3 Cara Elak Blackhead Muncul Di Wajah

Assalamualaikum

Kulit muka yang berminyak memerlukan penjagaan wajah yang lebih teliti berbanding mereka yang memiliki kulit jenis normal. Tetapi ini tidak bermakna mereka yang memiliki kulit jenis normal tidak perlu melakukan rutin penjagaan harian untuk wajah.

Secantik mana pun kulit wajah anda, jika tidak dijaga wajah anda boleh nampak tua sebelum masanya.

Baca tips awet muda dalam entri >> Bagaimana nak nampak awet muda?

 

Bagi yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat dan blackhead, anda boleh mengubah rutin penjagaan wajah anda agar masalah kulit anda tidak berlarutan.

Blackhead mudah terjadi bila kelenjar minyak menghasilkan terlalu banyak sebum. Sel-sel kulit mati yang tersumbat di liang pori akan menyebabkan benjolan yang dipanggil comedo.

Jika benjolan ini terbuka dan terdedah kepada udara, ia akan kelihatan hitam. Sebab itu namanya blackhead.

 

Boleh ke nak hilangkan blackhead ni?

Ros ada kongsikan caranya. Baca entri Ros yang ni >> Cara mudah hilangkan whitehead dan blackhead.

 

Jom Ros kongsikan 3 cara untuk elakkan blackhead muncul di wajah.

 

1. cuci wajah dengan kerap

Apabila anda bangun tidur anda perlu mencuci wajah anda. Begitu juga sebelum anda masuk tidur. Pasti wajah anda bebas daripada minyak dan juga mekap.

Pilih pencuci muka yang lembut agar ia tidak merengsakan kulit anda.

Jika anda memiliki rambut yang panjang, seeloknya cuci rambut anda dengan kerap kerana rambut yang berminyak boleh menyumbang kepada masalah blackhead juga jika kerap tersentuh dengan kulit wajah anda.

 

2. Pilih produk bebas minyak

Mereka yang memiliki kulit berminyak harus memilih produk penjagaan wajah yang bebas minyak. Mekap, losyen dan juga krim pelindung matahari juga mestilah yang bebas minyak atau noncomedogenik.

 

3. Guna scrub dan juga masker

Scrub dan masker membantu untuk menanggalkan sek-sel kulit mati dan juga menanggalkan blackhead. Cukup melakukan rutin scrub 1-2 sekali dalam seminggu.

 

Nak tahu masker kegemaran Ros? Nanti Ros kongsikan ye..

Kehebatan Resveratrol Yang Ada Dalam Vivix Shaklee

Assalamualaikum

Ros nak kongsikan kehebatan supplemen Resveratrol daripada Shaklee ni.

Dalam satu sudu Vivix mengandungi Resveratrol macam dalam 100 gelas wain.

Untuk yang muslim, confirm anda tak boleh ambil alkohol. Jadi, anda boleh ambil vivix yang ada sijil halal ISA yang disahkan oleh JAKIM.

Dalam Vivix bukan setakat ada Resveratrol, tapi ada 15 polifenol lagi yang menjadikan vivix ni 10x ganda lebih berkuasa daripada supplemen Resveratrol lain.

Apa fungsi Resveratrol?

Resveratrol membantu melindungi dan memperbaiki kerosakan sel daripada peringkat DNA lagi.

Bila sel-sel kita rosak, senang sangat kena penyakit seperti kencing manis, sakit buah pinggang dan darah tinggi.

Jadi, eloklah jaga diri kita sementara sihat ni. Mencegah lebih baik dari mengubati.

Melaburlah untuk dapatkan supplemen Resveratrol Shaklee ni.

Bulan ni ada promo tau. Klik link merah ini untuk tanya Ros dengan lebih lanjut:
http://tanyarosahmad.wasap.my/

Cara Nak Dapat Bonus Setiap Bulan

Assalamualaikum

Hari ni merupakan hari bonus bagi pengedar Shaklee yang menjalankan bisnes Shaklee. Kebiasaannya bonus masuk setiap 14hb atau 15hb tanpa gagal.

Syukur Alhamdulillah. Bagi Ros dapat juga bonus dari pendapatan sampingan di tengah bulan selain gaji hakiki di hujung bulan.

Banyak sebenarnya komitmen Ros. Jadi, kenalah cari pendapatan sampingan ni untuk cover perbelanjaan bulanan Ros.

Kerja Ros takde elaun tambahan. Jadi nak duit lebih, dengan bisnes Shaklee Ros boleh dapat.

 

 

Bagaimana nak dapat bonus setiap bulan dengan Shaklee?

