Kisah COD Di Mutiara Damansara Dan Batu Caves

Assalamualaikum

Salam Ramadan.

Bagaimana keadaan anda berpuasa? Tengahari dah rasa tak larat? Baru masuk zohor, perut pun dah berbunyi?

Ros setakat ni alhamdulillah. Tak penat sangat. Masih bertahan sehingga ke waktu berbuka. Masih boleh COD selepas kerja dan selepas berbuka.

Berpuasa tahun ni, setiap kali sahur, Ros minum ESP campur milo. Kalau ada nasi lebih masa berbuka, baru makan nasi. Kalau tak, ESP dan beberapa biji kurma dah cukup bagi Ros. Anda boleh cuba ESP untuk kekal bertenaga sehingga ke petang.

 

Petang tadi Ros sempat COD untuk seorang kakak manis ni di Mutiara Damansara. Selain Mutiara Damansara, Ros boleh COD di Damansara Perdana dan juga Kota Damansara. Ros merupakan pengedar sah Shaklee di Damansara Perdana, Mutiara Damansara dan kawasan sekitarnya.

 

Akak ni nak cuba ESP untuk tambah tenaga. Kebelakangan ni, beliau keletihan. Di tambah lagi dengan diri pun tak sihat. Demam dah 2 hari. Mudah-mudahan ESP dapat membantu akak ni menjalani ibadah puasa dengan lebih cergas dan bertenaga.

 

Malam pula Ros COD Ostematrix yang ramai tengah mencari tu. Al-maklum lah, Ostematrix buatkan badan rasa best je. Takde rasa lenguh-lenguh badan dan sengal-sengal badan. Ramai ibu menyusu, ibu hamil dan ibu berpantang sukakan Ostematrix ni.

Alhamdulillah urusan COD dipermudahkan.

Jika ada yang nak order Shaklee, boleh terus whatsapp Ros di 019-367 3245.

Dah fikir sahur ni nak makan apa?
Jom Ros kongsikan menu 3 minit dengan menggunakan ESP.

Cara-caranya:
Blend kurma yang telah dibuang biji, oat, kismis, 2 sudu besar ESP bersama segelas fresh milk.
Tada… siap.
Mudah dan cepat. 🙂

Cara Atasi Masalah Kulit Berminyak Dan Berjerawat

Assalamualaikum

Bagi mereka yang memiliki kulit jenis berminyak, baru cuci muka je, muka dah nampak berminyak.

Rimasnya..

Baru nak start buat kerja di ofis, rasa macam nak kena touch up mekap dah. Belum pun masuk waktu tengahari lagi. Cuaca yang panas juga buatkan kulit cepat berminyak.

 

Pasti anda boleh bezakan antara kulit berminyak dengan kulit bersinar (glowing).

Kulit jenis berminyak menghasilkan sebum lebih banyak daripada biasa dan buatkan muka melekit.

Jika anda memakai mekap, mekap seakan-akan nak cair. Sebab tu anda nak touch up mekap kan.

Bakteria pula suka kulit yang ‘terlebih lembap’ atau berminyak ni.

Tahukan anda semasa anda betulkan balik mekap anda, bakteria dan bahan mekap boleh masuk ke dalam liang pori dan bertindak balas.

Jika liang pori dibiarkan tersumbat dan tidak dibersihkan, jerawat boleh muncul dan merebak.

 

Bagaimana nak atasi masalah kulit berminyak dan memiliki kulit yang segar dan bersinar?

 

1. Atasi masalah kulit berminyak dengan pengambilan supplemen:

Adalah lebih berkesan jika anda baiki masalah kulit berminyak daripada dalam. Walaupun mengambil sedikit masa tetapi kesannya berbaloi.

Antara supplemen yang anda boleh ambil:

 

GLA Complex:

Kulit berminyak berpunca daripada hormon yang tidak stabil. Pengambilan GLA membantu mengimbangkan semula hormon yang tidak stabil itu.

GLA Complex dihasilkan daripada minyak borage yang mengandungi GLA berkepekatan tinggi (17%-25%), tulen dan semula jadi dalam bentuk yang mudah diserap.

GLA juga mengandungi vitamin E untuk memudarkan parut jerawat yang ada.

 

Vivix :

Vivix merupakan anti-radang dan antioksidan yang sangat berkuasa untuk melindungi sel-sel kulit daripada rosak akibat radikal bebas seperti sinaran uv.

