Cara Mudah Steam Wajah Di Rumah

Assalamualaikum

Antara rawatan muka yang ditawarkan di spa adalah steam wajah. Jika anda tidak mempunyai masa untuk keluar ke spa, apa kata anda buat je sendiri steam wajah di rumah.

Apa yang anda perlukan adalah besen dan tuala untuk selubung kepala anda.

Dapatkan bantuan suami untuk menjaga anak-anak anda sementara anda manjakan kulit dengan rawatan wajah ini.

 

Sebelum anda lakukan steam wajah, pastikan muka anda telah dicuci sebersih-bersihnya. Ok, jom tengok bagaimana nak buat steam wajah.

 

Cara Mudah Lakukan Steam Wajah Di Rumah

  1. Sediakan besen kosong
  2. Masak air menggunakan cerek sehingga mendidih
  3. Tuang air panas tadi ke dalam besen
  4. Tunggu sehingga air sejuk sedikit
  5. Letak tuala menutupi kepala
  6. Suakan wajah anda mengadap besen tadi lebih kurang 20 cm dari besen
  7. Biarkan wap panas tadi terkena muka anda selama 10-20 minit
  8. Pastikan wap tidak keluar
  9. Setelah selesai, guna tuala bersih untuk lap muka anda
  10.  Bilas dengan air suam

 

Mudah dan senang, kan.

Untuk kulit jenis berminyak, anda boleh steam wajah anda selama 20 minit. Jika kulit anda jenis sensitif, pendekkan tempoh steam wajah kepada 10 minit.

 

Steam wajah ini boleh dilakukan seminggu sekali.

Jom buat hujung minggu nanti. 🙂