3 Cara Elak Blackhead Muncul Di Wajah

Assalamualaikum

Kulit muka yang berminyak memerlukan penjagaan wajah yang lebih teliti berbanding mereka yang memiliki kulit jenis normal. Tetapi ini tidak bermakna mereka yang memiliki kulit jenis normal tidak perlu melakukan rutin penjagaan harian untuk wajah.

Secantik mana pun kulit wajah anda, jika tidak dijaga wajah anda boleh nampak tua sebelum masanya.

Baca tips awet muda dalam entri >> Bagaimana nak nampak awet muda?

 

Bagi yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat dan blackhead, anda boleh mengubah rutin penjagaan wajah anda agar masalah kulit anda tidak berlarutan.

Blackhead mudah terjadi bila kelenjar minyak menghasilkan terlalu banyak sebum. Sel-sel kulit mati yang tersumbat di liang pori akan menyebabkan benjolan yang dipanggil comedo.

Jika benjolan ini terbuka dan terdedah kepada udara, ia akan kelihatan hitam. Sebab itu namanya blackhead.

 

Boleh ke nak hilangkan blackhead ni?

Ros ada kongsikan caranya. Baca entri Ros yang ni >> Cara mudah hilangkan whitehead dan blackhead.

 

Jom Ros kongsikan 3 cara untuk elakkan blackhead muncul di wajah.

 

1. cuci wajah dengan kerap

Apabila anda bangun tidur anda perlu mencuci wajah anda. Begitu juga sebelum anda masuk tidur. Pasti wajah anda bebas daripada minyak dan juga mekap.

Pilih pencuci muka yang lembut agar ia tidak merengsakan kulit anda.

Jika anda memiliki rambut yang panjang, seeloknya cuci rambut anda dengan kerap kerana rambut yang berminyak boleh menyumbang kepada masalah blackhead juga jika kerap tersentuh dengan kulit wajah anda.

 

2. Pilih produk bebas minyak

Mereka yang memiliki kulit berminyak harus memilih produk penjagaan wajah yang bebas minyak. Mekap, losyen dan juga krim pelindung matahari juga mestilah yang bebas minyak atau noncomedogenik.

 

3. Guna scrub dan juga masker

Scrub dan masker membantu untuk menanggalkan sek-sel kulit mati dan juga menanggalkan blackhead. Cukup melakukan rutin scrub 1-2 sekali dalam seminggu.

 

Nak tahu masker kegemaran Ros? Nanti Ros kongsikan ye..