Sel-sel kulit yang rosak akibat jerawat juga dapat diperbaiki dengan supplemen kaya resveratrol dan polifenol ini.

 

Omega Guard :

Omega Guard mengandungi asid lemak Omega-3 yang berfungsi sebagai anti-radang untuk mengurangkan bengkak akibat jerawat.

Minyak ikan di dalam Omega Guard menjalani proses moden Penyulingan Molekul Tiga Peringkat yang memekatkan asid lemak Omega-3 dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti raksa, plumbum, kadmium, arsenik dioksin, PBC dan lain-lain bahan cemar.

 

B-Complex:

B-complex membantu mengurangkan stress yang merupakan salah satu penyebab jerawat timbul di wajah.

Antara masalah lain yang dialami oleh mereka yang memiliki kulit jenis berminyak adalah tona kulit yang tidak sekata. Dalam hal ini, B-complex membantu meratakan tona kulit yang tidak sekata itu.

 

2. Atasi masalah kulit berminyak dengan set penjagaan wajah:

Gentle Action Makeup Remover:

Gentle Action Makeup Remover membantu menanggalkan sel-sel kulit mati, kotoran dan debu di wajah.

 

Gentle Deep Foaming Cleanser:

Gentle Deep Foaming Cleanser membersihkan wajah secara lembut sehingga ke dalam liang pori untuk mengeluarkan lebihan minyak yang tersumbat di liang pori.

 

Soothing Radiance Whitening Softener:

Soothing Radiance Whitening Softener membantu menutup kembali pori-pori wajah yang terbuka semasa wajah dicuci serta menyegarkan wajah.

 

Testimoni Kulit Dah Tak Berminyak:

Perkongsian daripada Cik Puan Juli

Sebelum ni kulit berminyak teruk akibat jerawat.

Lepas 2 minggu amalkan Vivix, kulit dah tak berapa berminyak. Nak bangun pagi pun senang.

 

 

Kulit muka Syu jenis yang berminyak. Kalau panas, berpeluh sampai rasa melekit muka. Bila cuci pun tak rasa bersih pun. Masih rasa gatal kulit muka.

Tu yang try set Nutriwhite. Syu pakai makeup remover, foam cleanser, softener, whitening lotion.

Bila pakai make up remover, keluar semua daki-daki.. cuci muka memang rasa bersihnya.. dan kulit lembut je.

Saya suka sangat.. Takkan tukar dah set pencuci muka nie..

 

 

Kesemua produk yang Ros cadangkan untuk anda di atas adalah selamat dan semulajadi.

 

Konsultasi:

Dapatkan konsultasi lanjut produk apa yang sesuai untuk masalah kulit anda dengan menghubungi Ros di 019-367 3245.

 

Cara Nak Dapatkan Set Kulit Berminyak:

Anda boleh beli terus di website Shaklee dengan klik ORDER NOW.

Selepas pembelian, whatsapp Ros dengan klik link ini >> http://www.wasap.my/60193673245
untuk dapatkan cara makan eksklusif untuk pelanggan Ros.

 

Jom atasi masalah kulit berminyak anda sekarang. Anda berhak memiliki kulit berseri dan glowing. 🙂

 

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah iklan produk suplemen.

Agen Shaklee Di Damansara Perdana, Mutiara Damansara Dan Kawasan Sekitarnya

Assalamualaikum

Nama saya Ros Ahmad. Ros merupakan ummi kepada 3 orang anak-anak yang masih kecil. Yang sulung berumur 5 tahun, yang kedua 3 tahun dan yang ketiga 4 bulan lebih.

Pada masa sekarang Ros masih bekerja sebagai Engineer dan menguruskan bisnes Shaklee dari rumah.

Ros merupakan pengedar sah Shaklee di Damansara Perdana, Mutiara Damansara dan kawasan sekitarnya.

Bagaimana Ros terjebak dengan Shaklee?

 

Semasa menyusukan anak pertama dahulu, Ros ada masalah susu merundum bila anak dah masuk umur 6 bulan. Masa ni Ros agak stress dan kekerapan mengepam pun makin berkurang.

Masa tu, Ros google penggalak susu ibu atau milkbooster terbaik dan banyak yang keluar Set Menyusu Shaklee.

