3 Tips Pantas Untuk Dapatkan Kulit Cerah

Assalamualaikum

Ramai yang inginkan kulit yang cerah berseri. Bermacam-macam cara dicuba. Berbagai-bagai produk dibeli. Tetapi, kulit masih sama keadaannya. Gelap dan kusam.

Jika ini yang anda hadapi, anda boleh cuba 3 tips pantas untuk putihkan kulit ini. Yang Ros kongsikan ini menggunakan bahan semulajadi tau. Bukannya bahan kimia berbahaya tu.

3 Tips Pantas Untuk Dapatkan Kulit Cerah

 

1. Menggunakan lemon

lemon

Terdapat banyak kegunaan lemon. Selain digunakan dalam masakan, lemon juga membantu dalam detox badan serta pemutihan gigi.

Sejak bertahun-tahun yang lalu, lemon telah digunakan untuk memutihkan kulit. Ia memiliki keupayaan untuk melunturkan kulit secara lembut serta menanggalkan lapisan atas kulit iaitu sel-sel kulit mati.

Anda boleh campurkan 1 bahagian jus lemon dengan 1 bahagian air masak untuk cairkannya. Selepas itu, ambil bebola kapas dan celupkan dalam campuran dan air lemon tadi.

Sapukan ke seluruh wajah. Bilas selepas 15 minit dengan air suam.

Lakukan hanya 2-3 kali seminggu. Pastikan anda memakai pelembap selepas itu.

 

2. Masker tomato

Tomato sangat membantu untuk menghilangkan sunburn. Ia mencerahkan tona kulit anda serta menanggalkan sel-sel kulit mati.

Untuk membuat masker tomato, anda perlukan 1-2 biji tomato dan 2 sudu makan jus lemon.

Caranya, kisar kedua-dua bahan ini menggunakan blender. Sapu masker tomato di badan dan biarkan selama 10 minit. Selepas itu, bilas dengan air bersih.

 

3. Susu dan lemon

Susu juga merupakan agen pemutih. Sebab tu ada produk mandian ditambah dengan susu. Selain itu, susu juga boleh melembapkan kulit.

Dengan gabungan susu dan lemon, kulit tidak akan terlalu kering.

Untuk mencerahkan kulit, anda boleh campuran secawan susu ke dalam air mandian anda. Lebih mudah, jika rumah anda ada tab mandian. Selepas itu, tambah perahan jus dari sebiji lemon ke dalam air mandian tersebut.

Anda boleh berendam selama setengah jam sebelum mandi seperti biasa.

 

Tips mana yang paling anda suka? Cuba tau nanti.

Anda boleh juga baca kisah akak ni >> Dulu kulit gelap, sekarang dah cerah.