Kerap Berjemur Buat Kulit Jadi Gelap

Assalamualaikum

Antara masalah wanita bekerja yang kerap pergi melawat tapak adalah sunburn. Kena berjemur sejam dua, kulit dah gelap.

Bila tengahari, kulit muka jadi berminyak dan berkilat. Agaknya kalau tengok dari jauh pun, boleh nampak pantulannya.

Masalah jerawat pun bertambah teruk. Kulit berminyak buat bakteria suka lepak. Tu yang jerawat tumbuh empat lima ketul setiap kali.

Demi tuntutan kerja, lawatan tapak perlu diteruskan juga.

Mesti ramai wanita di luar sana ada masalah yang sama, kan. Kulit wajah gelap, berminyak dan berjerawat.

Masalah ni sebenarnya boleh diatasi dengan beberapa cara.

Ketika keluar melawat tapak, anda perlulah memakai krim pelindung uv. Kurangkan terdedah kepada matahari secara terus.

Penjagaan muka juga perlu konsisten setiap hari. Sebelum masuk tidur, wajib cuci muka sebersih-bersihnya.

Amalkan juga pemakanan yang seimbang terutamanya yang kaya dengan vitamin A, C dan E.

Yang paling penting, anda perlu minum air masak sekurang-kurangnya 2-3 liter, lebih-lebih lagi ketika cuaca yang panas.