 

Walaupun tak berbisnes, dengan makan produk Shaklee sendiri, anda boleh dapat bonus pada bulan berikutnya bila anda buat pembelian dalam RM 600 ke atas.

Tu kalau anda beli vitamin Shaklee untuk diri anda dan keluarga. Belilah banyak-banyak terus.

Macam Ros, selain beli vitamin Shaklee untuk Ros dan keluarga, Ros juga jual vitamin Shaklee melalui blog ini dan juga blog RosAhmad.com.

Mentor Ros cakap orang yang Google cari penyelesaian masalah dia dan jumpa kita melalui blog adalah pembeli yang dah sedia duit di tangan. Tinggal kita nak terangkan sikit lagi je lepas tu dia sedia nak bank in duit dah.

Nampak mudah. Tapi tak mudah juga.

Susah? Tak susah juga.

 

Di sebalik kemanisan dapat duit tambahan di tengah bulan, sebenarnya ada usaha keras yang perlu dilakukan dahulu.

Tapi percayalah. Berbaloi anda berusaha dan bekerja keras awal-awal ni.

 

Ros sebenarnya sedang mencari bisnes partner untuk dibimbing. Untuk permulaan ni, Ros nak tiga orang je supaya boleh fokus sepenuhnya untuk anda bertiga ni.

Ros akan ajarkan mengenainya teknik halimunan bagaimana nak dapat customer yang sedia nak membeli dengan anda.

Jom join team Ros. Kita usaha awal-awal ni untuk kesenangan masa hadapan.

Boleh terus whatsapp Ros di 019-367 3245 untuk masuk team Ros dengan segera.

 

Sekaranglah masa terbaik untuk bertindak!

Testimoni Skincare Youth Shaklee

Assalamualaikum

Buat masa sekarang Skincare Nutriwhite dan juga Enfuselle tidak lagi berada di pasaran Malaysia. Ia bakal diganti dengan Skincare Youth.

Besar kemungkinan Skincare Youth akan masuk ke pasaran Malaysia awal tahun 2018.

 

Apa yang special sangat tentang Skincare Youth Shaklee ini?

 

Setiap produk dalam Skincare Youth mengandungi ekstrak Muscadine Grape yang tinggi dengan polifenol yang mampu memperbaiki kerosakan sel daripada  peringkat DNA lagi.

 

Kalau anda nak tahu, Skincare Youth sangat popular di US. Ia terdiri daripada 6 items.

Jom tonton video mengenai Skincare Youth ini.

 

Ramai yang teruja dan tak sabar menanti Skincare Youth ini masuk ke pasaran Malaysia. Seperti produk keluaran Shaklee yang lain, Skincare Youth ini semestinya bebas bahan kimia, selamat dan semulajadi.

 

 

Jom Ros kongsikan beberapa testimoni pengguna luar negara.

Dah nampak perubahan yang ketara selepas amalkan Skincare Youth Shaklee selama seminggu. Cuba bayangkan bagaimana kulit dia selepas amalkan Youth selama sebulan, 2 bulan, 3 bulan dan seterusnya.

 

Sis ini pula mempunyai masalah kulit berjerawat. Ya.. Youth sangat sesuai untuk atasi kulit berjerawat. Selepas 7 hari, jerawat semakin kecut dan kesan jerawat juga semakin pudar. Itulah kerja polifenol antioksidan yang terdapat dalam setiap produk Youth.

 

 

Wow…

Jika anda berminat dengan Skincare Youth, anda boleh berikan nama kepada Ros dengan whatsapp ke 019-367 3245. Masuk je Skincare Youth nanti , Ros akan hubungi anda secepat mungkin.

Ros is tak sabar…

Pengalaman Menarik Di 3D Art Langkawi

Assalamualaikum

Ros ke Langkawi baru ni sempat melawat 3D Art Muzium. Wah teruja betul tengok art yang banyak di sana. Nak posing macam mana pun tak tak tahu.

Inilah pengalaman pertama Ros ke 3D Art Muzium. Masa ke Melaka dulu, tak sempat singgah ke 3D Art Melaka. Kagum dengan lukisan-lukisan yang ada di sana.

Jom lah tengok pose Ros dan anak-anak.

Enjoy..

Luqman berjaya panjat pokok buloh.

Seramnya duduk kat tepi gaung ni.

Hati-hati Luqman dan Maryam.

Maryam… Besarnya bubble ni.

Ummi… tengok ni. Luqman main wau bulan.

Luqman, Maryam… ada orang ambil gambar kita lah.

Hehe… ada banyak lagi gambar. Tak teredit lagi.

Luqman dan Maryam seronok posing dan bergambar di sini. Khadijah macam biasa jadi koala. Tak lepas dari ummi dia.

