Kenapa Epal Bertukar Jadi Gelap Lepas Dipotong?

Assalamualaikum

Perasan tak bila potong epal, lepas beberapa ketika, bahagian epal yang terdedah tu jadi gelap sikit?

Itu adalah proses oksidasi. Proses oksidasi tu buat epal tu nampak macam dah tak elok untuk dimakan. Lagi lama terdedah kepada udara, lagi bertambah gelap.

Kalau sua epal tu kat anak-anak, diorang pun tak nak ambil. Huhuhu.

Nak yang fresh baru dipotong je..

Dalam badan kita, proses oksidasi juga berlaku. Proses oksidasi membuatkan kita nampak tua sebelum masanya.

Jika kita biarkan epal yang dipotong tu berhari-hari macam tu, ia akan jadi seperti gambar di bawah. Kulit luaran berkedut sangat.

Dah boleh bayangkan keadaan diri kita bila proses oksidasi terlalu banyak berlaku dalam badan kita?

Takut nak bayangkan..

 

Kenapa Proses Oksidasi Berlaku Kepada Kita?

 

Proses oksidasi berlaku kerana kita sentiasa terdedah kepada radikal bebas yang ada di sekeliling kita. Kebanyakannya, kita tak boleh nak elak.

Pencemaran udara tidak dapat dielakkan. Lepas tu, detergen dan pencuci rumah yang kita guna tiap-tiap hari. Bahan kosmetik lagi. Sinaran uv yang tinggi setiap hari.

Sebab tu kita perlukan antioksidan untuk neutralkan balik proses oksidasi.

Bila terlalu banyak sel yang teroksida dalam badan, antioksidan pula kurang, sel kita boleh jadi rosak atau dipanggil oxidative stress.

Lama kelamaan oxidative stress ni membawa kepada kerosakan DNA dalam nukleus sel kita. Tu yang boleh dapat penyakit seperti diabetes dan kanser.

Sebab tu kita kena ambil makanan yang kaya dengan antioksidan seperti kacang walnut, brokoli, blueberi, bayam, lobak merah dan keledek. Makanan-makanan ini kaya dengan vitamin A,C, dan E.

Zaman sekarang kita perlu topup ambil supplemen ACE juga kerana makanan yang kita makan sehari-hari tak cukup seimbang.

Korang boleh makan ke 25 biji buah oren sehari untuk dapatkan cukup vitamin C?

Tahu tak.. stress pun boleh buat vitamin C terhapus?

Jadi, nak lindungi sel kita daripada kerosakan akibat oxidative stress, kita kena kawal stress dan juga amalkan makan makanan tinggi antioksidan.

Ingat antioksidan, ingatlah ACE.

Jagalah Telomere Anda Kalau Nak Awet Muda Selalu

Assalamualaikum

 

Apa itu Telomere?

Telomere adalah penutup di hujung kromosom kita.

telomeres

 

Untuk memudahkan korang faham, bayangkan telomere macam penutup plastik di hujung tali kasut.

 

Fungsi penutup plastik tersebut adalah untuk melindungi tali kasut tersebut agar senang nak dimasukkan ke dalam lubang tali kasut.

 

Bila penutup plastik ni semakin haus atau memendek, agak sukar korang nak masukkan tali kasut ke dalam lubangnya. Betul? Bila dah lama korang cuba masukkan, tapi tak masuk-masuk juga, maka terpaksalah korang tukar tali kasut yang baru.

 

Bayangkan juga kasut baru dengan penutup plastik di hujung tali kasut yang masih panjang dengan kasut lama dengan hujung tali kasut yang pecah-pecah.

 

Mana satu pilihan korang?
Pastinya korang nak keadaan seperti kasut baru tu kan.

 

Ok, sekarang Ros cerita pasal telomere pula.

 

Telomere ni tidak boleh diganti baru. Bila dah pendek, tak boleh nak dipanjangkan balik.

 

Apa akan terjadi bila telomere pendek?

 

Bila telomere semakin memendek, kita akan terdedah kepada banyak penyakit kronik seperti kanser dan juga penuaan serta kematian.

(Dalam kes kasut lama tadi, hayat kasut tu pun dah tak lama.)

 

faktor-faktor-penuaan

 

Telomere memang akan memendek sejajar dengan usia kita. Tapi kita boleh melambatkan proses pemendekan tersebut dengan mengamalkan Vivix Shaklee.

 

Satu kajian telah dibuat ke atas pengguna Vivix yang mengambilnya setiap hari selama 5 tahun. Hasil kajian menunjukkan telomeres mereka 40% lebih rendah kadar pemendekkannya. Umpama mereka yang berumur 40 tahun.

 

Sebab tu pengamal Vivix kelihatan awet muda.

 

Jadi, jagalah telomere korang elok-elok. Amalkan Vivix setiap hari.