Selepas membaca beberapa perkongsian ibu-ibu menyusu yang bekerja tetapi masih boleh berikan susu ibu kepada bayi mereka, terus Ros cuba Set Menyusu Basic Shaklee.

 

Walaupun ambil Set Menyusu, anda kena kerapkan mengepam susu. Susu badan dihasilkan berdasarkan konsep “supply and demand”. Bila tinggi permintaan ( kerap mengepam dan susukan bayi secara terus), lagi banyak susu akan dihasilkan.

Selepas amalkan Set Menyusu Shaklee, susu badan Ros bertambah dan pekat. Syukur.. Alhamdulillah.

Selain nak bantu ibu-ibu menyusu, Ros nak membantu mereka-mereka yang ada masalah kulit seperti masalah jerawat, kulit kusam, memiliki pori-pori wajah yang besar serta pelbagai lagi.

Asalnya.. Dahulu Ros pun tak pakai pencuci muka sebab tak jumpa pencuci yang sesuai dengan kulit wajah.

Pencuci yang Ros pakai masa tu buatkan kulit Ros merah-merah dan pedih selepas dicuci. Ternyata produk tersebut ada bahan kimia yang merengsakan kulit.

Bila dah kenal Shaklee, rupanya Shaklee bukan hanya ada supplemen kesihatan, tetapi set penjagaan wajah pun ada.

Set penjagaan wajah Shaklee dipanggil Nutriwhite. Ianya dirumus khas untuk kulit orang Asia. Ini set asas Nutriwhite yang Ros guna.

 

Set Nutriwhite sangat serasi dengan kulit Ros. Syukur.. Alhamdulillah Ros jumpa produk yang selamat. Kulit Ros dah tak merah-merah lagi.

Kini dah jadi tanggungjawab Ros untuk sebarkan kebaikan Nutriwhite yang bebas bahan kimia berbahaya dan dihasilkan daripada tumbuhan semulajadi.

 

Tentu anda terfikir bagaimana Ros berkerja dan pada masa yang sama buat bisnes?

 

Sebenarnya dalam group coaching bisnes, kami telah diajarkan dengan teknik halimunan. Teknik ni betul-betul berkesan jika anda buat dengan konsisten.

Teknik halimunan ni walaupun anda sedang bekerja, tengah travel ke, balik kampung ke, sales tetap boleh masuk. Best ke best?

Ros akan dedahkan teknik halimunan ni kepada anda setelah anda mendaftar menjadi bisnes partner Ros.

Tak sabar nak tahu apa itu teknik halimunan? Jomlah join bisnes bersama Ros.


Hubungi Ros segera dengan klik link whatsapp ni >> http://www.wasap.my/60193673245

Kadar Bacaan Kencing Manis Turun Selepas Amalkan Supplemen Resveratrol

Assalamualaikum

KADAR KENCING MANIS MENURUN SELEPAS 2 MINGGU AMALKAN VIVIX
.

Assalamualaikum. Ini Maksu saya. Adik bongsu mak. Mak kata family mak memang ada kencing manis. Penyakit keturunan. Bila kena kencing manis confirm lah sangkut buah pinggang kan. Seram tahu tak. Hahaha.. kena prevent dari sekarang ni.
.

Bulan lepas melawat Cu, bila nak balik tu Cu kata nak beli Vivix. Untuk buah pinggang. 26/9/2016 hantar Vivix ke rumah Cu. Lepas explain semua terus gerak pegi kerja sebab dah lambat. 2 minggu lepas tu Whatsapp Cu balik nak followup OK ke tak makan Vivix tapi 25/10 baru Cu reply. Hahaha..
.

Alhamdulillah terkejut dan bersyukurnya kencing manis Cu turun dari 20 kepada 10. Belum lagi tahap normal but its going there. Syukuuurrr sangat. Itu selepas sebotol Vivix. Bila sendiri dah rasa bagusnya Vivix ni, mesti akan repeat nak Vivix lagi. And yes, Cu repeat her second Vivix! Bila hantar Vivix kat Cu 27/10/2016, Cu pun nampak lebih sihat, muka lebih ceria. Cu kata badan pun rasa sedap sihat. Siap boleh kejar-kejar dengan angsa.


.