Anak-anak anda pasti suka juga datang ke 3D Art muzium ni.

Lepas dah naik SkyCab, anda teruslah ke 3D Art Muzium ni. Dekat-dekat je tempatnya dari tempat naik kereta kabel tu.

Nanti Ros kongsikan gambar permandangan sepanjang naik SkyCab tu pulak ye. 😊

Kulit Tegang Dan Muda Dengan Collagen Powder

Assalamualaikum

Seiring dengan pertambahan usia, kulit wajah kelihatan kendur dan tidak anjal lagi.

Oleh kerana badan kita tidak dapat menghasilkan collagen secukupnya bila usia mencecah 30 dan ke atas, pengambilan supplemen collagen powder sangat digalakkan.

Semasa memilih produk Collagen Powder, salah satu kriteria yang perlu diambil perhatian adalah saiz molekul Collagen produk tersebut.

Lagi kecil saiz molekulnya, lagi cepat collagen tersebut diserap oleh badan.

Ros syorkan anda mengambil Collagen Powder dari Shaklee kerana saiz molekulnya sangat kecil iaitu 1000 Dalton.

Boleh rujuk gambar di bawah untuk memudahkan pemahaman anda.

 

Yang lebih istimewa mengenai Shaklee Collagen Powder adalah bahan semulajadi. Jom tengok kandungan Shaklee Collagen Powder.

Shaklee Collagen Powder diekstrak daripada sisik ikan merah yang hidup di laut dalam. Jadi, ia tahan dengan tekanan tinggi dan sangat berkualiti.

 

Jom kongsikan beberapa testimoni.

Testimoni 1:

Selepas 21 hari kulit sis ni makin tegang dan muda.

 

Testimoni 2:

Kulit sis ini pula nampak makin cerah dan gebu selepas amalkan collagen powder.

 

Testimoni 3:

Sis ini pula jadi lebih cantik dengan kulit yang glowing dan pinkish dengan Collagen daripada Shaklee. Sekotak pun belum habis lagi, kulit dah cantik flawless.

Best kan.

Jika anda berminat untuk dapatkan collagen powder yang berkualiti ini, hubungi Ros di 019-367 3245 segera.

Kulit yang tegang dan muda boleh jadi milik anda!

Atasi Kulit Kering Dengan Cara Ini

Assalamualaikum

Kulit anda nampak bersisik? Anda kerap memakai lotion setiap kali lepas mandi untuk melembapkan kulit?

Sah dah anda memiliki kulit jenis kering.

Satu lagi cara yang Ros tahu untuk mengetahui samada kulit kita kering dan kurang air adalah dengan cara mengguris lengan dengan kuku.

Bila ada terbentuk garis putih itu tandanya anda kurang minum air. Kalau tiada garisan, maksudnya kulit anda lembap dan tidak kering.

Jadi, bagi anda yang memiliki kulit jenis kering, pastikan anda minum air lebih 2 liter. 3 liter air pun sangat bagus.

Amalkan juga vitamin C Sustained Release dari Shaklee di mana 100mg Vitamin C dibebaskan secara berkala selama 5 jam.

Macam Sis Shalini ni, selepas ambil Vitamin C, kulitnya dah tak kering lagi. Jerawat pun dah tak kerap naik.

Hubungi Ros di 019-367 3245 untuk konsultasi supplemen yang sesuai dengan kulit anda.

Bye-bye kulit kering.

Sepetang Di Pantai Cenang, Langkawi

Assalamualaikum

Apa aktiviti hujung minggu anda?

Ros sekeluarga sempat ke Pantai Cenang petang tadi.

Dari pagi hujan renyai-renyai, mujur berhenti sekejap petang tadi.

Dapatlah anak-anak Ros main pasir sebelum kena berlari-lari anak pulang ke bilik hotel.

Bukan main suka Khadijah bila Ros biarkan duduk di atas pasir. Mengantuk-mengantuk pun masih boleh senyum lagi. Nasib Ummi perasan dia cuba masukkan cengkerang ke dalam mulut dia.

Seronok tengok Khadijah explore keadaan di pantai. Merasa ombak lalu kena kaki comel dia tu. Tengok kapal terbang melintasi di langit Langkawi. Merasa butir-butir pasir dengan jarinya.

Kakak dan abangnya sibuk main dengan pasir. Penyedok dan segala mould tu kami bawa dari KL. Mujur sempat main pantai.

Walaupun singkat berada di pantai, tengok mereka main dengan gembira, berbaloi lah stay dekat dengan pantai.

Esok kalau tak hujan, bolehlah mandi di kolam.

