Kenapa Epal Bertukar Jadi Gelap Lepas Dipotong?

Assalamualaikum

Perasan tak bila potong epal, lepas beberapa ketika, bahagian epal yang terdedah tu jadi gelap sikit?

Itu adalah proses oksidasi. Proses oksidasi tu buat epal tu nampak macam dah tak elok untuk dimakan. Lagi lama terdedah kepada udara, lagi bertambah gelap.

Kalau sua epal tu kat anak-anak, diorang pun tak nak ambil. Huhuhu.

Nak yang fresh baru dipotong je..

Dalam badan kita, proses oksidasi juga berlaku. Proses oksidasi membuatkan kita nampak tua sebelum masanya.

Jika kita biarkan epal yang dipotong tu berhari-hari macam tu, ia akan jadi seperti gambar di bawah. Kulit luaran berkedut sangat.

Dah boleh bayangkan keadaan diri kita bila proses oksidasi terlalu banyak berlaku dalam badan kita?

Takut nak bayangkan..

 

Kenapa Proses Oksidasi Berlaku Kepada Kita?

 

Proses oksidasi berlaku kerana kita sentiasa terdedah kepada radikal bebas yang ada di sekeliling kita. Kebanyakannya, kita tak boleh nak elak.

Pencemaran udara tidak dapat dielakkan. Lepas tu, detergen dan pencuci rumah yang kita guna tiap-tiap hari. Bahan kosmetik lagi. Sinaran uv yang tinggi setiap hari.

Sebab tu kita perlukan antioksidan untuk neutralkan balik proses oksidasi.

Bila terlalu banyak sel yang teroksida dalam badan, antioksidan pula kurang, sel kita boleh jadi rosak atau dipanggil oxidative stress.

Lama kelamaan oxidative stress ni membawa kepada kerosakan DNA dalam nukleus sel kita. Tu yang boleh dapat penyakit seperti diabetes dan kanser.

Sebab tu kita kena ambil makanan yang kaya dengan antioksidan seperti kacang walnut, brokoli, blueberi, bayam, lobak merah dan keledek. Makanan-makanan ini kaya dengan vitamin A,C, dan E.

Zaman sekarang kita perlu topup ambil supplemen ACE juga kerana makanan yang kita makan sehari-hari tak cukup seimbang.

Korang boleh makan ke 25 biji buah oren sehari untuk dapatkan cukup vitamin C?

Tahu tak.. stress pun boleh buat vitamin C terhapus?

Jadi, nak lindungi sel kita daripada kerosakan akibat oxidative stress, kita kena kawal stress dan juga amalkan makan makanan tinggi antioksidan.

Ingat antioksidan, ingatlah ACE.