Sejak kebelakangan ni Cu ada masalah untuk bertutur dengan baik. Cu tak sihat and tend to lost her vocabulary at times. Tapi bila jumpa Cu hari tu dah lancar sikit. Lebih baik dari sebelum ni. Sebelum ni baca dan promote Vivix membantu meningkatkan fungsi otak. Tapi sekarang dah nampak sendiri dan semakin yakin dengan Vivix. Dengan izin Allah, what Vivix did worth the price!
.

Is it my eyes playing trick or she does look younger?

Kredit to:

Supermom Shaklee Story

OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 21: NURUL SYAZWANI SALLEH

Berminat nak dapatkan Vivix untuk turunkan bacaan kencing manis?

Segera whatsapp Ros di 019-367 3245

Cara Kurangkan Kedutan Di Wajah

Assalamualaikum

Semakin kita berusia, semakin banyak kedutan muncul di wajah. Di tambah lagi dengan faktor-faktor lain seperti tekanan, pemakanan yang tidak sihat, tidur yang tidak cukup dan merokok, masalah kedutan boleh dialami oleh orang yang masih muda, seawal usia 30-an.

Nampak tua sebelum masanya? Pasti ramai yang tak nak kan.

 

Jadi, ambillah langkah-langkah untuk mengurangkan kedutan di wajah dengan amalan berikut:

 

Kurangkan kedutan dengan supplemen semulajadi:

 

1. Vivix: merupakan antioksidan yang sangat berkuasa untuk memperbaiki sel-sel yang rosak serta melindungi sel-sel daripada radikal bebas seperti stress yang boleh menyebabkan kedutan muncul.

 

2. Collagen Powder: merupakan sejenis protein yang memberikan keanjalan dan ketegangan kepada kulit kita. Kekurangan collagen membuat garis-garis halus timbul di wajah.

Molekul Collagen Shaklee sangat halus. Jadinya, ia mudah diserap oleh badan.

 

3. Energizing Soy Protein: Protein merupakan makanan sel-sel badan kita termasuklah sel-sel kulit. Bila sel-sel dibekalkan dengan cukup makanan (protein), sel akan menjadi lebih sihat.

Sel kulit yang sihat akan terpancar pada wajah iaitu kulit kelihatan lebih berseri, tidak kusam, lebih halus, anjal dan gebu.

 

4. Vitamin C: juga merupakan antioksidan untuk melindungi sel-sel daripada serangan radikal bebas. Vitamin c juga penting dalam penghasilan collagen dan elastin untuk menganjalkan dan menegangkan kulit.

 

Itulah 4 supplemen yang wajib anda amalkan untuk mengurangkan kedutan di wajah.

Jom tengok produk kecantikan pula untuk kurangkan kedutan yang dah ada tu.

 

Kurangkan kedutan dengan skincare selamat:

 

1. Enfuselle Eye Treatment:

Selalunya kedutan bermula di bahagian mata kerana kulit sekitar mata sangat nipis. Enfuselle eye treatment membantu mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan di sekitar mata.

Ia boleh juga digunakan untuk bahagian mulut dan leher.

 

Berminat nak dapatkan Set Premium untuk kurangkan kedutan ini? Ikut sahaja langkah di bawah.

 

Cara Order:

 

Anda boleh klik ORDER NOW untuk pembelian terus dengan Shaklee.

Selepas mengesahkan produk yang ingin dibeli, anda akan diminta untuk memberikan details seperti nama, alamat, no telefon dan email untuk tujuan pengeposan.

Seterusnya, pembayaran boleh dibuat samada dengan menggunakan kad debit/ kad kredit.

Tadaa.. siap.

Tunggu sahaja produk dihantarkan ke alamat yang anda masukkan tadi.

 

Konsultasi:

 

Selepas pembelian, hubungi Ros di 019-367 3245 untuk cara makan eksklusif buat pelanggan Ros. Hanya untuk yang beli dari SirapAnggur.com.

Apa Yang Akak Ini Buat Untuk Hilangkan Jerawat Batu

Assalamualaikum

Perkongsian daripada Sis Sarah:

Assalamualaikum..Hai.. Saya Sarah..berumur 33 tahun. Sebelum ni saya pernah mengalami masalah kulit muka yang agak teruk. Muka saya jenis muka yang berminyak. Jadi, jerawat senang sangat tumbuh dan kadang-kadang bernanah seperti jerawat batu. Boleh dikatakan hari-hari ada je jerawat baru menyebabkan muka saya penuh dengan bekas-bekas jerawat terutama di bahagian pipi.

