memastikan anda sentiasa fokus untuk melakukan tugasan di belah petang.

Tidur sebentar di siang hari juga dikatakan dapat mengurangkan tekanan, seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung. Orang yang tidur sebentar di siang hari juga lebih bertenaga dan meningkatkan kemahiran motor.

 

Bergantung kepada berapa lama anda tidur, di bawah adalah kebaikan yang bakal anda perolehi:

 

  • Tidur selama 20 minit: meningkatkan kecerdasan dan kemahiran kognitif
  • Tidur lebih 20 minit: meningkatkan daya ingatan dan kreativiti
  • Tidur 30 – 60 minit: meningkatkan kemahiran membuat keputusan
  • Tidur 60 – 90 minit: membantu menghubungkan sel-sel otak dan menyelesaikan masalah berkaitan perkara-perkara kreatif

 

Tips Tidur Sebentar Di Siang Hari

 

  1. masa yang sesuai adalah antara pukul 1 petang sehingga pukul 3 petang
  2. tidur sebentar pada masa yang sama setiap hari
  3. set alarm di handset anda agar tidak terlajak
  4. seboleh-bolehnya tidur di bilik yang gelap. Jika tidak, pakai penutup mata

 

Kalau anda rasa penat sangat, Ros sarankan anda tidur sebentar atau buat power nap. InsyaAllah selepas bangun, anda akan rasa berasa lebih segar, lebih bertenaga dan dapat fokus dengan lebih baik.

Panduan Memilih Makanan Yang Menyihatkan

Assalamualaikum

Di zaman yang serba moden ini, gaya hidup dan pemakanan kita bakal menentukan taraf kesihatan kita. Jika makanan segera yang kita pilih, penyakit pun akan ‘segera’ datang kepada kita. 🙂

 

 

Bagaimana nak memilih makanan yang menyihatkan?

  • Roti

Pilihlah roti gandum penuh berbanding roti putih. Pastikan roti tersebut mengandungi sekurang-kurangnya 3-4 gram fiber dan mengandungi kurang 100 kalori setiap keping.

Tips: Sesekali anda boleh bertukar kepada tortillas gandum dan roti pita gandum penuh.

 

  • Produk tenusu

Anda boleh memilih produk tenusu berdasarkan senarai di bawah:

  1. susu skim atau susu rendah lemak
  2. yogurt tanpa lemak atau yogurt rendah lemak
  3. keju tanpa lemak atau keju rendah lemak

Yogurt berperisa kurang menyihatkan kerana mengandungi gula dan kalori yang tinggi.

Tips: tambahkan buah-buah segar atau kering ke dalam yogurt kosong untuk memberikan rasa yang enak.

 

  • Buah-buahan

Pilih beberapa jenis buah-buahan pelbagai warna seperti oren, pisang, mangga, betik, tembikai dan strawberi.

Tips: Untuk menjimatkan belanja, pilih buah-buahan tempatan dan beli ketika musimnya.

 

 

  • Sayur-sayuran

Kita disarankan untuk mengambil 3 hidangan sayur sehari. 1 hidangan bersamaan dengan setengah cawan sayur. Jadi, pelbagaikan warna sayur-sayuran anda untuk mengelakkan kebosanan.

 

  • Ayam / Daging / Makanan laut

Kurangkan makan daging merah. Lebihkan makan ikan. Antara ikan yang boleh dipilih adalah salmon dan mackerel. Buang lemak dan kulit ayam sebelum memasak menu kegemaran anda.

Tips: Pilih ayam organik atau ayam yang tidak disuntik hormon.

 

  • Beras dan pasta

Pilihan yang sihat semestinya beras perang dan juga pasta gandum penuh.

Tips untuk bertukar ke beras perang:

Tambah sedikit beras perang dan masak bersama beras putih. Bila anda dah serasi dengan rasa dan tekstur beras perang, anda boleh kurangkan bahagian beras putih.

 

  • Snek

Sebagai kudapan sementara menunggu waktu makan, anda boleh memilih snek berikut:

  1. kraker gandum penuh
  2. buah-buahan kering seperti aprikot, kismis dan prun
  3. kekacang seperti gajus, walnut dan almond
  4. biji bunga matahari

Tips: pilih kekacang yang dipanggang dan tidak dicampur garam

 

Pastinya kita ingin menikmati hidup ni dengan gembira bersama anak cucu sehingga ke akhir hayat. Jadi, jagalah kesihatan dengan mengamalkan tabiat pemakanan yang baik. Pemilihan makanan yang sihat juga akan mengurangkan risiko terkena penyakit kronik seperti diabetes dan darah tinggi.

 

Jom ubah tabiat pemakanan demi kesihatan kita!

Live life to the fullest!