Seronok gembirakan yang tersayang. Mudah-mudahan kami sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki selalu.
Amin.

Penyelesaian Untuk Masalah Jeragat

Assalamualaikum

Seawal usia 30an dah ada masalah jeragat?

Dulu kawan dah pesan suruh pakai sunblock dan uv protection jika nak berjemur.

Akibat acuh tak acuh dengan nasihat kawan tu, kulit makin tak sekata. Jeragat mula timbul bila kerap sangat terdedah kepada cahaya matahari.

Kini, berbagai-bagai cara Tina usahakan untuk hilangkan jeragat di wajahnya.

Dah serupa kulit mak mertuanya. Mak mertua Tina ada jeragat juga. Tapi mak mertua Tina dah 60an. Dia pulak masih muda. Baru 33 tahun.

Tak boleh jadi ni. Menyesal tak dengar nasihat kawan dulu.

 

Jangan sedih-sedih. Teruskan membaca.

 

Jika anda senasib dengan Tina iaitu menpunyai masalah jeragat. Ros ada penyelesaiannya.

 

Anda boleh amalkan 4 supplemen ini:

1. Vivix yang kaya dengan antioksidan yang membantu melindungi kulit daripada rosak. Vivix juga akan memperbaiki sel-sel jeragat yang hitam.

2. Vitamin E juga sejenis antioksidan. Ia umpama perisai uv yang melindungi tubuh anda daripada sinaran uv berbahaya.

3. Vitamin C membantu mencerahkan kembali kulit yang gelap

4. ESP atau Energizing Soy Protein membantu menghasilkan sel-sel kulit yang baru yang lebih sihat. Jadi, sel yang hitam diganti dengan sel yang lebih sihat

5. GLA complex membantu menstabilkan hormon penyebab jeragat dan juga mencantikkan kulit

6. Collagen Powder membantu menganjalkan kembali kulit

 

Di sini Ros ada beberapa testimoni. Jom tengok.

Anda boleh hubungi Ros 019-367 3245 untuk konsultasi lanjut.

Menarik di Upsidow Langkawi

Assalamualaikum

Pagi tadi tanpa dirancang kami melawat Upsidow- Turn Your World Upside Down. Asalnya mahu ke pekan Kuah. Tapi Luqman nak sangat tengok benda yang ada di bumbungnya rumah terbalik ni.

Kami sampai pukul 10:05 pagi. Rasanya kamilah orang pertama yang datang pagi tadi.

Ingatkan tiada yuran atau minimum je yurannya. Rupa-rupanya boleh tahan yuran masuk. RM 50 untuk kami sekeluarga.

Sebenarnya di situ juga ada pakej tiket masuk beserta makanan. Memandangkan kami baru sahaja selesai sarapan pagi, jadi memang kami pilih untuk bayar tiket masuk sahaja.

Masuk ke dalam rumah terbalik ini, anda perlu memakai selipar yang disediakan. Anak-anak juga perlu membuka kasut mereka. Anda perlu membawa kasut anak-anak bersama kerana di tingkat paling atas mereka perlu memakai kasut.

Ruang di dalam rumah terbalik ni sangat kemas dan nampak seperti baru. Rumah ini lengkap dengan ruang tamu, bilik air, bilik tidur dan tak lupa juga garaj kereta.

Jom Ros kongsikan gambar kami yang pertama kali melawat rumah terbalik.

Teruja anak-anak bila Ros tunjuk gambar ni.

Aiks.. kenapa jadi macam ni.

Bilik tidur di Upsidow.

Tandas di Upsidow.

Maryam nampak Hello Kitty. Dia minta Ummi  ambilkan gambar dia.

Abi Luqman, Maryam dan Khadijah di garaj kereta.

Inilah tujuan utama Luqman nak datang sini. Dia nak tengok transformer yang ada di atas bumbung tu.

Transformer ni kalau anda lalu dari Kedawang nak ke Beras Terbakar ataupun ke SkyCab, mesti nampak. Tu yang tersinggah tu. Huhu.

Kat atas bumbung tu,  anak-anak kena pakai kasut sebabnya lantainya jenis grill. Berlubang-lubang.

 

Kalau anda ada kelapangan masa boleh lah melawat Upsidow semasa berada di Langkawi. Kami berada di sini lebih kurang sejam. Tapi bagi anda yang suka ambil gambar, bolehlah duduk lama-lama di sini.

Kalau datang belah petang, tunggulah sehingga matahari terbenam. Cantik sangat Ros tengok gambar sunset dari sini. Boleh makan-makan tau. Ada gerai menjual burger dan juga pasta.

Selamat bercuti!