 

Gambar Hiasan

 

Kulit saya sangat sensitif pada pencuci muka terutama yang mengandungi alkohol dan bahan kimia kerana ia menyebabkan kulit saya bertambah kering. Disebabkan itu, saya tak pakai langsung mana-mana pencuci muka.
.

3 tahun yang lepas saya mula mengamalkan Vivix. Vivix ni produk Anti Penuaan dan Antioksidan. Saya jadi teruja nak cuba sebab fungsi Vivix nie sendiri yang membantu memperbaiki sel DNA kita. Bila sel kita sihat InsyaAllah kulit kita juga akan sihat.
.

Baru-baru nie saya perbaharui passport saya. Memang agak terkejut bila dibandingkan dengan gambar passport saya 2 tahun lepas. Sangat-sangat berbeza. Muka makin licin dan paling tak sangka gambar passport lama saya memang nampak macam muka makcik-makcik. Tapi gambar terbaru saya nampak kelihatan lebih muda sedikit.

Sekarang, saya dah pun berani memakai pencuci muka kerana kulit muka dah semakin baik. Kulit dah tak berminyak macam dulu, jerawat dah jarang-jarang tumbuh dan bekas jerawat dah pudar.
.

Nasihat saya pada kawan-kawan yang ada masalah kulit muka, dah pakai dan consume macam-macam produk, tapi masih tak berkesan, cuba rawat sel-sel badan dengan Vivix ni konsisten selama 3 tahun. Insya Allah masalah kulit muka kawan-kawan akan dapat di atasi.

Kredit to:

Supermom Shaklee Story

OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 12: SITI SARAH MOHAMAD NOOR

 

Anda boleh tengok satu lagi testimoni bergambar untuk masalah jerawat bernanah di entri >> Atasi Masalah Jerawat Bernanah.

 

Jika anda tak sabar nak cuba Vivix untuk hilangkan jerawat batu, boleh segera whatsapp Ros di 019-367 3245.

Izinkan Ros bantu anda dapatkan kulit yang cantik dengan supplemen semulajadi, selamat dan berkesan.

Akibat Terpengaruh Dengan Iklan Di Televisyen, Muka Saya Naik Jerawat. Apa Yang Saya Buat?

Assalamualaikum

Iklan di televisyen adalah satu cara marketing untuk penjual memperkenalkan produk kepada bakal prospek. Kebanyakan daripada kita pasti tertarik bila sering kali terlihat iklan tersebut di kaca tv. Pasti terdetik di hati untuk mencuba produk tersebut.

Walau bagaimana pun, pastikan anda membeli produk yang tidak berbahaya diri sendiri. Mudah-mudahan anda tidak menyesal seperti sis Suhaida ini.

Baca perkongsian beliau di bawah:
.

Assalamualaikum W.B.T.

Saya Siti Suhaida Binti Ismail, berusia 27 tahun dan berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang. Saya bekerja sebagai Retail Executive di sebuah syarikat swasta.

Masa belajar dulu kulit saya tiada masalah tetapi berkulit gelap, cemburu melihat model iklan di televisyen yang memakai produk kulit putih seawal 3 hari, saya terus teruja. Saya tekad membeli dan mencubanya. Memang benar kesannya sangat cepat.
Muka menjadi licin dan menipis, kulit saya tidak tahan panas. Tetapi apabila saya berhenti memakai produk tersebut akibat kekurangan wang, muka saya menjadi semakin teruk, jerawat besar-besar tumbuh silih berganti menyebabkan saya menjadi semakin stress.

Saya juga mempunyai masalah dengan sistem penghadaman yang kurang baik. Mungkin kerana tidak menjaga pemakanan seharian saya yang kebanyakan nya memang tidak sihat. Jadual makan saya memang tidak teratur, dan saya suka minuman berkafein sebagai usaha untuk stay up belajar pada waktu malam.

Saya penggemar tegar Nescafe dan kadang2 satu sachet tidak cukup kuat bagi saya. Kehidupan sebagai pelajar saya anggap normal jika makan Maggi dan Nescafe, akibat terlalu sibuk dengan belajar saya biarkan saja masalah itu sampai lah satu ketika saya disyaki mengalami masalah dalam usus kerana berlaku pendarahan ketika membuang tetapi tidak sakit.

Perut saya menjadi sangat sensitive dengan makanan yang saya makan, saya tidak boleh makan pedas walaupun sedikit dan sembelit yang teruk. Mungkin terlalu stress dengan keadaan diri, hormone saya menjadi tak stabil, jerawat semakin naik penuh dimuka dan period saya menjadi tidak stabil.

KULIT MUKA JADI LEBIH SIHAT, JERAWAT HILANG DAN MASALAH USUS HILANG SELEPAS AMALKAN INI

Saya mula ikhtiar ingin mencuba Shaklee dengan mengambil ESP, dan Vitamin C secara konsisten namun jerawat masih tidak berhenti naik dan mula menambah B-Complex, Gla dan Alfalfa untuk menstabilkan hormone dan merawat masalah jerawat saya..

Alhamdulillah masalah jerawat saya dah berkurang, period dah okay dan sekarang saya langsung tiada masalah usus lagi.
Bagi adik-adik di luar sana, saya sarankan tidak mudah terpengaruh dengan iklan-iklan di televisyen kerana tiada produk yang mampu memberi kesan seawal 3 hari melainkan produk tersebuk mempunyai kandungan bahan kimia yang tinggi.

 

Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat yang serius, rawat lah dari dalaman dahulu dan cari skincare yang berasaskan dari bahan semujadi. Inilah Shaklee Effect saya.

 

Kredit to:

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 12: SITI SUHAIDA ISMAIL

 

Anda boleh baca selanjutnya entri Ros >> Hilangkan Jerawat Dengan Cara Yang Selamat.

Semoga memberi sinar harapan untuk anda dapatkan juga kulit yang mulus. 🙂

Pengalaman Berpantang Dengan Set Bersalin Shaklee- Sihat, Bertenaga dan Susu Banyak

Assalamualaikum

Pengalaman berpantang yang indah menjadi idaman setiap ibu. Kalau boleh, mereka nak elak pengalaman sembelit yang memeritkan itu, pengalaman luka bersalin lambat sembuh, susu tiada, letih tiada tenaga untuk menguruskan anak yang baru lahir.

Anda boleh baca pengalaman Puan Nadim berpantang dengan Set Bersalin Shaklee.

Dengan izin Allah, Puan Nadim menjalani proses berpantang dengan sangat lancar.

Jom baca perkongsian beliau:

 

SIHAT, BERTENAGA DAN SUSU BANYAK DENGAN SHAKLEE MEMENUHI IMPIAN SEMUA IBU BERPANTANG

 

Hai semua. Assalamualaikum!

Nadim nak share sikit pengalaman berpantang anak yang pertama ni dengan set berpantang Shaklee.

.
Sebenarnya set yang Nadim ada untuk berpantang ni adalah set vitamin yang memang Nadim dah makan sejak 3tahun lepas lagi.

.
Tapi sebab baru first time mengandung kan, so lagi konsisten la Nadim ambik setiap vitamin tu. Tak nak la pulak jadi apa-apa kat anak.

.
Lagi2 sejarah keturunan keluarga belah arwah mak Nadim memang banyak and hampir semuanya GDM masa mengandung yang terus lekat diebetes sampai akhir hayat dan keguguran banyak2 kali. And Nadim BEBAS GDM!

.


Masa berpantang Nadim ada vitamin B complex, zinc complex, vitalea, oste, vitamin C dan Omega guard. Tambah 1 lagi vivix yang memang Nadim beli khas untuk berpantang. Masa ni belum lagi minda terbukak untuk minum ESP yang super famous tu.

.
Alhamdulillah berkat konsisten makan setiap hari vitamin2 ni, hasilnya luka Nadim cepat baik. Cepat bercantum elok cumanya benang jahitan tu je lah rasa tak selesa.

.
Daripada dalam ward lepas bersalin lagi Nadim dah ada susu yang warnanya sangat kuning dan pekat. Zayyad dah menyusu daripada minit-minti pertama dia lahir lagi dan masa tu dia sangat bersih walaupon belum dimandikan. Menjadi ibu kepada anak yang pertama ni jadi igauan ramai ibu2. TAKUT TAKDE SUSU!

.
Tapi alhamdulillah, sejak daripada awal lagi memang dah follow bab penyusuan susu ibu. Segala ilmu dah dikorek dan hanya tinggal apply je. Dan alhamdulillah juga, berkat kerajinan dapatla 2 tong nasi besar bawak balik EBM frozen stock selepas 2bulan berpantang kat kampung. Zayyad takde jaundis yer walaupon Nadim darah O.

.
Nadim berpantang dengan inlaw yang mana tak bagi makan buah pon masa pantang. Bayangkan nutrisi apa je yang ada. Karbohidrat dari nasi dan protein dari ikan, dan sayur yang dah dibuat tumis air. Sayur kompem takde nutrisi sebab dah layu gila lepas dimasak.
Kurang nutrisi menyebabkan luka lambat sembuh dan ibu kekurangan tenaga!

.
Tapi semua berjalan lancar. Sepanjang berpantang, semua orang cakap macam tak pantang pon. Bertenaga! Mandikan anak sendiri, mandi sendiri,drive sendiri ke klinik untuk checkup sebulan, makan memang la sendiri. Hihi.

.
Muka Nadim pon tak pucat. Rambut masa tu pon tak gugur. Darah nifas sangat lancar. Kalau darah yang tak lancar ni bahaya yang boleh sebabkan ibu rasa sakit gila dalam perut macam nak bersalin lagi!

Owh lupa! Lepas 2minggu berat dah kembali 55kg dan habis pantang berat dah 54kg!

.
Tu lah pengalaman nadim dengan set berpantang shaklee. Sembelit pon takde bila konsisten makan ostematriks. Jangan tak taw, sembelit adalah salah satu mimpi ngeri yang amat bagi ibu berpantang.

.
Yang bestnya, set tu lah daripada dulu 3 tahun lepas hingga lah sekarang menyusukan anak yang dah berumur 10bulan. Stretchmark Nadim yang macam harimau belang dah hilang masa Zayyad umur 6-7 bulan lagi!

.
Vitamin Shaklee memang awesome! InsyaAllah takkan cari set lain dah untuk seterusnya pon!

.
Cadangan Nadim, kalau korang takut nak makan jamu2 yang akan menyebabkan anak terkena jaundis dan dalam masa yang sama nak kembali sihat, langsing dan bertenaga serta susu banyak, Shaklee PILIHAN PERTAMA!

Kredit to:

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3

Anda nak cuba Set Bersalin yang sama macam Puan Nadim? Boleh terus hubungi Ros di 019-367 3245.

Pengalaman Menarik Menyertai Shaklee Cares Event Pada 21hb Mei 2017

Assalamualaikum

Hari ni Ros menyertai lagi Shaklee Cares Event yang diadakan di Sunway Geo Tower. Berbeza dengan dengan program 2 minggu lepas, kali ini ada analisis kulit dan pemeriksaan kesihatan payudara.

Semua aktiviti ini adalah percuma tau. Kalau nak ikutkan analisis kulit tu bernilai RM 80. Tapi semasa program ini, percuma je tau.

Bila buat analisis kulit tu baru tahu keadaan sebenar kulit walaupun pada pandangan mata sendiri ini, kulit Ros tak banyak masalah.

Apa lagi, lepas ni Ros dah tahu dah apa yang perlu dilakukan untuk atasi masalah kulit Ros.

Kalau ada program macam nu lagi, anda patut menyertainya. Best sangat tau. Nanti Ros war-war di sini.

Jadi teruskan membaca blog SirapAnggur.com ni ya. 🙂

Analisis Kulit Percuma Di Shaklee Cares Event 20 dan 21 Mei 2017

Assalamualaikum

Apa aktiviti anda hujung minggu ini?

Kalau anda berada di Subang Jaya dan kawasan sekitarnya, Ros ingin mengajak anda memeriahkan Shaklee Cares Event yang diadakan di Home Office Shaklee yang baru di Subway Geo Tower.

Antara aktiviti yang menarik adalah analisis kulit secara percuma. Kalau kat luar, analisis kulit ni bernilai RM 80. Boleh tahan kan harganya.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk tahu keadaan kulit muka anda hari ni.

Selain itu, anda juga boleh buat pemeriksaan tulang dan juga pemeriksaan kesihatan payudara.

Boleh rujuk poster berikut.

Nak tahu lanjut, bolehlah hubungi Ros di 019-367 3245.